CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7715|Reply: 61

[Tempatan] Mara taja pelajar cemerlang ke universiti Ivy League mulai tahun depan

[Copy link]
Post time 30-10-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bernama
30 Oct 2024, 07:24 PM


Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya masih meneliti dengan lebih lanjut universiti pilihan, yuran pengajian dan program yang relevan.




KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menaja pelajar cemerlang di negara ini untuk menyertai program khas ke universiti ‘Ivy League’ yang dijangka bermula pada tahun depan, kata pengerusinya Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, projek program khas itu sudah berada pada peringkat akhir sebelum dilaksanakan kerana pihaknya masih meneliti dengan lebih lanjut berkaitan universiti yang dipilih, yuran pengajian dan program yang akan ditawarkan kepada pelajar terlibat.


“Kita akan buat projek khas dengan memilih pelajar yang cemerlang untuk kita bawa ke universiti terkemuka seperti Cambridge, Oxford serta Harvard yang dipanggil ‘Ivy League’,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru 2024 hari ini.

“Projek program khas ini sudah berada di peringkat akhir dan kita mahu teliti lagi dari segi pemilihan universiti, bayaran yuran pengajian serta program yang dipilih itu sama ada ia diperlukan dan relevan kepada negara untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.”


Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, sebanyak 4,577 pelajar cemerlang tajaan Mara dihantar melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun ini dengan anggaran perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Katanya, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan kementerian berkaitan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melihat bidang strategik yang diperlukan oleh negara seperti Internet Kebendaan (IoT), kejuruteraan dan komputer sains.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai premis perniagaan bawah Mara yang dilihat ‘lesu’, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya sedang meneliti keseluruhan 6,666 premis tersebut dan tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga tidak menguruskan perniagaan secara bersungguh-sungguh.

“Sejak awal tahun ini, saya telah buat ketetapan tegas bagi premis yang beroperasi atas nama sahaja atau dijadikan stor, suam-suam kuku tak dibuka hingga beri kesan kepada usahawan yang serius mahu berniaga … kita akan ambil tindakan, bahkan sudah diambil tindakan dalam siri terjah saya sebelum ini.


“Kita tidak mahu mereka (peniaga) ambil kesempatan daripada harga sewaan begitu rendah yang diberikan dengan mengambil hak orang lain yang bersungguh-sungguh mahu melebarkan perniagaan mereka,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik-adik.


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 08:51 PM | Show all posts
Tahniah. Jangan terberanak dalam toilet la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 09:47 PM | Show all posts
.... jangan lupa jalan balik ke negara tercinta
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oxbridge students mesti terer main american football
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 09:58 AM | Show all posts
y just the ivies? MIT ,  Stanford , caltech tarak ka ?

btw bukan seseang nak masuk oxbridge and ivies, MIT, etc2 tu yach.. kut setakat As berderet2 je mmg dipandang sepi ..  kurang2 Olympiad gold medalists di samping buat mcm2 volunteering works yach.. some masuk siap dah ada startup dah, dah buat attachment dekat uni2, siap published reseach paper lagi.

kalo kut WTU taja top 50 unis in the world , kalau rebrand jutk yg terbaru ni, maybe mara reduce je la top 10 uni in the world la camtu kut



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2024 10:21 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-10-2024 09:58 AM
y just the ivies? MIT ,  Stanford , caltech tarak ka ?

btw bukan seseang nak masuk oxbridge and ivi ...

kalau ytp under mara juga kan sis?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaon mana yg pitenoh aritu kata bajet Mara kena potong bila Dap jadi kjaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 11:19 AM | Show all posts
mejaputih replied at 31-10-2024 10:21 AM
kalau ytp under mara juga kan sis?

yes YTP, GrEP, WTU..apa lagi lupa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 11:34 AM | Show all posts
mejaputih replied at 31-10-2024 10:21 AM
kalau ytp under mara juga kan sis?

