CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41096|Reply: 152

“Kedua-Dua Pihak Kembali Rujuk Sebagai Suami Isteri”- Mahkamah Terima Permohonan Rujuk Farid Kamil & Diana Danielle

[Copy link]
Post time 20-11-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode





Peguam yang mewakili pelakon, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan bahawa mahkamah telah mengesahkan pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk sebagai suami dan isteri.


Menurut Akberdin, pihak defendan juga tidak membuat sebarang bantahan sewaktu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.


"Mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan hakim telah berpuas hati, malah pihak defendan (Farid) tidak membantah. Mahkamah telah memberi perintah bahawa kedua-dua pihak sudah kembali rujuk sebagai suami isteri."


Peguam itu turut berkata sijil permohonan rujuk dan beberapa dokumen lain akan dibawa pada prosiding penceraian yang akan berlangsung pada 2 Disember depan.


"Selepas ini mahkamah mengarahkan untuk mendapatkan sijil rujuk dan bawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan kedua yang dibuat Diana (permohonan cerai). Sijil itu adalah bukti mereka sudah kembali sebagai suami isteri."


Mahkamah telah menetapkan 2 Disember untuk prosiding permohonan cerai. Jadi selepas ini tiada apa-apa isu berkaitan rujuk. Status mereka sekarang adalah suami isteri selepas diendos oleh mahkamah.




Peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan turut mengesahkan perkara yang sama.


Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, dan Nur Aurora


Sumber : mStar, Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah...ckp berdegar2....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental betul...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dia pergi daftar rujuk yg haritu sbb dia nk bercerai kali ke 2
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 20-11-2024 06:54 PM
Mental betul...

Penyusahkan kerajaan. Process ini semua duit rakyaat.

Ingat rujuk boleh suka2 tak register. Padan muka.
Kalau tak nak cerai lagi....Masih record bercerai.
Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 20-11-2024 06:59 PM
Penyusahkan kerajaan. Process ini semua duit rakyaat.

Ingat rujuk boleh suka2 tak register. Pada ...

Caya la mat..esok2 dia isytihar mintak cerai balik....tak lama mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada berapa lagi talian hayat? Satu ke dua?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:01 PM | Show all posts
lepas ni toksah layan dah kalau DD fail cerai

laki bini sama sama weng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 07:01 PM | Show all posts
amil mudah je soal rujuk je
nk cerai baru hegeh2
macam2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental ke dorang ni, manjang rujuk

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:06 PM | Show all posts
hokeypokey replied at 20-11-2024 06:56 PM
dia pergi daftar rujuk yg haritu sbb dia nk bercerai kali ke 2

oh..ni rujuk backdated lah

pastu nak cerai balik

harap hakim declare ni talak tiga....habis citer
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewel lah kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni tunjuk gambar berpeluk bermesra balik...lepas tu mintak cerai balik...mcm tu la sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 20-11-2024 07:06 PM
oh..ni rujuk backdated lah

pastu nak cerai balik

itulah.. nak rujuk mmg sah2 tak boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 20-11-2024 07:06 PM
oh..ni rujuk backdated lah

pastu nak cerai balik

kan.. kalau talak 3 takde dh nk rujuk pasni..
baru la ada gosip baru diana ada anak ikan ke, parid kawen janda hot ke, baru mantop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 20-11-2024 06:54 PM
Kahkah...ckp berdegar2....

Memang dia nak bercerai kan? Tapi dkt mahkamah, latest record dia bercerai. So tak boleh la nak bercerai dah memang bercerai pun dpm rekod. Tu yg dia kena buat prosidur rujuk dulu. Kena cerita yg mereka telah rujuk. Telah berjimak. So mahkamah dah terima prmohonan rujuk tu, utk direkodkan. Lps ni boleh la bercerai.

Knowledge jugak utk aku. Tak boleh suka2 rujuk tanpa maklumkan pada pihak berkuasa rupanya ehh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat abis duit je bayar loyer. Ada lg 11 hari sblm 2/12. Silap2 tarik balik filing cerai yg dibuat aritu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg korg xfaham..ce baca artikel tu elok2 bg faham...prosiding cerai 2 dec..bkn nya dd tarik henbrek kali kedua...lols. ini nk membuktikan deme mmg telah kembali suami isteri tu yg baru boleh mohon cerai semula
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 20-11-2024 07:39 PM
Apa yg korg xfaham..ce baca artikel tu elok2 bg faham...prosiding cerai 2 dec..bkn nya dd tarik henb ...

Saya pun phm mcm ni..bukan DD xjadi cerai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069857 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list