CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 39418|Reply: 46

[Tempatan] Terengganu disaran patenkan produk ikan celup tepung

[Copy link]
Post time 10-11-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Terengganu disaran patenkan produk ikan celup tepung

Mohd Zuhan. Terengganu disarankan agar mempatenkan produk ikan celup tepung atau lebih dikenali dengan gelaran 'ICT' bagi mengelak ia diciplak

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri disarankan agar mempatenkan produk ikan celup tepung atau lebih dikenali oleh penduduk setempat dengan gelaran 'ICT' bagi melindungi dan mengelak ia daripada diciplak.

Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Ts Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, produk popular yang berasal dari Terengganu itu dilihat perlu dipatenkan kerana ia telah sinonim dan menjadi tanda dagangan negeri tersebut.

"Untuk ICT (ikan celup tepung) merupakan produk yang terkenal di Terengganu tetapi tidak dijadikan sebagai satu 'trademark' di Terengganu kerana daripada puluhan peniaga sepanjang pantai di Penarik sehingga ke Besut itu kebanyakan mereka menggunakan nama sendiri.

"Ada juga yang dilihat menggunakan nama mereka untuk makanan itu, namun orang di tempat lain masih boleh ciplak produk tersebut.

"Jika selepas ini mereka mahu daftarkan 'ICT' atas nama mereka, boleh dan kerajaan Terengganu boleh fokuskan untuk patenkan ikan celup tepung," katanya ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Perasmian Pejabat Satelit MyIPO Kuala Terengganu dan penyampaian sumbangan zakat di sini pada Ahad.

Jelasnya lagi, ikan celup tepung boleh dipatenkan seperti produk keropok losong di mana sebelum ini ia telah didaftarkan dan peniaga tempat lain tidak boleh sewenangnya menggunakan jenama yang sama.

"Kita menggalakkan entiti di bawah kerajaan negeri supaya mendaftarkan ikan celup tepung kerana produk itu lahir di Terengganu.

"Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) misalnya boleh daftarkan sebagai penama kepada produk tersebut tetapi pada masa yang sama usahawan itu sendiri boleh daftarkan sebagai cap dagangan kepada produk keluaran mereka.

"Ramuan ikan celup tepung boleh daftar sebagai hak cipta agar ia dilindungi dan tidak boleh ditiru oleh orang lain.

"Selain itu, logo produk ikan celup tepung juga boleh didaftarkan di bawah 'industrial design'. Komponen di bawah harta intelek ini boleh diasingkan bagi membolehkan setiap perkara yang ada dalam satu-satu perniagaan itu dilindungi," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Korporat YPU, T Ahmad Shabirin Awalludin berkata, cadangan agar mempatenkan ikan celup tepung dalam kajian dan usaha kerajaan negeri.

"Sebelum ini kita telah mengambil pendekatan untuk melakukan 'geographical indication' (GI) terutama bagi produk songket dan batik.

"Produk songket fokus di sekitar Kuala Terengganu, ukiran kayu di Besut dan anyaman pandan atau daun mengkuang di Marang. Jadi, kita akan berusaha daftarkan ICT sebagai salah satu industri hiliran terutama di Penarik, Setiu kerana ramai pengusaha di situ selain di beberapa tempat di Kuala Nerus.

"Usahawan juga boleh patenkan produk mereka sendiri manakala kerajaan negeri akan ambil peranan bagi skop yang lebih luas," ujarnya.

Berdasarkan rekod, setakat ini MyIPO menerima sebanyak 47,283 permohonan untuk pendaftaran harta intelek dari seluruh negara dalam tempoh lima tahun terakhir sehingga 2024.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 03:37 PM | Show all posts
Wooo. ,,, A good and Smart Idea ....

