View: 70799|Reply: 36
|
[Tempatan]
Seorang lelaki, Yan Mable kata melalui Facebook popular, JB柔佛吹水站, Kalau Gaji Tak Cecah RM15,000 Sebulan, Jangan Mimpi Nak Kahwin.Perlu sekurangnya 23k untuk keluarga kecil.Anda tak setuju?
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Yan Mable berkongsi pendapatnya dalam kumpulan Facebook popular, JB柔佛吹水站, mengenai berapa gaji sebulan yang diperlukan untuk menyara keluarga di tahun 2025.
Menurut Yan, kos hidup kini amatlah tinggi sehingga segala-galanya nampak mustahil jika seseorang tidak cukup kukuh dari segi kewangan.
Yan terus terang menyarankan bahawa jika gaji bulanan tidak mencecah sekurang-kurangnya RM15,000, seseorang itu perlu fikir masak-masak sebelum bercadang untuk berkahwin atau membina keluarga
Kalau tak mampu buat RM15,000 sebulan, tak payahlah bercinta, tak payah susahkan anak orang. Jangan sampai nanti keluarga sendiri yang terpaksa pikul beban,” tegas Yan dalam catatannya yang meraih perhatian ramai di media sosial.
Yan juga berkongsi pandangannya tentang hubungan dengan mertua, di mana beliau percaya bahawa bakal ibu mertua pastinya tidak akan senang jika bakal menantunya kurang berkemampuan.
Bagaimanapun, katanya, golongan yang lebih tua biasanya pilih untuk diam daripada berterus terang.
Tambahnya lagi, tanpa pendapatan yang stabil, banyak perkara akan menjadi ‘terhad’.
“Kalau tak ada duit, anak-anak mungkin hanya akan bercuti ke Klang sedangkan kawan-kawan mereka melancong ke Paris,” sindirnya secara sarkastik.
Sebagai perbandingan, Yan turut memberikan anggaran kasar kos bulanan bagi sebuah keluarga kecil yang mempunyai empat orang ahli.
Katanya kira-kira RM23,700 diperlukan untuk menampung segala keperluan asas seisi keluarga—angka yang pastinya mengejutkan ramai.
Yan turut menyatakan, bagi seorang yang benar-benar bertanggungjawab, tugas seorang lelaki ialah menjadi ‘breadwinner’ dalam rumah, membayar segala bil termasuk pinjaman kereta isteri.
Katanya, pada zaman dahulu, RM600 sudah cukup untuk menyara keluarga sebulan, tetapi kini, RM6,000 mungkin hanya cukup untuk seorang individu sahaja.
Yan juga menyentuh soal gaya hidup yang diharapkannya sebagai seorang bapa, termasuk kemampuan untuk membawa keluarga makan di restoran atau menikmati fine dining setiap hujung minggu.
Beliau turut menambah bahawa seorang bapa yang bertanggungjawab mampu membeli barang mewah seperti Balenciaga untuk anak-anak, mendidik mereka untuk memahami erti kekayaan dari usia muda.
“Kalau tak mampu, bersedialah untuk anak-anak biasa dengan nasi campur setiap hari dan tak pernah jejak restoran mahal,” tambah Yan dalam nada sinis.
Dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar, kenyataan Yan mungkin mencerminkan kekecewaan segelintir rakyat Malaysia yang berasa terbeban oleh peningkatan kos sara hidup.
Pandangan ini turut membuka perbincangan tentang realiti kewangan anak muda masa kini dalam membina kehidupan keluarga di tengah-tengah kos yang semakin meningkat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak hidup mcm orang kaya rayo ke..memang lah tak cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah la kawin kalau nak hidup kaya. Mereput la anu kau jangan celup sana celup sini pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Konten nak popular. Jijik |
|
|
|
|
|
|
|
Statement very materialistic..
Kena beli anak2 pakai balenciaga baru chop mampu? Common sense apa ini.. beg balenciaga tidak melayakkan kamu ke uni... tp usaha didik, tabung sspn, tuition etc tu |
|
|
|
|
|
|
|
Klu nk tggu lelaki gaji 15k baru kawen makin ramai la andartu dan antertu forever kt msia ni nt |
|
|
|
|
|
|
|
Diam la semua
Hanya yg dh kahwin 100 tahun ke atas je layak bg nasihat apa2 berkaitan perkahwinan mahupun ekonomi rumahtangga.
Semak sana sini semua nak jadi kaunselor
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat dtg ke negara tua
Atau lagi cepat negara lumpuh dalam 50 tahun
Tapi xpe boleh implimen taktik demonrat US import pendatang thirs world utk mengisi populasi |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan cina materialistic, ini mendorong lelaki kawen lambat beranak lambat dah tua 70 masih kerja anak masih sekolah, ini juga mendorong majikan ambil cina utk jawatan tinggi supaya mereka dpt bekeluarga, duit byk2 pun hujung2 habis ke sugarbaby ladyboy berhibur travel perkara2 x berfaedah macam duit panas habis gitu jah, berbanding org gaji kecil tapi pandai hargai duit sbb gaji kecil pun boleh besarkan anak |
|
|
|
|
|
|
|
Penulis asal posting ni cina. Jadi kita boleh faham la kenapa dia berbelanja besar. Besar bagi kita tapi kecil bagi dia sebab culture mereka begitu |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 3-11-2024 06:17 AM
Penulis asal posting ni cina. Jadi kita boleh faham la kenapa dia berbelanja besar. Besar bagi kita ...
Tu la cina ni kn mcm atheist. Xramai dah amalkn buddhist. Hidup bertuhankn duit. Jenis terasa hina klau hidup basic. Kereta kurang2 kena pkai yg rege 100k, rumah nk kena yg 1juta. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam tukang urut org rumah aku dah pencen askar, still kerja tukang urut cari income, laki dia pun pencen askar buat kebun kt kampung
aku cakap pencen pun lebih rm3k+ sorg gak tu, org rumah aku cakap sekarang rm3k+pun x cukup, barang mahal
pastu aku cakap abang dia yg kerja kampung tu jika dapat rm3k+ sebulan rasa dah lebih dari cukup tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa cina kat luar sana tak takut ke keturunan korang semakin pupus disebabkan perkara² macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sorang dua aku jumpa cina yang berpegang kepada trend budaya ni.
Sampai ke sudah tak kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 3-11-2024 10:00 AM
Bangsa cina kat luar sana tak takut ke keturunan korang semakin pupus disebabkan perkara² macam ni?
Mungkin belum risau sebab bangsa cina di dunia ni masih ada dalam 1.5 billion semua sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 3-11-2024 10:06 AM
Mungkin belum risau sebab bangsa cina di dunia ni masih ada dalam 1.5 billion semua sekali.
Possible disitu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada org gaji kecik, family besar, alhamdulillah makan pakai semua cukup. Ada org gaji besar, family tak besar mana, tapi slalu kesempitan wang. Rezeki datang dariNya....bersama2 kita mencari keberkatan rezeki...sekian mode ustazah..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Google jumpa Kue Mable je...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Itu hanyalah pendapat org kafir mcm dia, kita yg Islam ni ikut lah cara Islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|