CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14602|Reply: 23

[Tempatan] Rosmah saman pengguna TikTok RM1 juta dakwaan guna ilmu hitam

[Copy link]
Post time 31-1-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 1-2-2025 02:20 AM

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang pemegang akaun TikTok yang disamannya berkaitan rakaman video yang mengaitkan beliau dengan amalan ilmu hitam.

Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menuntut jumlah itu dalam afidavit difailkan pada prosiding taksiran ganti rugi yang perlu dibayar Ku Muhammad Hilmie Ku Din, selepas percaya kenyataan fitnah yang terkandung dalam rakaman video itu memusnahkan kredibiliti, nama baik dan reputasinya, selain memberi gambaran beliau gagal mempraktikkan nilai Islam.

Dalam laporan disiarkan portal FMT, peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, berkata afidavit difailkan Rosmah di Mahkamah Tinggi tahun lalu sudah diserahkan kepada defendan terbabit, namun ia tidak dibalas.

Semalam, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Salleh menetapkan 27 Mei depan bagi pendengaran kes berkenaan dan mengarahkan peguam mewakili Rosmah menghantar hujahan bertulis dua minggu sebelum tarikh pendengaran.

Katanya, kenyataan disangkal itu menuduhnya melakukan perbuatan berdosa dan membabitkan upacara membabitkan syaitan dan bomoh, selain mendakwanya mengamalkan syirik.

Rosmah berkata, kenyataan itu merosakkan reputasinya sebagai isteri perdana menteri keenam dan pelbagai pertubuhan dinaunginya di Malaysia.

Rosmah turut mendakwa ia mengakibatkan beliau dipandang negatif oleh orang ramai, diejek dan dihina, selain mencemarkan nama baik sebagai tokoh masyarakat dikenali.

Saman itu menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan.

Pada 28 Mei 2024, Ahmad Shahrir membenarkan Rosmah membuat penghakiman ingkar terhadap Ku Muhammad selepas dia gagal memfailkan kehadiran dan membela diri dalam saman berkenaan.

Hakim juga mengarahkan ganti rugi yang perlu dibayar di bawah penghakiman itu ditentukan mahkamah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2025 12:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan kak mah menang besar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 10:47 AM | Show all posts


hati-hati bang.. politik-politik juga, tapi klu ada ruang orang saman, dia saman

trend saman-saman dah semakin rancak sekarang, apa lagi yg terlibat ni ada profil vip atau status celebrity, ramai kenal maka cakap ada weight.. best kalau menang, dpt ribu ribu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka ko pun persis mak esah mak mah oii
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Team jahat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2025 11:27 AM | Show all posts
amikkau.suke sgat nak komen org. tak pasal2 kene saman.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la tangkap gambar dia close up gitu. Menggelabah much cameraman pun? Saje nak ajak orang mengutuk la tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 31-1-2025 06:41 PM

Abang Asmara dengan Adik Sayang pun ada mencapub juga
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ceo h tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp dia nk hodohkan muka dia gitu sekali???? Yg asal bertiang2 cantik. Ish budusnyee!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 31-1-2025 04:14 PM
Knp dia nk hodohkan muka dia gitu sekali???? Yg asal bertiang2 cantik. Ish budusnyee!

Sebab umur dia dah 73 tahun kot

Takkan nak makeup bagai macam fazura puleks khenz
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nekmah patut buat treatment buang segala filler tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kurang aura kak mah bila takde rambut kepuk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jgn tak saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 31-1-2025 05:30 PM
nekmah patut buat treatment buang segala filler tersebut

Betul...tolong la buang semua filler2 tu, Kak Mah. Gi jumpa acik Donatella punya doktor muka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 01:38 AM | Show all posts
Senang ja...kalau ada bukti kau menang
Kalau terbukti fitnah bayar je la saman...ingat netizen2 nak tolong kau ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by toxicated at 1-2-2025 02:16 AM

Tp kenapa eh muka rosmah lepas jib turun je terus jd cmni. Ke selama dia appear during najib era tu semua mekap tak hingat? Tp takkan la ekk sbb mekap je. Mmg aku tertanya2 why
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 09:26 AM | Show all posts
Deepak tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058934 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list