CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 35097|Reply: 25

Dua wanita terima pingat kerana lahirkan 13 anak

[Copy link]
Post time 15-10-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode



Seoul: Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan memberi penghormatan kepada dua wanita yang masing-masing melahirkan 13 anak, dengan Pingat Merit Awam.


Salah seorang daripada mereka ialah ibu kepada pelakon Nam Bo-ra iaitu Eom Gye-suk yang berusia 60 tahun, lapor Asia News Network dan The Korea Herald.


Eom dikurniakan Pingat Seongnyu, gred kelima Darjah Kebesaran Sivil yang diberikan kepada mereka yang menyumbang kepada negara dengan pencapaian cemerlang dalam politik, ekonomi, masyarakat, pendidikan mahupun akademik.


Dia melahirkan lima anak lelaki dan lapan anak perempuan antara 1986 hingga 2007.


"Selama saya hamil dan melahirkan anak lebih 20 tahun, memang ada cabarannya.


"Terima kasih kepada anak-anak saya yang membesar dengan baik.


"Saya rasa saya ada lebih banyak detik gembira daripada perkara lain," katanya pada majlis anugerah di Hotel Glad, Yeouido , di sini, 10 Oktober lalu.


Kira-kira 150 wanita dan ahli keluarga hadir pada acara memperingati Hari Wanita Hamil tahunan kali ke-19.


Eom menekankan kepentingan melahirkan dan mengasuh anak melalui kuliah dan bukunya mengenai kisah keluarganya, yang diterbitkan pada 2011.


Sembilan daripada anak-anaknya yang lebih tua kini mempunyai pekerjaan, manakala dua lagi di kolej dan dua yang lain di sekolah menengah.


Sementara itu, penerima lain, Lee Yeong-mi, 59, melahirkan anak 13 kali dari umur 23 hingga 44 tahun, membesarkan anak-anaknya untuk menyumbang dalam pelbagai sektor masyarakat.


Anak-anaknya yang paling terkenal ialah pelakon Nam Bo-ra, manakala yang lain artis, kakitangan bank, penyelidik dan pakar kebersihan pergigian, serta anak bongsu yang masih belajar di sekolah menengah.


Kadar kesuburan Korea Selatan, bilangan anak yang dimiliki seorang wanita dalam seumur hidupnya mencecah paras terendah 0.76 pada suku pertama 2024.


Ia diunjurkan menurun kepada 0.68 lagi pada 2024.


Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengisytiharkan, kecemasan negara ke atas penduduk pada Jun lalu ketika beliau mengumumkan rancangan kerajaan untuk memperluaskan insentif bantuan tunai untuk bayi yang baru lahir dan langkah lain untuk membalikkan trend kadar kelahiran yang menurun.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Malaysia bakalan gini? Kadar kesuburan negara makin menurun ja..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:06 PM | Show all posts
malaysia pun menuju cmni
b40 dikutuk klu ada anak last2 tk branak
t20 tknk anak ramai last2 tkde anak
lama2 nnti rumah perlindungan kanak2 terbiar ramai terdiri dari anak2 keturunan warga indon, filipina, bangla, nepal, rohingnya.
makin ramaila org tempatan amik anak2 etnik luaran nnti..terhampus sudahla masyarakat tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kg aku tadika 20 org je ....bermakna dajah 1 dn seterusnya seramai itu je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 15-10-2024 06:06 PM
malaysia pun menuju cmni
b40 dikutuk klu ada anak last2 tk branak
t20 tknk anak ramai last2 tkde ana ...

Aku nak sokong la stetmen ni. Kakak2 aku pun dipandang serong sb anak ramai padahal xmintak beras dorang pun. Mengemis pun tidak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kocik-kocik pun kogheh!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 15-10-2024 06:13 PM
kg aku tadika 20 org je ....bermakna dajah 1 dn seterusnya seramai itu je...

best tak kampung tu. mesti aman damai kan. tak terkejar sangat duniawi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
yang laki tu dapat hadiah tak? klu x dapat mcm tak adil je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 15-10-2024 06:38 PM
best tak kampung tu. mesti aman damai kan. tak terkejar sangat duniawi

tenang murid tk ramai ...kiranya mmg kenal semua budak2
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:41 PM | Show all posts
Program melahirkan banyak anak harus ditiru oleh Malaysia utamanya oleh keluarga bangsa melayu agar populasi melayu bertambah besar sehingga X perlu import Bangla lagi di masa hadapan ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm suzy je perempuan dlm gmbr tu..
lalau jaman dulu biasa je kn 1 mak ank 13 org..pastu dh bsr semua berjaya..
skrg setakat 2 3 org ank dh la..blnja sekolah mhl skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 15-10-2024 08:41 PM
Program melahirkan banyak anak harus ditiru oleh Malaysia utamanya oleh keluarga bangsa melayu agar  ...

"TERNYATA....Bangla itu asalnya dari indonesia..negara tertangga pasti iri"-Bapak nusaraya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa gini elok la mak nya beranak ramai2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat off!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 15-10-2024 06:39 PM
yang laki tu dapat hadiah tak? klu x dapat mcm tak adil je.

Yang laki penyumbang sperm je tak payah mana. Yang si ibu tu la teruknya. Mana dengan nak kendong perut 9 bulan, dengan alahan lagi, dah tu beranak sakit pulak. Dah beranak nak kena bersusah2 jaga baby dari kecik sampai besar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:32 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 15-10-2024 04:16 PM
Adakah Malaysia bakalan gini? Kadar kesuburan negara makin menurun ja..

banyak negara yang berkembang spt model negara maju sekarang, mengalami masalah kelahiran menurun...

ini disebabkan orang prefer kurang anak atau tak ada anak... sebab kosnya mahal, jadi orang berfikir, susah nak besarkan dalam keadaan yang terjaga kehidupan anak itu spt memberikan makan pakai pelajaran kesihatan hiburan jaga psikologi kerana semua perlu duit... mungkin ini disebabkan sisi buruk tamadun yang dibina atas mentaliti kapitalis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 15-10-2024 09:06 PM
Rupa gini elok la mak nya beranak ramai2

Ini ke productnya?
Sokong
Wahhh beranak lah ramai2 aman tenteram skrin tv
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 15-10-2024 02:36 PM
Ini ke productnya?
Sokong
Wahhh beranak lah ramai2 aman tenteram skrin tv

Iye you.. nam bo ra. 13 beradik dia.

Jarang dgr korean beranak ramai sampai berbelas anak. Patut ler dpt pingat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 15-10-2024 09:06 PM
Rupa gini elok la mak nya beranak ramai2

Comfirm ke bukan sejeri
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:33 AM | Show all posts
batmana replied at 15-10-2024 10:06 AM
malaysia pun menuju cmni
b40 dikutuk klu ada anak last2 tk branak
t20 tknk anak ramai last2 tkde ana ...

dunia kan sementara.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.350502 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list