CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 58384|Reply: 21

[Politik] Pulau Batu Puteh, rahsia di dalam rahsia (kronologi)

[Copy link]
Post time 6-12-2024 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-12-2024 03:53 PM



Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ).


KUALA LUMPUR: Hari ini, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan didedahkan kepada umum.

Laporan setebal 217 muka surat itu mengandungi penemuan siasatan dan syor-syor untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seterusnya untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, jika Jemaah Menteri dibekalkan dengan kertas kuasa tindakan di ICJ dan pandangan bertulis daripada perunding antarabangsa, Jemaah Menteri berkemungkinan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kedua-dua permohonan itu.

Pada masa sama, Suruhanjaya mengesyorkan Malaysia boleh memfailkan semula Permohonan Tafsiran baharu pada bila-bila masa yang sesuai, namun tidak mencadangkan Malaysia memfailkan semula Permohonan Tafsiran.

Selain itu, tindakan sivil di bawah Tort Misfeasans yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas (PPK) sebelum ini tidak perlu diambil terhadap Mahathir kerana tindakan itu terhalang oleh had masa.

Berikut adalah kronologi kes tuntutan Pulau Batu Puteh antara kerajaan Malaysia dan Singapura:

21 Disember 1979 (Peta 1979) - Jemaah Menteri keluarkan Peta 1979 mencetuskan pertikaian antara Malaysia dan Singapura.
14 Februari 1980 - Singapura menghantar Nota Bantahan mengenai Peta 1979 yang meletakkan Pulau Batu Puteh dalam kawasan perairan Malaysia.
Mei 1980 dan Disember 1981 - Malaysia melalui pertemuan kedua-dua Perdana Menteri menegaskan Pulau Batu Puteh adalah hak Kerajaan Johor sejak dahulu kala. Singapura tidak setuju fakta itu.
Februari 1992 - Singapura menyerahkan memorandum bertulis kepada Malaysia berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh.
20 Jun 1992 - Malaysia menyerahkan memorandum balas menyertakan bersama salinan dokumen menyokong pendirian berhubung hak ke atas Pulau Batu Puteh
Akhir 1993 - Singapura menuntut milikan Pulau Batuan Tengah dan Tubir Selatan dengan alasan sesiapa yang miliki Pulau Batu Puteh juga memiliki Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
1994 - Singapura mencadangkan pertikaian diadili di ICJ selepas rundingan gagal dan Malaysia bersetuju.
6 Februari 2003 - Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes ke ICJ. Kedua-dua negara tandatangani Perjanjian Khas di Putrajaya.
- Kes pertikaian Malaysia dan Singapura didaftarkan di ICJ sebagai "Case Concerning Sovereignty Over Pedra Branca/Batu Puteh, Middle Rock and South Ledge".
6 hingga 23 November 2007 - Kes didengar di hadapan 16 Hakim ICJ.
23 Mei 2008 - ICJ mengeluarkan keputusan berikut:
(i) undian 12–4, hak kedaulatan Batu Puteh diberikan kepada Singapura;
(ii) undian 15–1, hak kedaulatan Batuan Tengah diberikan kepada Malaysia; dan
(iii) undian 15–1, kedaulatan Tubir Selatan tertakluk kepada perairan wilayah negara di mana terletaknya entiti tersebut.
2008 - Malaysia dan Singapura setuju tubuh Jawatankuasa bersama "Malaysia – Singapore Joint Technical Committee (MSJTC) on the Implementation of the International Court of Justice on Pedra Branca, Middle Rock and South Ledge. Kedua-dua pihak komited menghormati keputusan ICJ.
18 Januari 2016 - Peguam Negara, Tan Sri Apandi menulis Nota kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak nyatakan hasrat Jabatan Peguam Negara memulakan kerja penyelidikan dan perundangan bagi membuat Permohonan Semakan terhadap keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh di bawah Artikel 61 Statut ICJ.
31 Januari 2016 - Najib dalam surat balas memberi mandat kepada Jabatan Peguam Negara untuk memulakan kerja penyelidikan dan perundangan sebagai persediaan untuk mengemukakan Permohonan Semakan.
25 Januari 2017 - Kabinet bersetuju Malaysia memfailkan Permohonan Semakan.
2 Februari 2017 - Malaysia memfailkan Permohonan Semakan berdasarkan penemuan tiga fakta [dokumen baharu] penting.
30 Jun 2017 - Malaysia failkan Permohonan Tafsiran terhadap keputusan ICJ - ICJ tetapkan tarikh pendengaran lisan Permohonan Semakan (11 Jun 2018 hingga 15 Jun 2018) dan Permohonan Tafsiran (18 Jun 2018 hingga 22 Jun 2018).
17 Mei 2018 - Taklimat berkaitan kedua-dua permohonan diberikan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Sementara Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Cyberjaya.
Dr Mahathir menerusi surat bertarikh 21 Mei 2018 kepada Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah kemukakan pendapat beliau usaha berkaitan Permohonan Semakan dan Permohonan Tafsiran tidak perlu diteruskan.
23 Mei 2018 - Dr Mahathir membawa pandangan tidak meneruskan kedua-dua permohonan ke Kabinet dan Jemaah Menteri bersetuju.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2024 09:36 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Batu Puteh: Malaysia ada kes boleh dihujah jika Mahathir tidak hentikannya
6.DIS.2024



