CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28329|Reply: 31

Rakyat Taiwan percaya China tak akan serang dalam tempoh 5 tahun

[Copy link]
Post time 10-10-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode





TAIPEI: Kebanyakan rakyat Taiwan percaya China berkemungkinan besar tidak akan menyerang pulau itu dalam tempoh lima tahun akan datang.


Bagaimanapun, menurut tinjauan dikeluarkan oleh badan pemikir tertinggi tentera, Taiwan masih menganggap China sebagai ancaman besar kepada pulau itu yang mengamalkan demokrasi.


Sejak lima tahun lalu, tentera China meningkatkan aktiviti ketenteraannya di sekitar Taiwan dengan ketara.


Beijing melihat Taiwan sebagai wilayahnya sendiri walaupun terdapat bantahan daripada kerajaan di Taipei, manakala China tidak pernah menolak untuk menggunakan kekerasan dalam membawa pulau itu berada di bawah kawalannya.


Tinjauan pendapat ke atas 1,200 orang yang dilakukan September lalu oleh Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Negara (INDSR), mendapati sebanyak 61 peratus individu berpendapat bahawa "tidak mungkin atau sangat tidak mungkin" China akan menyerang Taiwan dalam tempoh lima tahun akan datang.


"Kebanyakan orang tidak berfikir bahawa cita-cita wilayah China akan terwujud dalam bentuk serangan terhadap Taiwan," kata penyelidik INDSR, Christina Chen.


Beliau juga menyatakan, rakyat Taiwan turut bimbang mengenai ancaman lain dari China, termasuk latihan ketenteraan dan kempen propaganda.


Chen menambah, kebanyakan orang melihat cita-cita wilayah China sebagai ancaman serius.


Tinjauan itu menunjukkan, perbezaan berbanding amaran oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan pada tahun 2023 bahawa Presiden China Xi Jinping mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Taiwan menjelang 2027.


"Itu bermakna rakyat Taiwan sedar akan ancaman berkenaan, tetapi kekal tenang dan rasional dengan jangkaan bahawa peperangan tidak akan berlaku dalam masa terdekat," kata INDSR.


Lebih daripada 67 peratus responden tinjauan menyatakan bahawa mereka akan melawan jika China menyerang, tetapi pandangan mereka terbahagi hampir sama rata sama ada angkatan tentera Taiwan mampu mempertahankan pulau itu, dengan separuh yakin dan sebahagiannya lagi tidak yakin.


Tinjauan itu juga menunjukkan perbezaan pendapat mengenai sama ada AS akan membantu mempertahankan Taiwan.


Kira-kira 74 peratus percaya bahawa kerajaan AS berkemungkinan membantu Taiwan secara "tidak langsung" dengan menyediakan makanan, bekalan perubatan dan senjata, tetapi hanya 52 peratus berpendapat bahawa tentera AS akan menghantar angkatan bersenjata mereka untuk campur tangan, menurut tinjauan itu.


Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Taufan hurricane lalu lalang bukan lokasi bagus utk direbut
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:51 AM | Show all posts
Sekarang ada masa utk serang China....serang je la.
lepas 5 tahun angkatan China dah besar buat apa serang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 10-10-2024 03:51 PM
gigahertz replied at 10-10-2024 10:51 AM
Sekarang ada masa utk serang China....serang je la.
lepas 5 tahun angkatan China dah besar buat apa  ...


Bila pula taiwan kata mahu serang china?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:09 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 10-10-2024 11:49 PM
Bila pula taiwan kata mahu serang china?...

Baik taiwan serang china sekarang.selepas 5 tahun China unstopable
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 10-10-2024 10:09 PM
Baik taiwan serang china sekarang.selepas 5 tahun China unstopable

Taiwan tidak ingin buat land expansion ke china... But china mahu taiwan... If taiwan serang china... Depa same gila seperti ko...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 03:41 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 11-10-2024 06:49 AM
Taiwan tidak ingin buat land expansion ke china... But china mahu taiwan... If taiwan serang china ...

Taiwan tak perlu tawan seluruh China. Dapat shenzhen & beijing dah mencukupi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 10-10-2024 11:41 PM
Taiwan tak perlu tawan seluruh China. Dapat shenzhen & beijing dah mencukupi.

Sebab depa bukan ko... Kuat merepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 11:57 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 12-10-2024 01:53 AM
Sebab depa bukan ko... Kuat merepek

kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-10-2024 07:57 PM
kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.

Who care china or iran ada apa... Kenapa tidak bedil israel saja... Or special di design untuk guna di SCS?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 12-10-2024 11:57 AM
kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.

Adakah lepas 5 tahun baru China akan serang Taiwan???atau dia akan target negara lain pulak???
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 01:50 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 12-10-2024 05:10 AM
Who care china or iran ada apa... Kenapa tidak bedil israel saja... Or special di design untuk gun ...

Teknologi Missile Iran tu dapat dari Korea Utara. Korea utara dapat dari China.
North Korea & China sampai ke sudah tak tembak satu missiles.
sebab diorang tak yakin dengan hasil tangan sendiri.
Missile iran baru dalam 10-15 tahun je pembuatan.
tapi dah boleh kena pada sasaran. paling penting
boleh elak air defences yang jauh lagi mahal.





Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 02:15 PM | Show all posts
zuuu replied at 12-10-2024 05:15 AM
Adakah lepas 5 tahun baru China akan serang Taiwan???atau dia akan target negara lain pulak???

China ada masalah krisis tenaga. walaupun negara dia moden
tapi masih bergantung kepada arang batu 60% .
Natural Gas dia pun tahan 10 ke 15 tahun sahaja.
China ada plan zero karbon . dan First stage zero karbon adalah 2030.

