CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10653|Reply: 147

"Saya Tak Tahu Keadaan Anak Saya Sekarang" - Anak Hafidz Roshdi Dibawa Ke Australia Tanpa Izin

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.


Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, mendakwa, dia masih belum dapat menemui Humairah, 8, dan Umar, 4, dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada penghujung tahun 2023.




Harian Metro




"Saya tak tahu keadaan anak saya macam mana sekarang, namun perkembangan terbaru saya dapat tahu mereka dibawa ibunya ke Australia tanpa keizinan saya.


"Kepada Umar dan Umairah, abah hendak bagi tahu yang abah sangat-sangat rindu pada Umar dan Umaira, abah harap kita dapat jumpa satu hari nanti insya-Allah," ujarnya ditemui pada Khamis.


Pelakon itu ditemui selepas sebutan kes interim hadanah hak penjagaan dan hak penjagaan penuh difailkannya kepada bekas isterinya, Shuhada dan ibu Shuhada, Wan Latipah Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.


Terdahulu, Hafidz tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dengan diiringi peguamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latif sementara Nurul Shuhada dan ibunya, tidak hadir ke perbicaraan tersebut.


Dalam pada itu, Hafidz berkata, nafkah bagi kedua dia anaknya itu akan dilaksanakan sepenuhnya kerana ia merupakan tuntutan dan sudah menjadi tanggungjawabnya.


Namun, beliau kesal apabila sesetengah pihak di media sosial mengecam dirinya termasuk mencadangkan agar kedua-dua anaknya itu tidak berbinkan namanya.


"Saya dengan tegas tujukan kepada mereka di luar sana yang menyatakan bahawa Umar dan Umairah tak perlu berbinkan pada saya, saya bagi amaran tolong hormati saya kerana saya tetap abah mereka.


"Kalau ikutkan sudah hampir setahun lebih tak jumpa mereka cuma saya nak bagi tahu saya sangat-sangat rindu pada anak-anak saya," tambahnya lagi.


Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes hadanah berkenaan.


Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 8, dan Umar, 4.




Sumber- Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 04:20 PM | Show all posts
btw, ex bininya mmg dapat hak penjagaan anak2 sepenuhnya ke?
iols tak follow kes depa ni so taktau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
putribonda replied at 6-2-2025 04:20 PM
btw, ex bininya mmg dapat hak penjagaan anak2 sepenuhnya ke?
iols tak follow kes depa ni so taktau.

You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.

Mereka pernah setuju diberikan kepada Ngai jika duduk Malaysia dan ada hak lawatan kpd bapa tetapi tiba2 Ngai bawa anak pergi OZ

25 Feb adalah 'amaran' buat Ngai utk hadir sbb dia mmg dah tiada loyer dah, mereka tarik diri.

Sekarang ini penentu nasib Ngai adalah ditangan dia sendiri.



Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:08 PM | Show all posts
KantoiLagi replied at 6-2-2025 04:58 PM
You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.

perangai apa ngai ni.
tak boleh ambik apa2 tindakan ke kat ngai ni.geram pulak aku lahh.
tak kisah la ko nak marah ex laki ke apa tp jangan la pisahkan anak dgn bapak depa.
nanti bapak tak ambik kisah hal anak2 ko jugak sakit hati mengungkit segala.
dah bapak nak ambik kisah ko pulak bawak lari anak2 jauh di oz sana.
ngai ni memang mak yg pentingkan diri sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antiQue at 6-2-2025 05:09 PM
putribonda replied at 6-2-2025 04:20 PM
btw, ex bininya mmg dapat hak penjagaan anak2 sepenuhnya ke?
iols tak follow kes depa ni so taktau.


Regardless of whether dia diberi hak hadanah sepenuhnya atau tidak, apa yang si ibu buat sekarang i.e. membawa anak2 pergi jauh dari pengawasan wali mereka (selain dari kampung halaman si ibu), ditambah tanpa kebenaran wali mereka, maka boleh menyebabkan si ibu hilang hak penjagaan anak. Ini termaktub dalam undang-undang shariah di Malaysi. Dalam keadaan sekarang, si bapa lebih berhak menjaga anak-anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:13 PM | Show all posts
antiQue replied at 6-2-2025 05:08 PM
Regardless of whether dia diberi hak hadanah sepenuhnya atau tidak, apa yang si ibu buat sekarang  ...

ooo..faham. tq chuols.
harap HR dpt hak penjagaan anak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2025 05:15 PM | Show all posts
Teringat Sam bunkface, ex wife dia bawa lari anak ke melaka pun heols dah bising2
Ni kan Aussie
Lagi lah susah nak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
KantoiLagi replied at 6-2-2025 04:58 PM
You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.