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berpendapat bahawa Malaysia mempunyai peluang untuk membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Ini adalah antara kandungan laporan RCI yang didedahkan di Parlimen hari ini dan telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun tahun ini.

Dalam laporan tersebut, RCI merumuskan bahawa Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah sekiranya kerajaan membentangkan fakta baharu semasa proses Permohonan Semakan dan Permintaan Penafsiran di ICJ.

“Suruhanjaya berpendapat, jika tiga (3) fakta [dokumen baharu] yang hendak dikemukakan oleh Malaysia dalam Permohonan Semakan diterima oleh ICJ, ia berkemungkinan boleh mematahkan alasan Hakim Majoriti ICJ yang memutuskan bahawa kedaulatan Batu Puteh telah berpindah kepada Singapura atas alasan bahawa Singapura telah melaksanakan tindakan-tindakan penguasaan dan penguatkuasaan (effectivités) secara berterusan sejak tahun 1953 hingga tahun 1980,” katanya.


RCI juga kesal dengan keputusan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan kes ini.


“Suruhanjaya berpendapat bahawa Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah (arguable case) dan bukan sangat lemah seperti yang dinyatakan oleh Mahathir.

“Oleh yang demikian itu, tindakan untuk tidak meneruskan kes di saat akhir adalah amat dikesalkan. Berdasarkan keterangan Pasukan Malaysia (Legal Team), mereka telah bersedia untuk berhujah di ICJ.

“Semua kertas-kertas pleading dan hujahan bertulis telah difailkan. Apa yang perlu dilakukan sebelum pendengaran tersebut adalah supaya Kerajaan melantik Ejen baharu kerana Peguam Negara sebagai Ejen Kerajaan Malaysia telah diarahkan oleh Mahathir untuk bercuti rehat (garden leave),” kata suruhanjaya itu.

RCI juga berpendapat bahawa Jemaah Menteri telah didorong oleh Mahathir dalam membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes tersebut.


“Kesimpulannya, Suruhanjaya mendapati bahawa Jemaah Menteri yang telah bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan usaha berkaitan kedua-dua permohonan tersebut adalah semata-mata dengan berpandukan kepada penerangan yang diberikan oleh Mahathir.

“Keputusan tersebut tidaklah dibuat melalui perbincangan yang menyeluruh,” katanya.

Pada Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan semakan hanya dua minggu sebelum pendengaran yang dijadualkan pada 11 Jun 2018.



Pada Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, menegaskan bahawa penubuhan RCI bertujuan mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam isu kedaulatan negara, bukannya menyalahkan mana-mana pihak.

Azalina juga berkata rakyat Malaysia, terutama di Johor, berhak mendapat penjelasan mengenai faktor di sebalik keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan di ICJ.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ramai yang salahkan najib dan sokong tindakan atok.. masa tu atok masih bau2 PH lagi ler

Siap dorang kata dah janji dengan singapore sipaya jangan rayu keputusan

Sekarang barulah kita dapat saksikan kebenaran terpancul jua akhirnyaaaagitciu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:40 AM | Show all posts
Pertemuan ini
Bagaikan Membuka
Satu Rahsia Di Dalam Rahsia
Ketika kita sama di kota cinta
Kenikmatan Pengabdian yang suci...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian macai bapok tua try hard nk kenakan tun m
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cuma peduli "kedaulatan" harta anak beranak dia je.
Lain² tu pergi mampus sana... tu la kutty
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-12-2024 10:01 AM
Dulu ramai yang salahkan najib dan sokong tindakan atok.. masa tu atok masih bau2 PH lagi ler

Siap  ...