Taiwan mungkin jadi mangsa selepas 5 tahun .
Dalam tempoh 5 tahun ni yang jadi mangsa adalah Malaysia.
kita akan hari hari hadap isu china ceroboh , china halau kapal
apa yang Malaysia ada tapi takde kat Taiwan ?
jawapanya gas asli . Malaysia salah satu pengeluar terbesar gas asli
paling tepat Sarawak adalah pengeluar gas asli terbesar di malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-10-2024 09:50 PM
Teknologi Missile Iran tu dapat dari Korea Utara. Korea utara dapat dari China.
North Korea & Chin ...

Actually... Ko tahu kenapa statement begini keluar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 11:59 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 12-10-2024 10:54 PM
Actually... Ko tahu kenapa statement begini keluar?

Banyak banyak membaca la sis.
Dalam tempoh 24-48 bulan ni sesuatu akan jadi
pada Mekah & Madinah. mungkin letupan atau kemalangan.
puncanya dari agen Mossad Israel. Yang dituduh adalah geng Houthi.
Mekah & Madinah di bawah Saudi. Israel & Saudi berkongsi musuh
yang sama iaitu Iran. 2016 yang lepas geng Houthi pernah tembak missiles
ke arah Mekkah tapi berjaya di tepis oleh Saudi.

U nak kata i gila ? silakan. jangan lupa kes Imam Palestine
mati di tembak mati kat Setapak oleh agen mossad.
Kes tu senyap sampai sekarang.


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 12-10-2024 07:59 PM
Banyak banyak membaca la sis.
Dalam tempoh 24-48 bulan ni sesuatu akan jadi
pada Mekah & Madinah.  ...

Reliable or fitnoh source aku kena baca?... Di mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 12-10-2024 09:14 PM
free images app

SOurce houthi tembak mekkah 2016

Kenapa mossad perlu bomb mecca and medina sedang kan territorial dispute di antara irael-palestinian rebut Jerusalem?.... Iran-saudi akan collab untuk nuke israel ka bagaimana?.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 04:05 PM | Show all posts
Edited by gigahertz at 13-10-2024 08:07 AM
Dwdrum replied at 13-10-2024 06:54 AM
Kenapa mossad perlu bomb mecca and medina sedang kan territorial dispute di antara irael-palestini ...

Semenjak arab kalah perang dengan Israeltiada satu pun negara di dunia ambil tindakan pada Israel.
yang mati kena tembak mati kena bom adalah palestine.
tetiba Iran masuk. First round masa perayaan yom kippur
Iran gagal memberi kerosakan. Beberapa hari lepas Iran
lauch serangan ke 2 . memberi kerosakan pada Israel.

Israel dalam ketakutan sekarang ni sebab tak boleh
intercept peluru berpandu Iran. masih menunggu
bajet & resolusi dari Amerika nak serang ke idak..

Apa kaitan dengan Mekah & Madinah ?
Madinah & Mekah adalah di bawah Arab Saudi.
Iran adalah musuh kepada Arab Saudi.
dua negara ni mmg dah bermusuh 8 tahun .
Tahun 2016 Houthi Syiah pernah tembak missiles ke Mekah
berjaya di tepis oleh Saudi. Sepanjang permusuhan Arab Saudi
tidak pernah ambil tindakan pada Houthi atau Iran.
Orang syiah termasuk pemimpin tertinggi bebas keluar masuk
Mekkah & madinah utk kerjakan Haji atau umrah. . .Israel cuci tangan jika Saudi di lagakan dengan Iran.

One more thing kenapa i kata Agent mossad ? kenapa mesti mossad?
sebab agent mossad ni serata dunia dia ada. boleh jadi mata sepet.
boleh jadi kulit hitam . boleh jadi pendek gempal. boleh jadi tua muda
boleh jadi perempuan / lelaki. OKU pun boleh jadi mossad.
diorang ni bebas keluar masuk Mekah & Madinah.

kalau tak silap Non-muslim dah boleh masuk Madinah.
sekarang buat umrah / haji boleh bawak smartphone kan ?


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 13-10-2024 04:31 PM
gigahertz replied at 13-10-2024 12:05 AM
Semenjak arab kalah perang dengan Israeltiada satu pun negara di dunia ambil tindakan pada Israel.
...


Memang perang ini real lah...issue israel - palestine ini negara neighbourhood palestine pernah tolong depa kalah dengan israel..seperti bagi free land kepada israel...1940s apabila israel-palestine split 50/50 sepatut nya ber henti fight...seperri di SCS if china menang war depa dapat... But ko jangan buat comparison russia-ukraine depa ini lain sama seperti iran-iraq.. Saudi-yemen...

2. Aku tidak mahu comment lebih kepada watch saja apa yang berlaku di middle east..

3.better ko berenti merepek... Ko ini lebih kepada sembang lobai coffee shop... Luas kan circles ko dengan ereb sendiri but jangan ereb di malaysia tetapi ereb di negara maju ter utama nya ereb negara T20..aku pernah sampai iraq... Apa yang lobai/lobainita  forum cerita... Depa buat narratives untuk semua iraqis nampak baik sebab islam .. . Yang saddam di tuduh wmd itu betul but study real story apa yang berlaku di iraq - kuwait... Sama seperti vietnam war communist china and russia nampak baik di mata lobais..

Maybe reason tohan muslim doas tidak pernah maqbol... Buka molot kuat menuduh and membohong bukan mahu focus real issue... Remember pada Oct7 apabila hamas intended serang israel... Humanity already dead... Oct 7 event tidak sepatut nya berlaku..bangnon pula coba jadi hero di mata donia... Shiok sendiri saja untuk his supporters saja orang lain nampak heshe sebagai clown cuma tidak cakap direct to his face
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 1.268625 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list