yes ytp utk lepasan spm, boleh amek A lvls and IB kalo nak pi uni kat UK and US, ni rasa uni pun takde top2 , maybe top 100 ke mcm tu kut based on student2 yg fly pi uni yg besha2 jah but in russell group la,

sorry  takde experience sangat, tu kena tanya acik2 por yg anak masuk sini sbb ytp ni banyak cabang.. selain uni us and uk, ada yg pi germany, jepun , korea, canada, NZ, Ozzy, ireland.yg meols tau budak2 YTP yg tak dapat offer uni dlm list ytp tu tak leh fly... so buat ke mesia jah



WTU utk yg dah lepas pre-uni program mcm A lvls & IB , Ausmat etc, tp uni & course mmg kena dlm list WTU saja, salunya top 50, last year ((WTU223) top 30 and betul2 ikut subject ranking per country.. selain dari yg dlm list tu tidak akan di layan.. (unless mcm biasa la mesia darul makmur ni, cable besaaaar )


tp WTU ni takkan sama each year.. berubah2 ikut QS ranking & subject specific, law , medic takde, mostly STEM, ekons ada la sikit.. so sapa2 aim for WTU 2025 boleh ikut list QS 2025, boleh refer course dlm list WTU sebelum2 ni. medic tu sbb deme taja dlm negara je.. or pi yindia, sbb murah cikit.. plus medic nak buat kat UK susah, sbb for itl student, each uni cap at 10-35 students je per year.. and kena pass UCAT la BMAT la, kena lepas itw la, machiam2..

tldr: sapa2 nak aim WTU mara, aim je top 10 uni dlm list bawah ni... caiyok2

https://www.topuniversities.com/world-university-rankings

https://online.anyflip.com/shdgj/bive/mobile/index.html














Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 04:24 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-10-2024 11:34 AM
yes ytp utk lepasan spm, boleh amek A lvls and IB kalo nak pi uni kat UK and US, ni rasa uni pun t ...

tenkiu2...anak iols minat medic la pulak...limited scholarship kalau nk target lg2 kalau nk ke oversea, ntah2 dah takde ek...sponsor dlm malaysia...dlm malaysia pun alhamdulillah dah especially IPTA medic not bad. dia x minat pulak STEM hadoi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa pulak oxbridge masuk ivy league? Ivy league tu kat US saja dan ada 8 uni. Harvard, yale, Princeton, columbia, cornell, UPenn, Dartmouth, Brown. Tapi 8 ni bukan la semuanya top dalam list kebangsaan US. MIT yang duduk atas2 setiap tahun tu bukan ivy league. Berkeley, Stanford, caltech bagai pun top belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu panggil OxBridge...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 05:16 PM | Show all posts
mejaputih replied at 31-10-2024 04:24 PM
tenkiu2...anak iols minat medic la pulak...limited scholarship kalau nk target lg2 kalau nk ke ove ...

ya medic mmg takde dlm WTU... org mara kata for 1 student pi oveseas tu leh taja 8 org kat mesia

other course stem-medic is biomedic engineering

last year ada sorang student YTP seremban tak silap,  yg buat A lvls,  dapat biomedic kat imperial... this year from YTP dapat imperial  tak sure berapa ramai, last year about 3 ke 2 student je cam tu


kalo nak register dgn Board of Engineers mesia as graduate engineer mmg kena amek yg 4 year course.. so mmg kena hati2 pilih courses vs uni punya location ye sbb uni kat  UK ni most Bachelor degree dia 3 years je, kecuali uni2 dekat Scotland , sana Bachelor deg 4 years mcm sini

but kalo masuk imperial, most STEM course dia mmg 4 years sbb integrated masters, but do note it's MEng not MSc

uni2 US meols takde experience so tak leh comment.. cuma kawan anak  meols yg dapat harvard this year mmg banyak gila extra co-cu dia, selain olympiad gold medallist etc2, tp budak tu mmg gifted la academically.. and mmg worth it dia amek gap year utk build her CV utk masuk harvard tu.




