View: 62091|Reply: 38
|
[Tempatan]
Penduduk kampung sedih ikan arapaima mati
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 19-10-2024 06:53 PM
Oleh AMRAN MULUP
19 Oktober 2024, 11:55 am
ZUHAIRI Abidin menunjukkan lokasi tiga ekor ikan arapaima yang dibela di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka sebelum dipindahkan ke Zoo Negara. - UTUSAN/AMRAN MULUP
ALOR GAJAH: Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah di sini kecewa apabila dimaklumkan bahawa tiga ekor ikan arapaima disahkan mati selepas dipindahkan ke Zoo Negara oleh Jabatan Perikanan, pada 11 Oktober lalu.
Ikan dengan berat antara 80 hingga 200 kilogram (kg) dan panjang kira-kira 1.2 hingga 2.5 meter setiap ekor itu menjadi ikon pelancongan kampung berkenaan, sejak 20 tahun lalu.
Sidang Kampung Seri Tanjung, Zuhairi Abidin, 59, berkata, sebelum ini pada setiap petang penduduk terutama kanak-kanak akan memberi makanan kepada spesies yang ditempatkan di sebuah kolam bawah bangunan inap desa terbiar.
“Memberi makan kepada spesies itu sebenarnya menjadi aktiviti riadah hampir setiap petang buat penduduk yang seronok melihat kelibat ikan gergasi berkenaan.
“Apabila majlis kahwin diadakan di Dewan Astana Puteh, para jemputan
tidak melepaskan peluang untuk melihat dari dekat ikan yang hanya akan dapat dilihat di setiap zoo.
“Saya sendiri kecewa ikan itu dilaporkan mati. Hilang sudah seri kampung ini tanpa arapaima. Tidak ada lagi orang akan berkunjung ke sini pada cuti hujung minggu semata-mana ingin melihat kelibat ikan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa lima anggota Jabatan Perikanan cedera dilibas ikan berkenaan ketika operasi tangkapan, namun ia disahkan mati kurang 24 jam selepas dipindahkan.
Operasi menangkap arapaima oleh pegawai Jabatan Perikanan Jumaat lalu.
Dalam pada itu, penduduk Ramli Abdul Rashid, 67, berkata, tidak sepatutnya pihak berwajib memindahkan ikan tersebut kerana ia tidak pernah mengancam orang ramai.
“Ikan ini dibela sejak lebih 20 tahun lalu oleh pemilik inap desa dan dewan perkahwinan. Saban hari anak-anak menjadikan aktiviti riadah memberi makan kepada ikan ini.
“Saya akui pemilik ikan itu tidak meningkatkan tahap keselamatan kerana ada pagar yang rosak dan ini membahayakan kepada kanak-kanak, walaupun belum ada kejadian ia mengancam penduduk kampung,” katanya. – UTUSAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bela la ikan lain pak cik ni. Ikan ni berbahaya tgk smpi 5 Bomba da cedera.
Kalo ada bdk mati sbb ikan ni sp nak jawab? |
|
|
|
|
|
|
|
Tu untung pemilik xkena saman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk bela ikan ni perlu lesen khas ke tak erk? ada restoran kt area farm fresh Serdang pun ada bela ikan ni dlm kolam.. ada beberapa ekor gak.. ngeri lak aku membayangkn kalo ada budak terjatuh dlm kolam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 19-10-2024 04:37 PM
Nk bela ikan ni perlu lesen khas ke tak erk? ada restoran kt area farm fresh Serdang pun ada bela ik ...
Udah ajal ucap innalillah jah setel sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana ikan ni boleh ada kat sini..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana ikan hidup parit sempit uturn x boleh gostan boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 19-10-2024 04:37 PM
Nk bela ikan ni perlu lesen khas ke tak erk? ada restoran kt area farm fresh Serdang pun ada bela ik ...
Arapaima ikan larangan. Xleh main bela sbb dia ganggu keseimbangan biodiversity ikan tempatan. Kna apply lesen khas. Ada guideline yg depa kna ikot. Pacik ni tadak lesen & play victim.
Nk bela, tp uninformed.
Sama spesis yg nk ternak komersil ikan baung ekor merah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 19-10-2024 05:49 PM
Udah ajal ucap innalillah jah setel sissy.
Iols nk ucap good riddance.
Habitat dia di murika selatan sana bukan kt sini. |
|
|
|
|
|
|
|
bela ikan lain je la byk lg jenis2 ikan yg ada tmpt kita ni
jgn bela hanak hekan sudah
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah gi rumah orka dia bela ikan ni. besor giler. 2 ekor ke 3 ekor ke. sekor tu besar double dari yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kampung bela boleh segar bugar,dapat kat zoo terus kong...aneh aneh. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-10-2024 11:33 PM
Orang kampung bela boleh segar bugar,dapat kat zoo terus kong...aneh aneh.
Mungkin stress |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang sedih nya cetan. Bukan kiut ke boleh meow ke boleh bawak tidoq ke. Bengong |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 19-10-2024 04:25 PM
Mungkin stress
Apa tak. Dipaksa tingglkan umah 20 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh sekali mati serentak.. |
|
|
|
|
|
|
|
potong kecik2 buat ikan kering |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun tindakan jabatan perikanan amik ikan ni n letak kat zoo negara adalah betul tapi sop diorg dalam pindah ikan ni mmg noob. Diorg jabatan perikanan kot...mesti tau ikan ni x leh survive klau salah cara pengendaliannya. Ini bukan kambing atau lembu |
|
|
|
|
|
|
| |
|