View: 49970|Reply: 34
|
Redza Rosli selesa jaga privasi, media sosial hanya untuk kerjaya - “Saya tidak gemar berkongsi hal peribadi"
[Copy link]
|
|
Bukan mahu terlalu kelihatan eksklusif sebaliknya pilihan sendiri, pelakon Redza Rosli lebih gemar menjaga privasi kehidupan peribadinya daripada berkongsi dalam media sosial.
Ujar Redza atau nama sebenarnya, Ahmad Redza Rosli, 32, dia selesa menggunakan platform media sosialnya untuk kerjaya semata-mata malah tidak berasakan keperluan mendedahkan hal peribadi kepada umum.
“Secara jujurnya, saya tidak rasa diri ini eksklusif, cuma media sosial saya lebih kepada urusan kerja sahaja. Orang pun tahu saya jarang kongsi apa-apa selain itu.
“Saya tidak gemar berkongsi hal peribadi, lagipun tiada apa pun yang hendak dikongsi.
“Biarlah perkara peribadi saya menjadi simpanan sendiri, orang lain tidak perlu tahu,” katanya kepada Kosmo! Online.
Berpasak pada prinsip itu, Redza yakin penggemarnya sangat memahami selain menganggap peminat hari ini lebih matang dan tetap memberikan sokongan walaupun tidak berkongsi kisah peribadi.
“Peminat sekarang semakin bijak dan terbuka. Mereka tetap menyokong walaupun saya jarang kongsi kisah peribadi.
“Pada saya semua itu tiada masalah pun, saya tahu mereka faham.
“Malah, ada yang sanggup datang dari jauh untuk acara melibatkan saya atau artis kegemaran mereka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod ke-17 Di Hatiku Ada Kamu, di sini, semalam.
Menyentuh mengenai drama Di Hatiku Ada Kamu, Redza mengakui wujud rasa bimbang terhadap penerimaan penonton memandangkan bahagian pertama drama itu mendapat sambutan luar biasa.
Namun, dia bersyukur apabila wataknya sebagai Adif meninggalkan kesan sehingga ramai penonton membenci karakter tersebut.
“Watak Adif bukanlah jahat, tetapi terpaksa bersikap demikian kerana dendam.
“Apabila orang bercakap tentang lakonan itu, saya rasa perlu berusaha lebih baik lagi untuk bermain dengan emosi penonton,” jelasnya.
Drama arahan Azri Izhar itu turut menampilkan Hannah Delisha sebagai teraju utama dengan watak Rian Aulia.
Bahagian kedua Di Hatiku Ada Kamu kini sedang ditayangkan di platform penstriman Viu setiap Khamis hingga Sabtu.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
fans heols pon bagus, tak mengharapkan update 24/7 tapi theyols setia gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Dia x update..tp bini update..sama ajaa x jaga privacy.kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg tak reti tukar style rambut & jambang ke? Dh la watak sama je pastu style rambut pun tak pernah tukar. Aku suka Beto & Amar Asyraf, setiap kali bwk watak lain, imej pun bertukar |
|
|
|
|
|
|
|
Lakonan membosankan. Asyik2 watak yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Background lagu... meow meow meow meoow..meeeeaoooww...meow meow meow |
|
|
|
|
|
|
|
starcity replied at 29-11-2024 07:16 AM
Dia ni mmg tak reti tukar style rambut & jambang ke? Dh la watak sama je pastu style rambut pun tak ...
Abg iols yg jenis tak tgk tv pun pasan asyik muka heolsss je kat tv. Bukak viu pun muka dia jugak
Dah rejeki kannn |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 29-11-2024 04:25 AM
Dia x update..tp bini update..sama ajaa x jaga privacy.kekekeke
Dia dah kwin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
starcity replied at 29-11-2024 07:16 AM
Dia ni mmg tak reti tukar style rambut & jambang ke? Dh la watak sama je pastu style rambut pun tak ...
Baca kat porum ni gak dulu, oyen buat tanam rambut n jambang. Pasal tu lah kot sepesen aje dari duluuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
starcity replied at 29-11-2024 07:16 AM
Dia ni mmg tak reti tukar style rambut & jambang ke? Dh la watak sama je pastu style rambut pun tak ...
Beto tu,watak mcm mana pun,itu jelah tone suara dia.sedih ke,kelakar ke,itu jelah yg dia boleh lontarkan,xde variasi,boleh geng dgn fatah.
Iols still tak faham,kenapa org cakap dia berlakon best |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau update bukan ada yg kisah gak |
|
|
|
|
|
|
|
Takde nak tepek gambar oyen ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia buang jambang kang sama mcm oyen
Baik la dia bela jambang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Korang nak dia buang jambang
Nanti jadi mcm ni... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|