View: 19389|Reply: 91
|
Sekolah di Selangor, Johor miliki kepadatan murid tertinggi - KP KPM
[Copy link]
|
|
SEREMBAN: Sekolah di Selangor dan Johor antara lokasi mengalami kepadatan murid yang agak serius dan Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil inisiatif dalam menangani permasalahan itu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata pihaknya sedar berlaku kepadatan murid di sekolah khususnya di Selangor dan Johor dan antara inisiatif diambil menanganinya termasuk membina sekolah baharu.
"Memang kita (KPM) sedar berlaku kepadatan murid di sekolah khususnya di Selangor dan Johor. Anak-anak kita yang mendaftar untuk Tahun Satu dan Tingkatan Satu agak tinggi dan kementerian sudah pun ada inisiatif bagi menangani isu berkaitan kepadatan murid tinggi.
" ada hari ini (17 Februari) ada dua sekolah baharu yang mula beroperasi di Selangor iaitu SK Taman Pelangi Semenyih dan SK Denai Alam.
"Ada 17 sekolah lagi yang akan mula beroperasi pada tahun depan," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan 1 Juta Buku Tulis Kitar Semula di SK Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Khalida Omar dan Guru Besar SK Taman Seri Pagi, Amir Fikri Ithnin.
Mengulas lanjut, Azman berkata, langkah lain yang dilaksanakan KPM bagi menangani permasalahan sekolah padat itu ialah membina bangunan kabin di sekolah yang memerlukan.
Beliau berkata, langkah ketiga ialah membuat penyuraian sekolah padat kepada sekolah yang berhampiran.
"Jadi dari masa ke semasa kita sentiasa melihat keperluan untuk ditambah baik dan kita nak pastikan sekolah padat ini dapat ditangani dengan sebaiknya.
"Sebagai contoh tahun lalu, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, kepadatan itu dapat kita atasi melalui pembinaan kabin, dengan pembinaannya hanya mengambil masa dalam tiga bulan.
"Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kementerian memberi jaminan bahawa perkara ini sentiasa diberikan perhatian dan sedang diatasi," katanya.
Dalam pada itu, Azman berkata pembukaan sekolah di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, semalam berjalan lancar dengan jumlah keseluruhan murid tahun ini adalah sebanyak 5.1 juta orang dengan murid sekolah rendah membabitkan 2.9 juta dan murid menengah 2.1 juta di 10,237 sekolah di seluruh negara.
"Murid baharu pra sekolah seramai 205,051 orang, Tahun Satu (461,198), Kelas Peralihan (17,547) dan Tingkatan Satu seramai 460,494 orang.
" engisian minggu pertama persekolahan untuk membantu murid yang baharu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah," katanya.
Sumber – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
ank2 pilak,ank2 indon dpt ic,ank2 bangla dpt ic,ank2 rohingya dpt ic....logik letew.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti sekolah paling tak padat kat negeri SG4 kan kan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la. kat semenanjung ni hanya Selangor & Johor populasi terbesar.
2 negeri ni je cecah 10 juta |
|
|
|
|
|
|
|
Buat dua sesi laa kalau padat sgt..asingkan tahap1 & tahap2 tp tuu laa leceh pulak kn sekolah ptg kat Msia ni hangat dia lain mcm skg + kalau mai musim hujan ptg2 pukoi6-7 tuu hujan selebat alam mcm xdak arah nk stop tb2 jaa lepas magrib hujan reda |
|
|
|
|
|
|
|
Memang bukan sessi petang pun memang ada ke setiap sekolah?
|
|
|
|
|
|
|
|
ramainya bdk pra sek
tu baru sek gomen, tak campur lg pra private (kindy). pastu bila darjah 1 bergabung pra-sek+kindy tu sampai melimpah satu kelas 40++.
blh dah yg anak 2/3 org tu brenti branak. ramai sgt dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana tak padatnya, perancangan bandar kelaut mati sana nun. Buat perumahan banyak2 tapi sekolah 1 je. Lepas tu ada hati nak buat sekolah 1 sesi konon nak senangkan cikgu. Pigidahhhhhh!
