View: 89570|Reply: 48
|
Makin Lama Makin Pelik Gabungan Makanan, Peniaga Ini Jual Burger Ayam Bersama Aiskrim! Kena Kritik Dengan Netizen
[Copy link]
|
|
Orang ramai tidak tahu bagaimana mahu respon dan perasaan mereka selepas melihat satu kedai burger yang membuat ‘inovasi’ terhadap menu tersebut.
Menerusi Instagram, KL Foodie telah mempromosikan kedai yang bertapak di Puchong itu di mana mereka menjual burger aiskrim.
Berdasarkan rakaman, burger yang dipesan oleh pelanggan telah ditambah dua scoop aiskrim pelbagai perisa iaitu strawberi, vanilla dan coklat.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai pengguna Instagram dan rata-ratanya memberi komen negatif kerana peniaga itu mencampurkan burger dengan aiskrim.
Malah ada yang persoal mengapa makin ramai peniaga di Malaysia yang cuba membuat gabungan makanan yang merepek.
"Negara aku ni memang suka buat gabungan makanan yang pelik pelik. Tak menarik langsung tapi ramai yang nak cuba."
Dalam pada itu, ramai yang berkata gabungan makanan di negara ini yang semakin merapu juga menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit dan peningkatan kepada jumlah penyakit tertentu seperti diabetes, obesiti dan sebagainya.
SUMBER : Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah lah.....aku pisang goreng dgn cheese pun aku geli....ni aiskrim dgn burger pulak..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila terlebih kreatif sakan... |
|
|
|
|
|
|
|
xde selera la..nk gabung ayam ngn patty burger ok la..apa hal gabung ngn benda manis yg mudah cair gitu..
aneh aneh |
|
|
|
|
|
|
|
Kau kritik peniaga tu nak buat apa
Kalau takde permintaan, takde lah penawaran
kritik gak yang membeli tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Kuching kedai nama Sharing ada menu chicken chop ice cream. Bagi saya sedap juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau yg oder ke jadi kau geli? sukatila org tu nk oder apa. Nak makan ayam dgn eskem ke, lambchop dgn letak atas abc ke, cendol bakso ke whynot |
|
|
|
|
|
|
|
makin terdesak org msia nak buat sales |
|
|
|
|
|
|
|
selain type m dan i ada ke yg buat benda mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 26-10-2024 09:02 AM
Kau kritik peniaga tu nak buat apa
Kalau takde permintaan, takde lah penawaran
kritik gak yang memb ...
This sis!!! Akak likeeeeeee komentar kau sissy. Tahniah sis, kau bijak sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanye roti eskem lejen je diterime. Ayam + aiskrim? |
|
|
|
|
|
|
|
Chicken burger sepatut nya serve hot... Mahu covert ke deli sandwich (cold food)... Seperti weird combination ice cream with thick chicken patty.. Dunno lah ada yang suka coba |
|
|
|
|
|
|
|
Okey iols nak cuba lah nanti
Mungkin sedap jua
Teringat kecik2 penah mkn roti sandwich with aiskrim ... makan bagitu sahaja atau digoreng
Sedappppppp
Chuols penah try tak yg ni?
Skarang dah tak nampak org jual lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 26-10-2024 03:35 AM
penmerah replied at 26-10-2024 12:47 AM
Okey iols nak cuba lah nanti
Mungkin sedap jua
Teringat kecik2 penah mkn roti sandwich with aiskrim ...
Aku pernah beli burger di satu gerai. Masa tu musim PKP, banyak gerai tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Petugas di gerai tu ada 2 orang, sorang masak daging burger, sorang siapkan burger.
Petugas yang siapkan burger tu pakai sarung tangan getah pada kedua-dua belah tangannya, macam video di bawah.
Dia pegang roti, daging burger, sayur menggunakan sarung tangan getah. Lepas tu dia selak2 rambut (dia tak pakai penutup kepala), pegang duit, pegang itu pegang ini, masih dengan sarung tangan getah yang sama.
Natijahnya, itulah kali pertama dan terakhir aku beli kat gerai burger tu. Tak lama kemudiannya gerai tu pon hilang dari radar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ice cream ni dah mahal rm9-10 dulu2 5.70-6.50 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 27-10-2024 01:43 PM
Pasai ni la ramai orang selalu jer TERjatuh sana sini....makan mende bukan2 jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga nak up harga tu pasal tambah cheese tambah nutella, ada kedai jual roti canai kosong xde roti canai pisang ada |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 selera orang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 26-10-2024 02:08 PM
Aku pernah beli burger di satu gerai. Masa tu musim PKP, banyak gerai tumbuh bak cendawan selepas h ...
Ramai peniaga macam ni, sejenis tak menjaga kebersihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|