CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33853|Reply: 23

[Tempatan] Kerjaya lebih penting daripada perkahwinan

[Copy link]
Post time 3-12-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-12-2024 03:43 PM

KUALA LUMPUR: Fokus kepada kerja, kekangan kewangan dan kesukaran mencari calon mejadi faktor kebanyakan individu memilih untuk menangguhkan hasrat untuk berkahwin dan kekal bujang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukry ,berkata berdasarkan dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), sebanyak 86.8 peratus individu bujang mempunyai keinginan berkahwin namun tersekat oleh faktor berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM), bilangan perkahwinan mencatatkan penurunan sebanyak 12.5 peratus kepada 188,100 tahun lalu berbanding 215,022 tahun sebelumnya.

"Penurunan kadar perkahwinan turut memberi kesan langsung kepada kadar kesuburan negara yang kini hanya 1.7 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah paras penggantian populasi iaitu 2.1.

"Ini adalah cabaran besar yang perlu kita tangani kerana ia bukan sahaja melibatkan keluarga, tetapi juga masa depan aspek ekonomi dan sosial negara," katanya ketika berucap pada program Majlis Resepsi Mahligai Cinta Perdana di sini hari ini.

Majlis berkenaan meraikan 35 pasangan yang menghadiri kursus praperkahwinan SMARTSTART 2.0 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) secara dalam talian dan fizikal pada 16 dan 23 November lalus.

Nancy berkata, kursus SMARTSTART 2.0 itu bertujuan menyediakan pasangan dengan ilmu dan kemahiran penting seperti komunikasi berkesan, pengurusan kewangan dan pengendalian konflik sebagai usaha memperkukuhkan institusi perkahwinan.

Beliau berkata, kursus itu yang diperkenalkan sejak 2006 dan ditambah baik pada 2022, ditawarkan oleh KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

"Saya yakin segala ilmu yang dipelajari akan membantu pasangan mengukuhkan hubungan mereka dan membina keluarga yang sejahtera," katanya. – BERNAMA



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2024 05:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr tu..simpan duit tu..jgn galak jd bodoh bg nafkah couple kat gf gedik gold digger yang belum tentu jadi bini kau
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 2-12-2024 04:34 PM

SDG index malaysia bawah indonesia but better dari philipines... Thailand ranking paling tinggi 2nd.vietnam.. tinggal kan SG... China .. Untuk east and south asia region...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:17 AM | Show all posts
tengok kos utk kawin zaman skrg ni mcm takut plak aku nak kawin huhuhuhu,
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi kesimpulannya adalah kena beli emas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 3-12-2024 12:06 PM

hrp2 kerjaya i berkembang hebat la dithn 2025..blh la kawen awl sikit

edit edit nnti abg decaff ckp i suka tulis krgn pjg
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ikut la mana yg korang rasa sesuai janji msg2 bahagia...
forever alone kalau bahagia apa salahnya
beranak pinak cukup makan je pun kalau bahagia lantak la situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 3-12-2024 02:23 PM

Kalaulah aku boleh balik semula ke zaman muda, benda yang akan aku buat ialah ambil anak angkat yatim dua tiga orang yang dah besar sikit lepas tu bela je diaorang, senang. Masa boleh digunakan untuk cari duit banyak banyak.




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 12:34 PM | Show all posts
Kalau ikut solusi lobai kat parlimen berkaitan penurunan kadar perkahwinan, kita poligami. Mudahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 12:40 PM | Show all posts
Kursus SMARTSTART 2.0 kaa 3.0 kaa 4.0 sekalipun, memerlukan pemikiran luar kotak aras ilmu pengetahuan sains roket.
Kami tak reti nak pikir ni semua.
Kami cuma nampak poligami.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 01:48 PM | Show all posts
Spende pun nak suruh laki beli,

Lingerie ok la sururuh laki ko belikan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:00 PM | Show all posts
alang2 nk beli spender beli la gstring sekali
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:02 PM | Show all posts
so bykla janda kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ai tgk mereka kawen ada anak ada kerja laki bini kereta 1 motor 1 rumah x mampu beli, ada juga ai tgk org bujang ada kerja ada kereta 1 ada motor 1 ada rumah takde pasangan sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts






dahulu rasanya ada spender angin



https://youtu.be/r55Itu0sOVM



Parti Ada Spender




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Spende pun laki belikan...lagi nak banyak munyik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-12-2024 11:18 AM
Jadi kesimpulannya adalah kena beli emas?

Emas pn mahal sekarang.

G travel lh bohh, penuhkn buku merah dgn cop gtuuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 3-12-2024 06:57 PM
Emas pn mahal sekarang.

G travel lh bohh, penuhkn buku merah dgn cop gtuuu

Lepastu tunjuk kat cucu, tu pun kalau sempat bercucu....entah masuk tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 3-12-2024 08:16 AM
Dgr tu..simpan duit tu..jgn galak jd bodoh bg nafkah couple kat gf gedik gold digger yang belum tent ...

X kisah x jd bini pun x apa. Pndi2 la laki tu dptkan dividen hasil Dr pelaburan. Aaum
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.093827 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list