Jangan lupa didaftarkan ke UNESCO sebagai Makanan Warisan Dunia setelah selesai dipatenkan ...Ingat itu ... Hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Di sini inging saya menekangkang, ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim? na na na na na teganu kiterrr, kita tengok penyu telo, penyu tengok telo kita

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Air Siti Nurhaliza tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:07 PM | Show all posts
Oo macam patin temerloh la ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-11-2024 04:11 PM | Show all posts



Air – 2 cawan (400ml)
Gula Melaka @ Nisan – 2 keping (140g)
Pes Asam Jawa – 3 sb
Cili Giling – 8 sb
Gula – 2 sb
Cuka – 2 sb
Garam – ½ sk

Telur – 2 biji (Gred B)
Tepung Beras – 500g
Garam – 1 sb
Tepung Jagung – 2 ½ sb
Air Kapur – 1 ½ sb
Serbuk Kunyit – 1 sk
Air Sejuk – 320 ml

sb = sudu besar
sk = sudu kecil/ sudu teh

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:29 PM | Show all posts
Tak payah nak jadi indon sangat lah. Ikan celup tepung ni orang putih dah lama buat lagi senang nak makan. Yang ini celup sekali dengan kepala dan tulang ada ka siapa nak tiru?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 05:03 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-11-2024 05:33 PM
ultra78 replied at 10-11-2024 04:11 PM
Air – 2 cawan (400ml)
Gula Melaka @ Nisan – 2 keping (140g)
Pes Asam Jawa – 3 sb

Wooow.... Inilah salah satu Mahakarya Genius kuliner atau masakan asli Malaysia yang  patut segera didaftarkan ke UNESCO agar X  bernasib sama seperti Rendang, Cendol, Ayam Penyek  etc etc  yang sudah diklaim oleh  negara lain ....TAHNIAH
  
Pantaslah jika anda dengan full confidence menggelar diri anda sebagai sebuah MAHAWANGSA ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepung biasa2 pun nak paten,
Tepung goreng di pasaran punca darah tinggi ginjal apa dibubuh bahan pengawet perisa pening kepala, masak ikan pakai bahan bahan asli x boleh ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Manis betul isi ikan kat ganu sana..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 05:41 PM | Show all posts
Ingatkan Indonesia je, trenggNU pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 05:43 PM | Show all posts
nusaraya replied at 9-11-2024 11:37 PM
Wooo. ,,, A good and Smart Idea ....

Jangan lupa didaftarkan ke UNESCO sebagai Makanan Warisan Duni ...

Kembar Indonesian agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 05:44 PM | Show all posts
Aiyoo xde benda berfaedah lain nk fikir ke..battered fish ni makanan nasional org British yall..fish n chips

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:10 PM | Show all posts
ikan celup tepung ni orang buat dimana-mana. mcm mana nak patenkan .. apa yang nak dipatengkan? resepi... tukar satu bahan dah boleh  dah buat tanpa bimbang pasal paten...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerai tepi laut dekat tg lumpur  kuantan tu x blh la niaga ikan ni lg gamaknya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area taman iols neh ada acik jual nasi kerabu..
Ikan goreng tepung dia iols tengok udah mcm cekodok salut ikan dah...hahahaha
Payah nak jumpa ikan celup tepung yang rangup2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 09:54 PM | Show all posts
la benda mcm tu pun nak beria ke huk aloh
hari tu mkn ict ni kat pantai mak nik rasa biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 09:57 PM | Show all posts
dubuk replied at 10-11-2024 04:07 PM
Oo macam patin temerloh la ni

patin masak tempoyak temerloh sedap tak sama dgn tempat2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-11-2024 04:11 PM
Air – 2 cawan (400ml)
Gula Melaka @ Nisan – 2 keping (140g)
Pes Asam Jawa – 3 sb

Dah try ka? Mmg susah nak dapat salut tepung yg crunchy halus mcm kat tganu. Kat Penang lg laa..addoiii failed terus kalau order sotong & udang goreng tepung. Perlis ok sikit sotong & udang goreng tepung dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.065257 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list