CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 48366|Reply: 35

[Jenayah] 'Tak puas hati, jom settle luar', penceramah dikasari, diugut tumbuk pegawai kaunseling UPNM

[Copy link]
Post time 14-11-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-11-2024 01:26 AM

KUALA LUMPUR: Seorang penceramah yang juga pesara pegawai tentera membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai pada program ceramah motivasi di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, pada Jumaat.

Mohamad Qayyum Badaruddin, 56, yang juga mejar bersara mendakwa beliau dilemparkan dengan kata-kata kesat dan dikasari seorang pegawai yang juga kaunselor, dipercayai dari Unit Kaunseling Markas tentera ketika hendak memberi ceramah kepada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Sepatutnya sesi saya bermula 4 petang, namun pegawai ini bertindak mengambil lebih masa hingga 4.20 petang. Saya telah bertanya bila sesinya akan habis, kerana saya perlu bergegas ke tempat lain.

“Pegawai tersebut telah menjawab ‘sibuk kau ni, aku tumbuk nanti. Tak puas hati, jom settle luar’ (Tak puas hati, jom selesai luar) padahal jawapannya itu tiada kena mengena dengan pertanyaan saya.

Dia telah bertindak merangkul leher saya dan mengheret saya ke tepi sambil disaksikan lebih 200 pegawai kadet dan anggota tentera lain,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Cheras.

Qayyum berkata, pegawai terbabit juga telah mengugut menumbuknya, sambil menambah beliau tidak perlu dihormati kerana bukan lagi seorang pegawai tentera.

“Walaupun saya bukan lagi pegawai tentera, namun saya penceramah yang telah dijemput, tidak sepatutnya dia layan saya seperti itu.

“Saya mahu dia membuat permohonan maaf kerana saya mewakili puluhan ribu veteran. Kami tidak perlu dilayan sebegini kerana kami juga telah berjasa dan hingga hari ini, saya masih menyumbang bakti untuk menaikkan imej tentera dengan memberi ceramah dan menulis buku berkaitan ketenteraan kita,” katanya.

Qayyum berkata, sejak kejadian itu, beliau masih belum dihubungi atau menerima sebarang bentuk permohonan maaf dari pegawai berkenaan mahupun pegawai ATM yang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan.

FreeMalaysiaToday

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 12:52 AM | Show all posts
Harapnya x claim gurau2 manja juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2024 06:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la pelajarnya mcm samseng
Dh peg kaunselingnya pn kurang ajar
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 14-11-2024 10:06 PM

Teruknya mentaliti. Tanya je punn. Superior or sesiapa lah, agong ke, pecat je pegawai tu or at least tukar dgn yg lagi layak. Kepimpinan pun tak tunjuk contoh yg baik. Veteran pun dah x nak cover busuk pegawai dan busuk upnm tuu. Rakyat pun skg dah x suka alk upnm
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Org upnm ni ramai mental kot
Kesan kena ragging masa belajar agaknya
Jadi tentera tak semesti perlu bekasar setiap masa
Apo la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
itu baru perangai kaunselornya.. belum lagi tengok perangai yg lain.. patutlah diaorg boleh buat x tahu dgn kes Zulfarhan tu ye, mmg setan sgt perangai masing2.. Allah akan balas perbuatan korang
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
so boleh agak la knp pljr pun hazabedah, peg kaunseling pun caprut.
agaknya ni kesan kene torture masa training dulu kot.
dah la tak faham soalan, menjawab mcm org tak sek plak tu.
memalukan sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 10:35 PM | Show all posts
wow... pegawai kaunseling macam samseng... no wonder la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa diorg ni dh rasa hebat sgt bila dpt sarung uniform. Poyo lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:52 AM | Show all posts
ekceli kat mana2 pon, kalau yang pakai uniform ni memang biasanya bajet2 hebat. Ko pun manusia jugak lah. Bila-bila masa je Tuhan boleh tarik pangkat tu.

p/s: tapi hutang keliling pinggang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pegawai kaunseling tu kaunselor berdaftar, Lembaga Kaunselor kena menjawab. Tapi ntahla ek. Haritu ada cerekarama tv3 keluar kisah kaunselor kacau bini orang a.k.a kliennya, pun senyap je tak berkutik. Patut kena jaga nama kaunselor.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
No wonder!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Selaku mejar (B), mmg tak patut die kena gitu. Uni bole tutup or tukar nama la.. Jadi USK (Uni Seterika Kebangsaan) or UPK (uni Pembuli Kebangsaan)

OT sikit, mejar ni pernah viral pasal buku dia. Katernya berjaya tulis 5 buku, 5 hari.. Gitu? Pastu kantoi big time cedok goggle.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:29 AM | Show all posts
Ni mesti ada sejarah lama ni semasa dua dua masih lagi berkhidmat dalam tentera...

Masa pakai uniform, tak boleh bertumbuk, boleh kena charge bawah akta angkatan tentera.. so masa dah tak dalam service la baru boleh settle   
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 15-11-2024 12:52 AM
ekceli kat mana2 pon, kalau yang pakai uniform ni memang biasanya bajet2 hebat. Ko pun manusia jugak ...

setuju...aku keje ngn anggota beruniform...dorg ni memg berlagak dan perasan hebat dgn pangkat dorg...pdhl gred bwhn je...memg akn ada diskriminasi klu bekerja dgn dorg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 08:08 AM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 15-11-2024 08:09 AM
amyhisashi replied at 15-11-2024 06:58 AM
Selaku mejar (B), mmg tak patut die kena gitu. Uni bole tutup or tukar nama la.. Jadi USK (Uni Seter ...

jumpa dahhhhhhhhhceritanya sbb kantoi
klu tak, who knows la ape die dh buat


https://www.malaysiakini.com/news/551478

antara yg menarik:

"Dia bagaimanapun berkata telah pun menarik balik buku bertajuk Dekad Membacadan menawarkan pemulangan wang susulan penggunaan ayat yang tunggang-langgang.

“Saya mengaku silap saya (bab) itu. Dan saya akan betulkan dalam edisi yang baru,” katanya."

Tentang isu terjemahan menggunakan Google Translate, Mohammad Qayyum berkata perkara itu dilakukan kerana mengejar masa pelancaran.

“Sebab mungkin tergesa-gesa, saya dah betulkan tapi dia balik kepada yang asal (versi sebelum diperbetulkan).

“Mungkin saya terlepas pandang,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pelajar pompuan dah kena bersuara gak walaupun tak kena tekap iron
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:35 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 15-11-2024 08:08 AM
jumpa dahhhhhhhhhceritanya sbb kantoi
klu tak, who knows la ape die dh buat

choyyy heols rupanya. Baideway, alasan heshe tersilap cetak lah apa semua tu hanya dusta semata-mata iya. Memang heshe tak buat proofread pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:36 AM | Show all posts
iols syak heols buta IT
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076487 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list