CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27199|Reply: 37

Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-10-2024 11:03 PM

Baru-baru ini, satu posting viral di Threads oleh seorang netizen menarik perhatian ramai dengan tajuk yang agak menyeramkan – “Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”




Menurut posting tersebut, terdapat kepercayaan lama bahawa lautan adalah kawasan yang “jauh dari bunyi-bunyi ayat-ayat Quran dan azan,” menjadikannya tempat di mana makhluk ghaib seperti jin dan syaitan berkumpul dan menjadikannya sebagai markas besar.

Menurut kepercayaan ini, manusia katanya diharus untuk berhati-hati dan jangan terlalu suka ambil apa-apa barang dari pantai atau laut kerana ada kemungkinan benda tersebut telah “terkena” dan membawa bersama makhluk ghaib ke rumah.

Ada juga yang percaya laut adalah tempat paling berbahaya untuk manusia kerana kewujudan makhluk halus yang sukar dilihat.

Seorang pengguna Threads, turut berkongsi pengalamannya di bahagian komen. Beliau menceritakan bagaimana sihir atau gangguan makhluk halus boleh hilang apabila seseorang melintasi laut.

Katanya, terdapat kes di mana seseorang yang terkena gangguan jin atau sihir di Malaysia, apabila mereka melancong ke luar negara dan melintasi laut, gangguan tersebut hilang.

Dalam satu contoh, netizen berkongsi cerita tentang rakannya yang mengalami gangguan sihir di Malaysia, tetapi apabila rakannya itu melancong ke Mesir, gangguan tersebut serta-merta hilang.

Menurut beliau, ini kerana laut adalah “sempadan” antara alam kita dan alam ghaib, di mana segala gangguan yang dibawa akan “tertumpah” di lautan, seolah-olah jin atau makhluk ghaib “tercicir” di sepanjang perjalanan.

Kebanyakan netizen membanjiri ruang komen dengan pelbagai perkongsian dan persoalan, cerita ini tular sehingga menebar ke Twitter dengan netizen di sana memberi pandangan mereka.

Seorang netizen dikenali sebagai @yazid_hamka_, seorang penulis dengan latar belakang Quran Sunnah berkata bahawa benar HQ syaitan ada di tengah laut sambil merujuk Sahih Muslim 2813, Musnad Ahmad, di mana Nabi Muhammad berkata, “Singgahsana Iblis di laut, dia mengutuskan tenteranya setiap hari untuk membuat kekacauan terhadap manusia.”

Saka, gangguan jin, dan sihir merupakan antara topik mistik yang sering kali menjadi buah mulut masyarakat Malaysia.

Dalam konteks ini, laut dikaitkan dengan unsur-unsur ghaib yang tidak akan dapat dijelaskan dengan sains moden.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin ada benarnya.
kawanku mewarisi saka dari mak nya yg dpt dari nenek.
nenek masih hidup tp sakit. maknya tk dpt kawal saka tu jd gila. dpt lah saka tu pd kawan ni. hari² pergi skolah muka lebam² pucat mcm darah kena sedut.
dia berhenti awal jd cikgu dan pindah ke australia. elok je sihat disana.
rasa nya saka tu berbalik semula kpd nenek nya. org kata ler.. berhati² kot terima brg kemas, brg antik atau apa² pusaka. mungkin akan dpt dgn 'isi' nya sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 22-10-2024 06:53 AM
mungkin ada benarnya.
kawanku mewarisi saka dari mak nya yg dpt dari nenek.
nenek masih hidup tp sa ...


sajat, hanis haizi & shuhada shukri & lelain boleh bagi alasan kukuh yg sama kenapa nak jadi pati

termasuk pati yg kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 22-10-2024 06:58 AM
sajat, hanis haizi & shuhada shukri & lelain boleh bagi alasan kukuh yg sama kenapa nak jadi pati  ...