Taik Jibby pun x habis cuci bersepah lagi ko galak nak cuci taik dinasor ni pulak ker?!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 02:05 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 7-12-2024 12:14 PM
Kesian macai bapok tua try hard nk kenakan tun m

Lebih baik ko kesian macai atuk yang ramai dah lari bersembunyi tinggal dua kerat yang masih bertahan dalam forum. Sampainya hati



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 7-12-2024 01:25 PM
Taik Jibby pun x habis cuci bersepah lagi ko galak nak cuci taik dinasor ni pulak ker?!!

{:3_89: ...

Taik kuching kat bilik dah habis siram?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-12-2024 02:05 PM
Lebih baik ko kesian macai atuk yang ramai dah lari bersembunyi tinggal dua kerat yang masih berta ...

Better jadi macai atok dari macai bapok tua yg asek ketimbang tu ..
Soalan aku dekat benang sbelah ko tak jawab lagi tp sibuk nak engage dekat sni plak ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-12-2024 10:01 AM
Dulu ramai yang salahkan najib dan sokong tindakan atok.. masa tu atok masih bau2 PH lagi ler

Siap  ...

23 Mei 2008 - ICJ mengeluarkan keputusan berikut:
(i) undian 12–4, hak kedaulatan Batu Puteh diberikan kepada Singapura;
(ii) undian 15–1, hak kedaulatan Batuan Tengah diberikan kepada Malaysia; dan
(iii) undian 15–1, kedaulatan Tubir Selatan tertakluk kepada perairan wilayah negara di mana terletaknya entiti tersebut.
2008 - Malaysia dan Singapura setuju tubuh Jawatankuasa bersama "Malaysia – Singapore Joint Technical Committee (MSJTC) on the Implementation of the International Court of Justice on Pedra Branca, Middle Rock and South Ledge. Kedua-dua pihak komited menghormati keputusan ICJ.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:28 PM | Show all posts
eragon replied at 7-12-2024 11:40 AM
Pertemuan ini
Bagaikan Membuka
Satu Rahsia Di Dalam Rahsia

Ni lagu pasal Adam & Hawa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bersungguh2 walanon2 pasal pulau batu puteh ni.. mcm2 tred ada... mulakan je la siasatan jenayah terhadap mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
motif sebenar puaka tua ni tarik balik result ICJ masa jadi PM7 dulu,so in future rakyat boleh blame PH...hujung2 niat dia nak rosakkan ph backfired makan diri.kahkah.Padan muka jahat namamposs!semoga mati merepot dlm jel jah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 04:35 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 8-12-2024 04:56 PM
bersungguh2 walanon2 pasal pulau batu puteh ni.. mcm2 tred ada... mulakan je la siasatan jenayah ter ...

kang tetiba di'mati' kan sebelum sempat habis kes. mcm kes kawan baik si coklat, tak isytihar sampai ke sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 10-12-2024 04:27 PM
motif sebenar puaka tua ni tarik balik result ICJ masa jadi PM7 dulu,so in future rakyat boleh blame ...

Selepas 5 tahun baru ko sedar ye.. bagus bagus.. biar lambat sedar asalkan sedar jua akhirnya

Ko dah sedar lom sabotaj2 yang lain zaman PH1.0?

1) henti projek HSR, malaysia kena denda 500 juta
2) GST diganti SST
3) Aset2 negara dijual contohnya IHH
4) buat surat mintak maaf dekat sulu
5) mengecilkan projek MRT2 dan 3 dan menangguhkan MRT circle line serta ECRL
6) Jarah duit petronas untuk ganti duit GST yang kununnya hilang
7) tak tutup sempadan masa awal covid

Ko tambah lagi yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 05:55 PM | Show all posts
tak sabar nak tengok laporan penuh RCI ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 10-12-2024 04:35 PM
kang tetiba di'mati' kan sebelum sempat habis kes. mcm kes kawan baik si coklat, tak isytihar samp ...

Tun M says Batu Puteh royal inquiry politically motivated, welcomes criminal probe to clear his name - the edge

mahathir mohamad sendiri mengalu2kan siasatan ke atas dirinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat punya kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018.... Sesuka hati dia je gadaikan Pulau Batu Putih... Tau la PAP Singapork tu bapak kpd DAP Malaysia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.087932 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list