CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 65574|Reply: 26

[Tempatan] Penduduk bimbang lebih banyak kematian selepas KKM tutup operasi 24 jam klinik kesihatan

[Copy link]
Post time 25-10-2024 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk bimbang lebih banyak kematian selepas KKM tutup operasi 24 jam klinik kesihatan

https://www.malaysianow.com/my/n ... am-klinik-kesihatan

MalaysiaNow
Oktober 25, 2024 8:55 pagi


Mythreyar Mutturamalinggam memberitahu penduduk mengenai memorandum yang dihantar kepada Kementerian Kesihatan di Putrajaya baru-baru ini supaya operasi kecemasan 24 jam di Klinik Kesihatan Tanjung Malim dipulihkan.

Rinita Marutandi sedang bersembahyang di kuil pada tengah hari 13 Oktober ketika adiknya mula mengadu sakit badan.

Adiknya, Praveen Marutandi, seorang penyelia ladang kelapa sawit berusia 25 tahun, mahu pulang ke rumah namun jatuh pengsan. Rakan-rakan mula mengerumuninya.

Dalam keadaan panik, ahli keluarga membawa Praveen ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim, kira-kira 5 minit dari kuil tersebut.

Namun, setibanya di sana, mereka diberitahu tiada doktor berada di klinik ketika itu.

"Pengawal keselamatan memberitahu kami bahawa doktor dan pegawai perubatan sedang makan tengah hari.

"Selepas 15 minit, keadaan adik semakin teruk, jadi kami membawanya ke sebuah klinik swasta untuk rawatan segera kira-kira pukul 2 petang.

Sejam kemudian, mereka dimaklumkan Praveen sudah sudah tiada nadi.

Rinita berkata doktor dan ambulans dari klinik kesihatan akhirnya tiba di klinik swasta tersebut. Namun segalanya sudah terlambat.

Rentetan episod itu, Rinita dan adik-beradik lain mengemukakan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Bukan kes pertama

Apa yang menimpa keluarga Praveen bukan satu-satunya yang terjadi di Tanjung Malim, sejak klinik kesihatan di bandar itu menghentikan operasi 24 jam bermula 1 Ogos lepas dengan alasan menyeragamkan operasi seperti klinik luar bandar lain.


Notis memaklumkan orang ramai mengenai waktu operasi baharu Klinik Kesihatan Tanjung Malim. Penduduk berkata sekurang-kurangnya tiga kematian baru-baru ini adalah disebabkan ketiadaan perkhidmatan kecemasan yang segera.

Asalnya berstatus Hospital Tanjung Malim, operasinya dipindahkan sepenuhnya ke Hospital Slim River pada 2001. Bagaimanapun, operasi unit kecemasan 24 jam secara syif dan perkhidmatan hemodialisis dikekalkan - sehingga 1 Ogos lalu.

Pada 27 September, satu kemalangan berlaku di depan klinik tersebut membabitkan seorang pelajar sekolah. Bagaimanapun, ketika itu pasukan kecemasan dikejarkan ke Hospital Slim River untuk kes lain.

Apabila tiba ambulans daripada Hospital Slim River, penduduk sudah pun membawa mangsa ke hospital lebih awal.

Aktivis yang juga jurucakap penduduk setempat, Mythreyar Mutturamalinggam kini mengetuai usaha menuntut kerajaan mengembalikan operasian 24 jam klinik itu. Setakat ini, hampir 3,000 tandatangan ketua keluarga di Tanjung Malim telah dikumpulkan.

Klinik Kesihatan Tanjung Malam menyediakan perkhidmatan kepada 60,000 penduduk Tanjung Malim, selain di Hulu Bernam di utara Selangor. Proton City dan Universiti Perguruan Sultan Idris yang mempunyai ribuan pekerja dan pelajar juga terletak dalam radius perkhidmatan klinik berkenaan.

"Selama 20 tahun, klinik ini beroperasi 24 jam. Tiba-tiba Kementerian Kesihatan kata ia perlu ikut waktu operasi klinik luar bandar lain.

"Selama ini adakah salah ia beroperasi 24 jam?" soal Mythreyar.

Selepas diturun taraf menjadi klinik, kemudahan seperti wad dan makmal darah yang dahulunya tersedia untuk penduduk sekitar juga ditutup.

Kepentingan khidmat kecemasan

Selain Praveen, sekurang-kurangnya dua lagi penduduk mati akibat sakit jantung, dan penduduk merasakan peristiwa itu mungkin boleh dielakkan sekiranya menerima rawatan awal.


Ahli keluarga Praveen yang meninggal dunia baru-baru ini menggesa Kementerian Kesihatan menyambung semula perkhidmatan kecemasan 24 jam untuk penduduk Tanjung Malim.

Zainidar Sarkawi, 62, dari Hulu Bernam, kematian suaminya Mokhtar akibat sakit jantung ketika sedang meniaga sayur di pasar pagi Tanjung Malim, 2 Oktober lepas.

"Dia mengadu sakit jantung ketika sedang meniaga. Pukul 9 pagi kami sampai dan doktor memeriksa suami. Dia dibawa terus ke Hospital Slim River namun selepas 10 minit tiba di zon merah, dia sudah tiada," katanya kepada MalaysiaNow.


Klinik Kesihatan Tanjung Malim tidak lagi menyediakan rawatan kecemasan 24 jam seperti yang dilakukan sejak dua dekad lalu, dan penduduk kini terpaksa mendapatkan rawatan di dua hospital lain, kedua-duanya lebih 20km jauhnya.

