CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19301|Reply: 109

[Jenayah] Vivy, suami dilepas dengan jaminan, serah passport (sebutan kes 22 Januari tahun depan)

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 6-12-2024 02:54 PM

Update:

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada enam tahun lalu.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.


"Faham, mengaku tidak bersalah," kata Vivy yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju serba putih bersama Fadzarudin, yang mengenakan kot berwarna hitam.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet Sdn Bhd, diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB, telah melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka ini, ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya.

SH





Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis Parlimen pada 28 Oktober lalu, menyatakan nilai saham Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet menurun hampir RM44 juta apabila perniagaan itu dijual pada 2023 berbanding jumlah yang dibelanjakan pada 2018.



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sebuah kementerian, pejabat Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Bhd (PNB) serta ibu pejabat FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di Bangsar untuk membantu siasatan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta.

Dalam siaran di laman TikTok rasmi SPRM hari ini, sebanyak empat lokasi berkaitan pelaburan dalam FashionValet diserbu penyiasat SPRM, sepanjang hari ini.

Menerusi siasatan itu, kelihatan sekumpulan pegawai SPRM masuk ke ibu pejabat berkenaan dan kemudiannya memeriksa beberapa dokumen mengenai pelaburan dua buah agensi berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat itu.

Turut kelihatan, dua individu dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas bersama FashionValet iaitu Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin.

Shah Anuar 'bersoal jawab' dengan penyiasat SPRM di salah satu pejabat berkenaan. Namun kedua-dua wajah mereka dimozekkan.

Ia juga menyatakan, siasatan berkenaan dilakukan mengikut Sekyen 18, Akta SPRM.

"Semua empat lokasi itu diserbu serentak hari ini," katanya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah pada 2 November lalu mengarahkan audit dalaman berhubung perkara itu.

Ia juga menyatakan Khazanah melabur RM27 juta dan PNB RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam jenama fesyen itu dalam rancangan untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera dalam sektor e-dagang.

Bagaimanapun, MoF berkata FashionValet kemudiannya dilanda masalah kewangan ketika pandemik COVID-19, walaupun tempoh sama meningkatkan jualan banyak perniagaan e-dagang tempatan.

Sementara itu, BH masih berusaha menghubungi Vivy, namun usahawan fesyen berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas.

BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah sujod syukorrr....ingat sekadar kate nak siasat tapi senyap trus
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa iols rasa mcm kan lepas je..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Soeb lepas je..apatah lg depa ni..haih
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 4-11-2024 10:56 PM

Oooo patut dua bradik muka sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 4-11-2024 10:49 PM
Kenapa iols rasa mcm kan lepas je..huhu

Yg penting reputation dah buruk (walaupun dah lama buruk..ni berkali ganda buruk)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 4-11-2024 10:56 PM

Dia director Fashion Valet ke? Mesti la dia cakap takde apa. Director emolument berjuta yang keluar tetiap tahun declare rugi tu mesti dia pun dapat sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 4-11-2024 10:49 PM
Kenapa iols rasa mcm kan lepas je..huhu

iols pun rasa tak lekat kes, konar sana sini lepas gitu je wpun makan masa.
nama je la tercemar tp tetap bebas bergembira disamping brand Duck

***masih berharap depa lakibini di charge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 4-11-2024 10:49 PM
Kenapa iols rasa mcm kan lepas je..huhu

I rasa tak lepas. Rasanya banyak gila kes ni macam SRC. Even Syed Saddiq yang setakat masukkan dalam ASB pun kena sebat. Tu takde pun pakai dana awam. Yang ni confirm sangkut satu dua kes
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:32 PM | Show all posts
Tak sabar nak dengar hasil siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:33 PM | Show all posts
So, apa datin bag tangan tu tulis kat soc med hari ni? Siapa yg rajin intip dia, kasitahu sini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 4-11-2024 11:02 PM
Soeb lepas je..apatah lg depa ni..haih

Pusing2 kwn sndiri yg buat keje.. know2 senyap je.. selalu gitula...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun rasa akan lepas. Image tercalar pedulik apa dia. Kat sini bukan Netizen jenis hardcore yg baling2 telur, spray2 rumah, calar2 kereta. So dia ok jelah.
Dia tetap kaya, tetap kekwat, tetap Dato/Datin, tetap ada penyembah2 berhala itik. Apa dehal?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Akalditipumata replied at 4-11-2024 11:59 PM
Pusing2 kwn sndiri yg buat keje.. know2 senyap je.. selalu gitula...

Itulah..iols malas nk beria happy sgt..tgk kes soeb & ecah pun cukup la
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 4-11-2024 11:09 PM
Yg penting reputation dah buruk (walaupun dah lama buruk..ni berkali ganda buruk)

Tp org cepat lupa babe..tgkpa kes dia zaman kobid dgn avenys tu pun ada yg dh lupa skrg
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 4-11-2024 10:49 PM
Kenapa iols rasa mcm kan lepas je..huhu

Macam drama je kan.

Di Malaysia ni Mahkamah dan Peguam² pun kuat drama....drama panjang bertahun tahun dah macam telenovela Rosalinda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 5-11-2024 12:48 AM
Tp org cepat lupa babe..tgkpa kes dia zaman kobid dgn avenys tu pun ada yg dh lupa skrg

Apanya kes2 tu?iols lupa atau mmg tatau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 4-11-2024 11:31 PM

Org ada2 berckp eh...lg plak bukan pitis dia yg hilang tu...pitis anugerah kot kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua wayanggggg...
Adi buah kana fly tembok senyummm sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 4-11-2024 11:19 PM
I rasa tak lepas. Rasanya banyak gila kes ni macam SRC. Even Syed Saddiq yang setakat masukkan dal ...

Ni klau sangkut montot vivy & laki kena sebat jugak kot sbb blm 50 umur deme
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.225370 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list