View: 6851|Reply: 44
|
[Jenayah]
Tak Boleh Fokus Kalau Lapar, Nak Pensyarah Benarkan Makan Dalam Bilik Kuliah!
[Copy link]
|
|
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2025/02/makan-dalam-bilik-kuliah-720x420.jpg)
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @sitiraudzah) apabila seorang pensyarah dikenali sebagai Siti Raudzah berkongsi pandangannya tentang para pelajar yang makan dalam bilik kuliah sewaktu sesi syarahannya berlangsung.
Menurut Siti, beliau tiada masalah tentang perkara tersebut. Jelas beliau, kaedah sama juga dipraktikkan oleh penuntut yang belajar di Amerika Syarikat iaitu makan sambil belajar.
Bagaimanapun, Siti menegaskan bahawa kebenaran untuk makan dan minum di dewan kuliah adalah berdasarkan budi bicara pelajar bersama pensyarah masing-masing.
Sekiranya ada para pengajar yang lain tidak bersetuju, maka penuntut perlu hormati keputusan tersebut dan mendengar arahan.
“Jangan biadab. Kalau pensyarah tak suka kita makan dalam kelas dia, jangan buat. Kalau pensyarah tak suka kita pakai selipar pergi kelas, jangan buat.
“Sebabnya di universiti la kalian perlu belajar proses adaptasi. Ada pensyarah yang tegas, ada pensyarah mcm emak-emak, ada pensyarah jenis lantak kau la,” ujar Siti.
Ramai Setuju Rasa Lapar Akan Ganggu Fokus Belajar
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna X bersetuju dengan prinsip Siti yang membenarkan pelajar menjamah makanan sewaktu belajar dalam dewan kuliah.
Malah ada pelajar yang berkata dia hanya berniat untuk menjamah sedikit snek kerana mahu kekal fokus dalam kelas.
“Baru tadi kena, tak bagi makan. Padahal beli keropok keping je. Syarahan tiga jam. Nak tahan mengantuk tu. Kalau tak bagi mengunyah memang kelautlah (tidur) ceritanya,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat tiada masalah untuk pelajar makan ketika dalam kuliah selagi mana ia tidak menganggu sesi tersebut.
“Kalau saya, minum boleh, makanan berat tak boleh. Snek ke roti tak kisah sangat, asalkan tidak ganggu proses pengajaran,” kata seorang lelaki.
Seterusnya, ada juga yang berpendapat otak pelajar tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya belajar dengan perut yang kosong.
Makanan Yang Tingkatkan Kecerdasan Otak
Perlu diingatkan, bukan semua jenis makanan mampu meningkatkan kecerdasan otak dan minda pelajar.
Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011 menunjukkan bahawa orang sihat yang makan makanan ringan selama lima hari mempunyai masalah ingatan.
Hal ini berkemungkinan terjadi kerana pengambilan makanan yang bertoksik secara berterusan.
Makanan segera. Sumber: Pexels
Oleh itu adalah penting untuk anda memilih makanan atau snek terbaik untuk diambil ketika sedang belajar. Antara makanan yang boleh meningkatkan kecerdasan minda dan daya fokus adalah seperti:
Avokado
Beri biru
Sayur-sayuran berdaun hijau
Ikan seperti salmon, tuna dan sardin
Telur
Kekacang seperti walnut
Coklat gelap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sampah jangan buang merata-rata, yang penting kalau gemok, kos perubatan di Malaysia murah sebab subsidi RM1 je ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat mkn finger food boleh la kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
roti & kuih shud be ok.. kau jangan makan nasi lemak lauk sotong petai sambal pulak . satu dewan berbau nanti |
|
|
|
|
|
|
|
minum+makan coklat/candy pun dah cukup utk hilangkan ngantuk.
bedooh sgt nak mkn mcm2 pun, bau semerbak dewan tu berekon kot jenuh org thn nafas. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk kelas kejap pun lapar. Patut ler negara obese ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ngadanyaa student skng. Ko makanlah berat siap2 sebelum kelas. Dalam kelas hanya minum dan kemam gula2 atau coklat jela. Takda aktiviti mengunyah. Sangat mengganggu dan biadab. KO nak makan lagi nak dengar kuliah lagi. Mana fokus camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by azimodin at 7-2-2025 12:02 PM
Dapat minum air pon dah cukup syukur. Dulu aku masuk kelas satu lecturer islamic aneh. Masuk kelas dia x boleh menguap, xboleh pergi tandas, x boleh minum air, x boleh tengok jam. Siapa buat benda2 ni kena halau terus. Pastu dia siap cakap mana2 students yg free hair di lyar kelas, jangan muncul depan dia sebab dia tak suka (buat muka macam jijik). Member aku sampai menyorok bila berselisih dengan lecturer tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mintak makan dlm lecture hall sbb lapar. macam bebal sgt takleh atur masa makan sebelum lecture.
makan parah la companies nak hire bdk2 byk cekadak macam nie. lemah serba serbi. |
|
|
|
|
|
|
|
tau takpe
katalah kelas kul 8
ko bangun awal lah
utk ambik light2 breakfast
sandwich or roti
susah sgt ke
setakat air masak
bawak dalam tumbler or botol
idaklah lecturer nak marah
|
|
|
|
|
|
|
|
euww maybe lecturer to hadap nak viral . poyo much , |
|
|
|
|
|
|
|
Masa study dulu, ada sorang lecturer ni, before start class dia akan cakap kalau sapa2 nak ke cafe dulu beli kuih atau minuman, silakan. Pastu dtg balik makan dalam kelas sambil belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pula ada pelajar yang bawa sambal belacan dan petai + patin masak tempoyak |
|
|
|
|
|
|
|
Time POSA bole plak xmkn smpai 12jam
Lempang je seekor2 ni..nk mkn pi tmpt mknla.nk berak pi tempat berak..nk belajar..pi buat cara belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Time POSA bole plak xmkn smpai 13jam
Lempang je seekor2 ni..nk mkn pi tmpt mknla.nk berak pi tempat berak..nk belajar..pi buat cara belajar |
|
|
|
|
|
|
|
nyum nyum nyum ![](static/image/smiley/miluegg/eatanddrink.gif) ![](static/image/smiley/miluegg/banana.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Makan2 ni buat menyepah ja semut dtg sampah buang merata2 tikus lipas datang |
|
|
|
|
|
|
|
diorang berposa sebab takut masuk nuraka sis, nak pahala, bukan nak mempelajari apakah sebab ummah kena berpuasa,
tp kalau ada sakit tu lain cerita la, pandai2 la korang arrange time makan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|