View: 36662|Reply: 99
|
[Tempatan]
Universiti Teknologi Petronas (UTP) kini universiti nombor 1 di Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 9-10-2024 10:18 AM
UTP kini universiti nombor 1 di Malaysia
https://www.malaysiakini.com/news/722058
Diterbitkan: Oct 9, 2024 3:46 PM
Dikemaskini: 5:05 PM
Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi universiti nombor satu Malaysia yang mendapat tempat dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025, melonjak ke kelompok 200-250 daripada kedudukan sebelumnya dalam kelompok 301-350.
Dalam satu kenyataan hari ini, UTP memaklumkan bahawa lonjakan ketara sebanyak 100 tangga ini telah meletakkan UTP sebagai universiti nombor satu di Malaysia dan universiti swasta terkemuka di ASEAN.
“Sejak 2017, universiti ini telah secara konsisten meningkat dalam ranking, berganjak daripada kelompok 601-850 kepada 250 universiti teratas di dunia hari ini.
“Peningkatan UTP dalam ranking adalah bukti tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan, kerjasama industri yang kukuh, serta komitmen untuk menghasilkan graduan yang siap untuk masa depan,” katanya, sambil menambah bahawa penekanan universiti terhadap pembelajaran antara disiplin dan pendidikan berasaskan pengalaman membekalkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang dalam dunia yang sentiasa berubah.
Sementara itu, Naib Canselor UTP Prof Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata pencapaian ini adalah sumber kebanggaan yang besar bagi seluruh komuniti UTP, mencerminkan dedikasi dan komitmen teguh daripada fakulti, kakitangan, pelajar, dan alumni universiti.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Petronas, rakan industri, dan kolaborator akademik yang telah menyumbang kepada pencapaian UTP,” katanya, sambil menekankan bahawa fokus strategik UTP adalah untuk menjadi universiti yang berasaskan penyelidikan sambil mengekalkan komitmennya terhadap kecemerlangan pengajaran.
Mohamed Ibrahim berkata usaha meluas oleh universiti untuk bekerjasama dengan industri dan membina perkongsian yang kukuh di seluruh dunia, disertai dengan peningkatan penyelidikan translasi, telah membolehkan UTP menghasilkan siswazah yang memenuhi permintaan industri dan bersedia menghadapi masa depan.
Selaras dengan visinya untuk menjadi universiti terkemuka dalam bidang tenaga dan teknologi menjelang 2050, beliau memaklumkan bahawa UTP akan memperkenalkan program kejuruteraan inovatif baharu yang membekalkan pelajar dengan kemahiran antara disiplin untuk masa depan semasa THE Campus Live SE Asia yang dianjurkan oleh UTP pada 26 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
“Menyedari kemajuan pesat dalam kecerdasan buatan (AI) dan teknologi terkini lain, UTP sedang mengadaptasi kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu untuk memastikan graduannya mempunyai atribut yang diperlukan untuk berkembang dalam landskap yang sentiasa berubah,” katanya.
Ketika UTP terus menghadapi cabaran yang akan datang, beliau menekankan fokus universiti terhadap penyelidikan yang berimpak, terutamanya dalam bidang peralihan tenaga, kehidupan masa depan, kelestarian, dan digitalisasi.
“Kami bekerja dengan tekun untuk memastikan penyelidikan kami bukan sahaja terkini tetapi juga relevan, menangani cabaran global dan menawarkan penyelesaian dunia nyata yang boleh dikomersilkan. Dengan cara ini, kami menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan kemajuan pengetahuan,” katanya.
- Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah berjaya pintas UM |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu2 bod mps ttg hantu sana |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 dia internship sampai 8 bulan pastu suruh supervisor dalam industri kasi markah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak dia gradbterus dpt kerja petronas k? |
|
|
|
|
|
|
|
auwww tahniah!!!
kalah um ye
teringat kolig i dulu masuk utp guna ptptn rm100k. terkejut iols dah macam personal loan |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah
Iols tengok cousin produk sini, memang menjadi lah. kerja bagus-bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh mcm mn cara nk masuk sini [em:2:][em:24:][em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut QS ranking UM masih #1 |
|
|
|
|
|
|
|
tak...hanya scholar dia je dpt keje petronas...my kazen lps grad situ keje luar..
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 10-10-2024 12:05 AM
tahniah
Iols tengok cousin produk sini, memang menjadi lah. kerja bagus-bagus
Product utp english proficiency, knowledge dan confidence level mmg tip top. Social interaction pun bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 9-10-2024 09:22 PM
Budak dia gradbterus dpt kerja petronas k?
Oh tidak sis...cuma yg petronas scholar je yg dpt kerja dgn petronas...itupun ramai jgk yg petronas release sebab x de post .. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-10-2024 07:53 AM
kalau ikut QS ranking UM masih #1
QS ranking lebih govern sis...time ranking ni org x pandang sgt |
|
|
|
|
|
|
|
ooo. begitu ...TQ Sis
ikut QS UITM is better that IIUM...
|
|
|
|
|
|
|
|
yaa ini bethol
Mara pun tak guna THE ni.. depa guna QS ranking utk any of the WTU ke GeRP program
niway congrats la masuk list..even kat tempat 250
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah orang tronoh
tiberrr
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-10-2024 08:24 AM
ooo. begitu ...TQ Sis
ikut QS UITM is better that IIUM...
Betul...uitm is a lot better than iium, in my opinion based on my recruiting experience in oil and gas industry lah...bidang lain akak tk pasti
By the way scholar utk program penajaan nasional jpa syarat ialah kena dpt placement utk top 20 university in the world, based on QS ranking ye...
Anak akak dulu struggle nk dpt placement ni, tapi alhamdulillah dpt jgk masuk top 20 uni in the world |
|
|
|
|
|
|
| |
|