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 05:27 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 31-10-2024 04:27 PM
Bila masa pulak oxbridge masuk ivy league? Ivy league tu kat US saja dan ada 8 uni. Harvard, yale, P ...

tak pa ,, tak pa.. sabaq..sabaqq

tercekik maruku si serap tu kang

tersasul gamak.. kut ckp MIT , standford org tak kenai sangat.. ye la set2 acik2 por level lain

hat rekyat marhaen depa tataw.. kut ivy league tu ada la bunyik2 cam justice league gitu cam gah la cikit...

heols budak uni of Loughborough, mebi tak familar dgn ivies etc ni... kat UK takde american football, sports pon tak strong

kut oxbridge tu depa takat dayung sampan jahhh



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 05:29 PM | Show all posts

sekarang pun still panggil oxbridge sebab kalau apply cambridge tak boleh apply ke oxford.. kena pilih salah satu je, for undergrad la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 06:43 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 31-10-2024 04:27 PM
Bila masa pulak oxbridge masuk ivy league? Ivy league tu kat US saja dan ada 8 uni. Harvard, yale, P ...

“Kita akan buat projek khas dengan memilih pelajar yang cemerlang untuk kita bawa ke universiti terkemuka seperti Cambridge, Oxford serta Harvard yang dipanggil ‘Ivy League’,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru 2024 hari ini.

+ + +

Betul, ada beberapa perkara pelik bila baca tentang apa yang Pengerusi MARA ni cakap.

1) Kenapa Pengerusi MARA mention Cambridge dan Oxbridge apabila bercakap tentang Ivy League? Cambridge dan Oxford bukan Ivy League. Cambridge dan Oxford adalah university di UK. Ivy League adalah sekumpulan university di US.

2) Kenapa MARA emphasize tentang Ivy League? Bila MARA emphasize tentang Ivy League, MARA merujuk kepada sekumpulan universiti di US saja. Jadi bagaimana pula dengan top university di negara lain seperti di UK dan Australia untuk English-speaking countries? Selama ni memang MARA ada menghantar pelajar ke UK dan Australia.

Wujud keperluan untuk hantar pelajar ke UK dan Australia juga. UK dan Australia adalah negara Commonwealth. Malaysia adalah negara Commonwealth juga.

Ada beberapa perkara yang negara kita apply sama macam UK dan Australia. Tetapi perkara itu tidak sama dengan US. Contonya, bidang berkaitan perubatan, kewangan / accounting, dan undang-undang. Selama ini, student Malaysia yang mahu belajar untuk tiga bidang tersebut perlu belajar di UK dan Australia.

3) Untuk university di US sekali pun, kenapa emphasize tentang Ivy League saja? Ivy League hanya merujuk kepada sekumpulan kecil university di US. Bagaimana pula dengan top university di US tetapi bukan termasuk dalam kumpulan Ivy League? Contohnya: Berkeley, UCLA, Northwestern, Michigan - Ann Arbour, etc?

Stanford dan MIT pun bukan termasuk dalam kumpulan Ivy League. Tetapi sengaja fokus kepada university selain daripada tiga yang paling utama di US. Tiga university yang paling utama di US adalah: MIT, Harvard dan Stanford.

Even Khazanah pun still hantar dekat university yang tidak termasuk dalam kumpulan Ivy League seperti University of Texas at Austin, Berkeley, UCLA, NYU, University of Michigan - Ann Arbour dan beberapa lagi top university di US.

4) Kenapa baru sekarang MARA cakap tentang penghantaran pelajar ke Ivy League? Memang all this while pelajar MARA boleh belajar di Ivy League pun.

All this while, MARA tetapkan top university yang pelajar boleh apply. Dalam list top university itu memang sudah ada university yang termasuk dalam kumpulan Ivy League.
Jadi, MARA menghantar pelajar ke Ivy League bukan perkara baru.

Isunya: Adakah student MARA mahu belajar di Ivy League atau tidak? Jika student MARA mahu belajar di Ivy League, adakah student itu berjaya memperolehi offer daripada Ivy League atau tidak?

