View: 40609|Reply: 20
|
Nak mainkan perasaan Harith Iskander je, tukang rumah dipenjara 5 bulan hantar mesej ugutan
[Copy link]
|
|
Seorang tukang rumah dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 selepas mengaku bersalah mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak Harith Iskander serta keluarga di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.
Izzuddin Md Salim, 31, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, S. Mageswary.
Tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap pada 24 Januari lalu.
Jika gagal membayar denda ditetapkan, dia dikehendaki menjalani hukuman penjara tambahan selama dua bulan.
Mengikut pertuduhan, pemuda yang masih bujang itu menghantar mesej menerusi WhatsApp mengandungi perkataan ugutan kepada bekas isteri Harith iaitu Dr Jezamine Lim membabitkan keselamatan anak perempuan mereka.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran nasi lemak, pada jam 8.50 pagi, 23 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh ketika ditanya Majistret sama ada fakta kes dibacakan betul atau sebaliknya memberitahu niatnya hanya ingin mempermainkan perasaan Harith dan tidak mempunyai sebarang maksud lain.
Sebelum ini, Dr Jazemine memaklumkan persembahan 'Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter' yang sepatutnya berlangsung pada 25 Januari lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dibatalkan.
Keputusan tersebut dibuat selepas keluarga mereka menerima ugutan ancaman bunuh daripada individu tidak dikenali dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi.
Ugutan itu dipercayai berkaitan tindakan Harith membuat satu hantaran di Facebook miliknya gambar secawan kopi yang tertera 'Ham Sap Kopi' berserta kapsyen didakwa membuka ruang kepada netizen memberikan komen mempersenda serta menghina kesucian agama Islam.
Susulan hantaran itu, terdapat akaun menggunakan nama Cecelia Yap Song menginggalkan komen berbaur hinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Isu itu telah membuatkan ramai berang sehingga ramai pihak tampil membuat laporan polis terhadap pelawak berkenaan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
HAMsuang betoi.. ugut guna anak rupanya..
Baru 31 umur tapi hairline dah halfway jadik landasan kapal terbang |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg org kata
takde keja beban digalas |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni dah setel..dah jatuh hukum...yg si celaka Cecilia tu bila pulak nak naik mahkamah? |
|
|
|
|
|
|
|
kerana mulut bdn binasa
kesian jg
tp silap ..pi ugut family
yg acah bodo tu sorg je
sila amik iktibar je...3R dont play2
|
|
|
|
|
|
|
|
Punca drpd kebodohan harith mengundang
Sbb tu tahan la jari jemari kasar korang tu
Baik harith mahupun acik 31 tahun nih?
Si cecelia tu dengornya sekadar buat permintaan maaf je kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Cepatnya mahkamah wat keje....mana la org x timbulkan isu diskriminasi |
|
|
|
|
|
|
|
penjara 5 bulan saja? patut merengkuk dlm penjara paling sikit 2 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 31-1-2025 04:52 PM
Cepatnya mahkamah wat keje....mana la org x timbulkan isu diskriminasi
Dah dia mengaku bersalah. Teruslah settle. Takde tarikh perbicaraan lagi dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadah 31 tp mcm 51
Anyway two wrongs don’t make a right, bak kata penjajah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipanimanz1 at 31-1-2025 10:00 PM
dah jatuh hukum yg ni. kes duk sensasi tu mcm mna? |
|
|
|
|
|
|
|
Harith dah delete ke posting di IG beliau berkenaan kopi tu? Ke buat bodo juga dan rasa bangga diri dia betul bila org ni dah kene penjara?
Arrggghhhh...sakit hati aku lah dgn org sesukahati mempermain kan perkara berkaitan agama ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, laju je jatuh hukum. Bole la guna turnaround time yg sama utk semua kes lain termasuk laporan polis atas posting Harith tu kan? Kes straightforward jugak xde kemisterian… |
|
|
|
|
|
|
|
So, who's saving your ass now, Izzuddin? You think God gon let you off the hook easily? So much for 'defending' your religion, eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 1-2-2025 11:25 AM
Moral of the story is, kalau misekin sila ketap bibir dan tahan jari yg terketar2 tuk menaip. Btw bang awat bibir tu hitam kuat merokok kah? Silap2 kang sangkut dadih lagi syahdu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang menghina tak kena apo-apo... |
|
|
|
|
|
|
|
gorjeous replied at 1-2-2025 10:51 AM
Yang menghina tak kena apo-apo...
Sbb mamat ni ugut dgn ancam direct kes kena charge. Yg si harith ni belum kena charge lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang cecilia tu lagi teruk..kutuk Rasulullah kot |
|
|
|
|
|
|
|
Extremist & pentaksub ni je makan dia. Islam xde ajar penganut dia berperangai macamni. Islam punya pendekatan penuh dengan diplomasi & berhikmah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh sangat bani Tiktok & FB yang kata shaitan ni pertahan agama
Ugut bunuh & r0g0l minors kot, harapnya heols disula dengan sabun pagi petang siang malam di balik tirai besi itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|