|
Nenek membawa pulang wang tunai RM100,000.
Menepati jangkaan, Liza Aziz diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim 11 (GV11) yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Pada malam kemuncak itu, Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu I Surrender, Cinta (duet Krisdayanti) dan Angkat menerusi segmen ‘battle’.
“Akhirnya kini pasti kini saya menang. Jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong.
“Terima kasih juga kepada ahli kelab peminat saya,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara.
Sementara itu, Ning Baizura diumumkan sebagai naib johan, membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi.
Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Sheila Abdul dan Dadali Dyrga, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi kemenangan.
Zehra Zambri pula di tempat kelima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi.
Dalam pada itu The Lima terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.
Acara kemuncak GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan kemudiannya digantikan oleh Sherry Alhadad menampilkan tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|