Hospital Slim River terletak kira-kira 22 km dari Tanjung Malim. Begitu juga Hospital Kuala Kubu Bharu yang terletak 23 km dari daerah tersebut.

Menurut Mythreyar, seorang lagi penduduk dilaporkan meninggal dalam rumah pada awal pagi selepas ambulans dari Hospital Slim River tiba lewat.

Menurutnya, walaupun dua kes sakit jantung itu terjadi semasa waktu operasi klinik, penduduk khuatir lebih banyak kes kecemasan yang tidak dapat diselamatkan jika Klinik Kesihatan Tanjung Malim terus mengekalkan waktu operasi seperti sekarang.


Aktivis dan penduduk Tanjung Malim, Mythreyar Mutturamalinggam menyerahkan petisyen kepada seorang pegawai Kementerian Kesihatan di Putrajaya pada 16 Oktober, 2024.

"Kita faham jika kelengkapan canggih seperti di hospital besar tidak boleh dibekalkan kerana kekangan bajet, tetapi sekurang-kurangnya ada kelengkapan untuk rawatan awal.

"Orang meninggal kerana kelewatan rawatan awal. First aid sangat penting. Kalau datang sini, ada first aid, okaylah. Tetapi dari sini hendak ke Slim River jaraknya 22 km," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Prgi la hospital. Ni bukan tahun 2000 lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:47 PM | Show all posts
caprut replied at 25-10-2024 07:29 PM
Prgi la hospital. Ni bukan tahun 2000 lg

hospital agak jauh..22km..nak tgu ambulans smp pun agak lama..kk tg malim selama ni ada ambulans sndiri..ade kecemasan sndiri..malam2 klu xde doktor pun kurang ade MA/MO..igtkan diorg tutup operasi malam je..rupanya siang pun sama..mmg tak patut la..penduduk tg malim ni dahla ramai..senior citizen pun ramai..mmg perlu la rawatan awal kecemasan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ziee replied at 25-10-2024 11:47 PM
hospital agak jauh..22km..nak tgu ambulans smp pun agak lama..kk tg malim selama ni ada ambulans s ...

Dah nk diswastakan pon kkm. Kes pon byk kes merepek je dtg kk lpas pkol 5
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:35 AM | Show all posts
klinik biasa kan ada.... beli hp mahal2 boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ziee replied at 25-10-2024 11:47 PM
hospital agak jauh..22km..nak tgu ambulans smp pun agak lama..kk tg malim selama ni ada ambulans s ...

Bila hytang dah 1.3tril budget potong sana sini jadi mcm ni lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2024 08:46 PM | Show all posts
Di India berkumpul mcm ni

ditangkap dan terus dibakar
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:00 PM | Show all posts
caprut replied at 26-10-2024 12:26 AM
Dah nk diswastakan pon kkm. Kes pon byk kes merepek je dtg kk lpas pkol 5

tp kes yg dia refer ni jadi sblm kul 5..patut facility kecemasan dah ada,teruskan jela merawat bg 1st aid..ni mmg dia tutup terus dr siang..

klinik kesihatan tg malim ni asalnya hospital daerah,so agak lengkapla semua unit ada..rawatan pesakit luar n temujanji pun ada hari2..klu nak g klinik swasta pun blum tntu ada facility lengkap mcm kat kecemasan klinik ni dulu..so nak tanak mmg kena ke hospital slim yg agak jauh dgn jalan sehala yg byk trafik light..klu ambulans bolehla laju..klu kereta persendirian susah sikitla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 11:01 PM | Show all posts
arnauld replied at 26-10-2024 07:57 AM
Bila hytang dah 1.3tril budget potong sana sini jadi mcm ni lah.

itulah dia..nak ckp lelebih pun bkn ada siapa dgr..nasib rakyat marhaen..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 12:50 AM | Show all posts
arnauld replied at 25-10-2024 11:57 PM
Bila hytang dah 1.3tril budget potong sana sini jadi mcm ni lah.

Dah la subsidi hilang , tekanan gaji minima , bab kesihatan pun hilang
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti mesti mythreyar mutturamalinggam dituduh sbg walaun oleh sesetengah walanon
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
area lembah klang je, tak sampai brrapa km dh ada hospital kerajaan lain..patutnya kt daerah lain pun camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
g keje berulang Tg Malim KL mcm dekat..tetiba spital jauh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengade spesis diorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu gambar siapa?

Kk mart kan buka 24 jam kenapa tak pergi kk mart je?

Sikit sikit nak komplen
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
So kesiannya. 25 tahun. Sebab jantung dah tak ada nadi. Passed away. Muda lagi. siannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 26-10-2024 08:46 PM
Di India berkumpul mcm ni

ditangkap dan terus dibakar

Kuang ajor ko (ikut cakap syamsul debat). Haha.

Sian dorang lah.
Family mati doctor tgh makan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 27-10-2024 12:50 AM
Dah la subsidi hilang , tekanan gaji minima , bab kesihatan pun hilang

Kot nanti nikmat khidmat kesihatan..pendidikan akan dirasai oleh mereka yg berkuasa je la...sbb depa yg menentukan polisi bagai kan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 07:48 AM | Show all posts
siapa yg menang election kat sana recently? tolong buat sesuatu mcm dlm janji election tu boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup staf ke tu sbb langkah penjimatan gov skrg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.196481 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list