Kalau dia tak boleh bawak budak2 tu gi oz tanpa kebenaran Apiz, camna lama duk sana?

Kesian pulak apiz nie kalau benar ngai bawak budak2 tu lari gitu je. Hal sekolah pun harus diambil kira kalau duk oz tu.

Semuga kebenaran terungkap & yang batil terserlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 05:16 PM | Show all posts
hashashes replied at 6-2-2025 05:15 PM
Teringat Sam bunkface, ex wife dia bawa lari anak ke melaka pun heols dah bising2
Ni kan Aussie
Lag ...

Bukan bawa lari anak, anak heols di sekolah kan di Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:17 PM | Show all posts
KantoiLagi replied at 6-2-2025 04:58 PM
You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.

Wow so 25Feb ni lah the ultimatum ya
Tasabar nak tunggu ngai muka kusam balik  Msia
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:27 PM | Show all posts
Tak pernah nak Komen, tapi bila dgr iv dekat sinar Tu Rasa geram betul dgn ngai ni, dah 3x tak dtg, dgn mak dia pun sekali, lawyer apis sampai Minta Surat amaran utk ngai, suka² hati dia je eh buat undang² ni main², selama mana sangat KO nak lari ngai, sampai bila, harap KO  ke Dalam je la
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:28 PM | Show all posts
hashashes replied at 6-2-2025 05:17 PM
Wow so 25Feb ni lah the ultimatum ya
Tasabar nak tunggu ngai muka kusam balik  Msia

road to jelitah uolssss, mesti makin jelitahhhh bersizs xs pun longgar hahahahaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:33 PM | Show all posts
antiQue replied at 6-2-2025 05:08 PM
Regardless of whether dia diberi hak hadanah sepenuhnya atau tidak, apa yang si ibu buat sekarang  ...

Komen kaka patut diletak dlm medsos portal-portal. Tengok komen netizen bodoh tak boleh bincang asyik salahkan si bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian hafiz. Dia ada hak nak jumoa anak2, bknnya dia ada kes berat pun

Kejam betul this woman
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:40 PM | Show all posts
tp tolol ckp buat ape kau nk amk tahu.. masa curang tak mnta izin pulak.. bangang betul jd netizen..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
melodikasih replied at 6-2-2025 05:27 PM
Tak pernah nak Komen, tapi bila dgr iv dekat sinar Tu Rasa geram betul dgn ngai ni, dah 3x tak dtg,  ...

Mungkin dia rasa selamat sbb dia dan ank2 sdh berada diluar negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 05:49 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 6-2-2025 05:40 PM
tp tolol ckp buat ape kau nk amk tahu.. masa curang tak mnta izin pulak.. bangang betul jd netizen.. ...

"Masa kat malaysia kau tak nak jumpa pulak" - tolongai, 2025 and infinity.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:59 PM | Show all posts
wow jahatnya ini perempuan. bitter la tu ex husband dah kawin lain and anak dgn bini baru tapi dia masih gitu jee
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antiQue at 6-2-2025 06:05 PM
BungaKencana replied at 6-2-2025 05:40 PM
tp tolol ckp buat ape kau nk amk tahu.. masa curang tak mnta izin pulak.. bangang betul jd netizen.. ...


Sepandai-pandai netizen mengomen, ada banyak antara mereka tak tau hukum. Mereka lupa yang lebih berhak terhadap anak tu adalah si bapa. Mereka lupa dari segi undang-undang, bila si ibu bawak anak jauh dari pengawasan si bapa,  dan si bapa make fuss out of it, si ibu boleh hilang hak jagaan terhadap anak tu.

Si ibu kalau kahwin lain boleh hilang hak jagaan terhadap anak. Si bapa kalau kahwin lain dia kekal menjadi wali utk si anak. Si ibu bila kahwin lain, bapa boleh ambil anak tu kembali, sekalipun jika si bapa dah kahwin lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:02 PM | Show all posts
Ngai ngai

25feb nnt alasan apa pulak ko nak bagi ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.382946 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list