kawanku tu kawin org situ.. dpt lah pr kot.. anak pun dh masuk skolah.
saka tu tk pandai berenang kot
leceh kan bila atok nenek punya belaan diturunkn pulak pd anak cucu.. dah ko yg amik bela, ko ler buang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni iols ingatkan merapu saja yang dok kata sihir atau saka tak bleh ikut keluar merentasi pi luar negara rupanya betul eh. ada juga baca cerita yang orang tu kena sihir merata pi berubat takmo nak lega. Tapi bila dia pi mekah tengok elok je sihat. Rupanya sebab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
So ni mungkin sebagai salah satu solution la kot kalau sapa2 terkena gangguan, buleh try pindah pi dok obersea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 07:37 AM | Show all posts
kerajaan iblis mmg di laut. itu dah jelas dalam hadis semua. yg org pertikaikan kat mana. dulu ada satu buku yg rungkaikan kemungkinan di setiga bermuda
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh jap nak tanya. Kalau kita kutip siput ka cengkerang tepi pantai tu takpe ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal tu kot bila org nak buang saka biasanya buang dekat tempat air yg mengalir ke laut atau ke terus ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:45 AM | Show all posts
kepompong replied at 22-10-2024 06:58 AM
sajat, hanis haizi & shuhada shukri & lelain boleh bagi alasan kukuh yg sama kenapa nak jadi pati  ...

betul la tu..masa shu tu kat sini bukan main menggila post ancut2.. sampai oz, jin mengamuk hilang udah jin camel toe pulak muncul...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:48 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-10-2024 07:37 AM
kerajaan iblis mmg di laut. itu dah jelas dalam hadis semua. yg org pertikaikan kat mana. dulu ada s ...

tgk documentary yang drg selam dlm segitiga bermuda tu, nampak mcm kelam muddy kat bawah tu.. elok pulak drg takde hilang ke apa kan.. maybe drg selam sipi2 kat border, bukan kat kawasan yg selalu kena ribut tu kot..ntahla
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:53 AM | Show all posts
kucingitam replied at 22-10-2024 08:48 AM
tgk documentary yang drg selam dlm segitiga bermuda tu, nampak mcm kelam muddy kat bawah tu.. elok ...

iya, ada tgk jugak,,siap nampak bangkai kapal apa semua..yg pelik dorang elok balik ke darat, tak hilang..ke jin iblis tau dorang taknak ditangkap 'red-handed'kalau tetiba penyelam tu hilang dalam live.... ataupun dorg sebenarnya bukan masuk kawasan bermuda tu pun, entah perairan mana2, di claim bermuda triangle..knowing omputih ni kan banyak autanya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:04 AM | Show all posts
imanamsyar replied at 22-10-2024 08:53 AM
iya, ada tgk jugak,,siap nampak bangkai kapal apa semua..yg pelik dorang elok balik ke darat, tak  ...

hahah atau omputih tu dah memang sama geng dgn iblis, takkan nak culik..ahhaha..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:13 AM | Show all posts
Kalau pergi korea cemana? Walaupun kita naik kapal terbang ke korea merentasi lautan, tapi malaysia & korea kan connected dengan darat. Boleh je makhluk itu guna jalan darat jalan kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:30 AM | Show all posts
rajin2lah baca ayat 9 dari surah yassin mana2 org yg ada jin sihir berniat jahat akan terbakar sdri. takdelah terbakar mcm kertas terbako tapi kita bole tgk kelakuan dia jadi bengis maki hamun last2 balik terus balik keje tiba2 hilang sakit atau mengelupor kegelisahan. sungguhlah org jahat itu kita kena berjaga2 sebab dia bole buat mcm2 semata nk bagi kita susah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 22-10-2024 09:13 AM
Kalau pergi korea cemana? Walaupun kita naik kapal terbang ke korea merentasi lautan, tapi malaysia  ...

Awat dia tak kapatebang sama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 09:36 AM | Show all posts
merentas laut tu mmg ai rasa ada benarnya. cuma tu lah, kalo ahlis sihirnya pun dah moden..dia pun boleh ikut merentas laut kan. cuma naya kat mangsa la, tak pasal nk kena pindah permanently plak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 21-10-2024 05:38 PM

Oceans and seas waste disposal bin donia lah... Dari sampah.. Nuke waste/testing sehingga sampah dari space/outer space... Termasuk satellite....etc semua di navigate ke ocean... Lobai theory HQ satan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 22-10-2024 09:30 AM
rajin2lah baca ayat 9 dari surah yassin mana2 org yg ada jin sihir berniat jahat akan terbakar sdri. ...

ayat Wajja'alna Mimbainiaidihim....... ( ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:43 AM | Show all posts
koko2 replied at 22-10-2024 09:40 AM
ayat Wajja'alna Mimbainiaidihim....... ( ni ke?

aah ye ayat tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061584 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list