+ + +

Ini adalah kenyataan Pengerusi MARA daripada Berita Harian:

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menaja pelajar cemerlang untuk menyertai projek khas ke universiti Ivy League bermula tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penelitian projek itu sudah di peringkat akhir dan sedang memilih universiti yang bersesuaian.
"Pelajar cemerlang yang terpilih nanti akan dihantar ke mana-mana universiti Ivy League yang diputuskan nanti seperti Harvard, Cambridge dan Oxford.

"Kita akan mulakan projek khas Ivy League ini tahun depan dan kita akan lihat sama ada projek ini masih relevan atau tidak kepada negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun nanti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perkara yang relevan tentang kenyataan di atas:

1) MARA tidak boleh pilih pelajar untuk belajar di Ivy League. Ivy League akan pilih pelajar mereka sendiri. Kalau pelajar mahu belajar di Ivy League, pelajar perlu mohon kepada Ivy League. Dan Ivy League yang akan tetapkan adakah permohonan itu berjaya atau tidak.

Jika MARA mahu menghantar lebih banyak pelajar ke top university in the world, ini adalah peranan yang MARA boleh mainkan: MARA buat program untuk develop pelajar Melayu lebih awal. Bukannya bermula selepas SPM dan masa preparation yang ada cuma 2 tahun.

Sebagai contoh, belajar di US tidak sama seperti belajar di Malaysia. Sistem pembelajaran / sistem pendidikan kedua-dua negara ini tidak sama. Perbezaan ini bukan sekadar wujud di peringat university. Tetapi perbezaan ini sudah bermula lebih awal iaitu di peringat sekolah. Apabila cara belajar tidak sama, tentulah cara pemilihan pelajar di university juga tidak sama.

Untuk meningkatkan probability agar pelajar Melayu / Malaysia mendapat tawaran di top university, sebaik-baiknya pelajar perlu didedahkan dengan lebih awal tentang top university di negara tersebut, cara pembelajaran, dan cara pemilihan. Jadi pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat kajian, perancangan, dan persiapan.

Early preparation dalam aspek college readiness adalah sangat penting untuk ibu-bapa take note. Ibu-bapa tak perlu harapkan MARA, Khazanah atau JPA ambil initiative seperti ini. Ibu-bapa sendiri yang perlu guide anak untuk membuat research, planning, and early preparation.

2) Pengerusi MARA bercakap tentang relevancy. Kos menghantar pelajar belajar di US dan UK mencecah RM 1 juta untuk seorang pelajar. Apabila kita membelanjakan RM 1 juta tax-payer money untuk seorang pelajar, adakah selama ini bidang pengajian itu tidak relevan?

Tak kan kita nak bazirkan RM 1 juta per student dengan mengizinkan pelajar itu belajar perkara yang tidak relevan. Tentulah selama ini kita menghantar pelajar untuk belajar perkara yang relevan.

Bercakap tentang relevancy, ini adalah pembaharuan yang scholarship provider boleh buat: Make it more specific. Secara specific, apa kemahiran yang negara perlukan untuk masa akan datang?

Sekarang, guideline yang diberikan oleh scholarship provider adalah general. Contohnya: STEM dan Social Science. Atau, Engineering dan Technology.

Di luar negara, pembelajaran dilakukan secara specific. Dan pelajar ada pelbagai option. Maksudnya, pelajar mempunyai banyak pilihan apa yang mereka ingin pelajari.

Contohnya, di bawah STEM atau Technology. Terdapat banyak cabang di bawah STEM dan Technology yang pelajar boleh pilih untuk belajar. Di luar negara, bidang STEM dan Technology ini berkembang meluas dan up-to-date. Keadaannya bukan seperti di Malaysia yang agak slow untuk catch up dengan perubahan yang berlaku dalam STEM dan Technology.

Jadi pelajar yang bagus bukan sekadar buat persiapan secara general. Sekadar tahu tentang STEM dan Technology. Tetapi pelajar yang bagus sepatutnya buat deep dive daripada peringkat awal. Tengok satu-persatu apa bidang pembelajaran yang ditawarkan di sesebuah university. Dan pelajar mula identify beberapa bidang pembelajaran yang selari dengan:

- Academic Goal: Goal yang pelajar ingin capai dalam bidang pelajaran / akademik
- Professional Goal: Goal yang pelajar ingin capai dalam bidang professional / career
- Personal Goal: Goal yang pelajar ingin capai dalam aspek personal development sama ada emotionally, socially, and cognitively

Ibu-bapa boleh bantu anak untuk buat deep dive ini. Bantu juga anak untuk set vision and goals. Kemudian, ibu-bapa tunjukkan thinking skills yang efektif kepada anak - bagaimana sesuatu pilihan atau keputusan mampu untuk fulfill sesebuah goal atau vision.

+ + +

Ini perkara yang SANGAT PENTING kalau pelajar Melayu mahu belajar di luar negara. Ibu-bapa yang mahu anak belajar di luar negara perlu take note perkara ini.

Kalau ibu-bapa mahu mendapatkan scholarship RM 1 juta untuk anak belajar di luar negara, ibu-bapa perlu suruh anak pilih salah-satu educational pathway untuk mendapatkan scholarship:

1) Ambil educational pathway yang mempunyai SPM sahaja. Pelajar boleh belajar di SMK, SMJK, SBP, MRSM atau private school yang menawarkan SPM.

2) Ambil international syllabus DAN SPM. Kalau mahu ambil international syllabus seperti IGCSE, pastikan anak buat preparation untuk dapat result yang cemerlang untuk SPM juga. Jangan fokus kepada international syllabus saja.

Perkara ini turut relevan untuk ibu-bapa yang mahu menghantar anak belajar di program PERMATA / Kolej Genius - whatever it is called now.

Untuk SPM, sebaik-baiknya aim untuk 10A+ termasuklah subjek seperti English, Add Maths, dan Fizik.

Tanpa SPM, peluang untuk pelajar mendapatkan scholarship adalah rendah. Untuk sebahagian besar scholarship provider di Malaysia, mereka langsung tidak terima sijil lain. Mereka hanya terima SPM.

Pelajar Cina yang belajar di sekolah Cina persendirian seperti Kuen Cheng High School di Kuala Lumpur pun ambil SPM. Dan mereka cemerlang dalam SPM dengan mendapat 9A, 10A, dan 11A.

Jadi apa alasan pelajar Melayu untuk tidak mahu ambil SPM tetapi pada masa yang sama mengharapkan biasiswa daripada scholarship provider di Malaysia?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 31-10-2024 04:35 PM
Nfir replied at 31-10-2024 02:43 AM
“Kita akan buat projek khas dengan memilih pelajar yang cemerlang untuk kita bawa ke universiti t ...


Mahu masuk top uni US and UK ber beza... but aku baca di forum kata nya guna hollistic method di gomen school di malaysia school... Ini selalu grade cekgu bagi itu selalu nya recommed letter dari school/counsellor untuk submit di top uni student apply... Student kena all rounder bahasa mudah versatile.. bukan hanya top notch dalam subject exam saja... UK ikut merit... US lain sikit di school kena student perlu active activity lain   selain study untuk score exam saja... Selalu yang di terima harvard.. Yale.. Stanford... Caltech.. Mit..princeton. bukan top notch exam saja... Boleh lah target masuk ivy lain but list aku bagi susah untuk dapat.. Competition tinggi.. ... Top student selalu nya yang dapat scholarship depa selalu ada both experience/masuk Europe uni and US uni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-10-2024 09:58 AM
y just the ivies? MIT ,  Stanford , caltech tarak ka ?

btw bukan seseang nak masuk oxbridge and ivi ...

Iols speku rebranding jahh.. deme kena cek mana murmur nak hantaq.. hat situ la deme target.. tusyen fees satu donia dah naik.. so kena pilih uni top utk hantaq IoT, engineering dan CS.. tapi iols heran.. engineering hantaq pun blom tentu dpt keje kat mesia.. how?
Baik hantaq utk econs ka apa.. ada la pengganti, takyah harap kat piji.. cuma risiko kaki spin je la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk STEM, selain MIT, Caltech, mungkin kerjaan boleh consider utk hantar student ke ETH Zurich juga. Einstein dulu belajar kat situ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.091436 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list