Kau selesaikan dulu masalah sekolah sardin ni, lepas tu baru fikir nak buat 1 sesi ke apa. Silibus padat, sekolah padat. Eiiiii aku laaaa  |
|
|
|
|
|
|
|
Di luar bandar tinggal org tua2 ja, x byk pekerjaan di luar bandar |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 17-2-2025 05:08 PM
Buat dua sesi laa kalau padat sgt..asingkan tahap1 & tahap2 tp tuu laa leceh pulak kn sekolah ptg ka ...
Mmg sejak dulu sekolah 2 sesi
Sampaikan pra pun 2 sesi ada pagi petang |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 17-2-2025 05:25 PM
ramainya bdk pra sek
tu baru sek gomen, tak campur lg pra private (kindy). pastu bila darjah 1 ...
Ye uols kat tempat iols batch yg lahir tahun 2008,2009 ni rasanya batch yg last murid masih terkawal bilangan satu kelas lepastu dah makin byk dulu satu kelas 29-30 org
La ni dah 40 lebih, kelas plak ada 8 kelas
Tahun ni form 1 dah mula ramai dh murid sblm ni sek menengah mcm terkawal lagi laa ni dah bertambah2.
Ntahla taktau nak kata apa, dulu mcm jin bertendang skrg umah baru naik sana sini tanpa mengambil kira sekolah yg ada cukup ke idak menampung ramai2 murid.
Mmg la ada skjc baru belakang sek keb tu tp bkn semua org nk hantar anak situ.
Sek international pun ada juga tp yelaa bkn pilihan utama gak.
Hat t20 pun antar sek keb je belaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Den nk komen psl gambar diats je..polos dan innocent nye muka msg2... Tp dims akn dtg ..ada la yg bertukar jd ultraman,.raksasa, mat rempit, mat belacan, mat sewel, mat lgbtqrstwz etc etc..yg baik, mgkin 1 dlm seribu...huhuhu nikmatilah hidup waktu ko polos ni dik...alangkah bagusnya kalau ko xdipengaruhi persekitaran smp ko besar dik...huhuhu den sedih..tetibe...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 17-2-2025 05:26 PM
Mana tak padatnya, perancangan bandar kelaut mati sana nun. Buat perumahan banyak2 tapi sekolah 1 je ...
betul sangat tang perancangan bodo piang ni.
iols perati kat southville nun rumah byk giler sekolahnya nanhado, kene masuk bangi lama utk anto sek. ada la sek intl/private tp bkn semua mampu anto situ.
pastu lagi satu kat bandar teknologi kajang. naik kondo mencanak situ seknya ada kat area perumahan lama tu jah. berasak-asak bdk2 sek situ.
ni baru area ujung2 selangor, masuk town lagi hazabl |
|
|
|
|
|
|
|
Padat sgt tu
Sini pra 1 sesi je
Nak masuk punya lah susah, diutamakan b40
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 17-2-2025 05:55 PM
Ye uols kat tempat iols batch yg lahir tahun 2008,2009 ni rasanya batch yg last murid masih terkaw ...
thn depan anak iols drjah 1, iols riki2 sri ayesha pun jenuh nak celuih. harapnya lulus intvw dan ada slot la. aritu reg pun management ckp ramai depa dulukan pljr yg kindy under depa. kalau takde slot, sriti tu je la harapan iols.
sek keb area rumah i neh tanya last year kerani tu ckp melimpah ruah dah bdk2.
ramai nau bdknya pun skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak aci nya, ada ke kelas yang boleh lebih dari 40 orang?
Meols nak tukar kan anak sekolah tak dapat ye, alasan kelas tu dah max 40orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Iya benerr
Kalau chuols tengok dalam list nama kelas anak tu, confirm ada terselit bin erialdi, binti agus salmi 
Yang bangla & Rohingya je meols tak pasti sebab tak familiar dengan nama theyols
|
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 17-2-2025 06:28 PM
Tak aci nya, ada ke kelas yang boleh lebih dari 40 orang?
Meols nak tukar kan anak sekolah tak dap ...
Masa darjah 1 ada, sbb kelas anak iols dulu 43 camtu tp lepas tu dorang susun balik kot sbb darjah 3 ni semua jd 40 org.
Ikutkan tahap 1 ni takde tukar kelas lagi nnt darjah 4 baru tukar tp ntahla tahun ni semua murid bertukar kelas katanya sbb nk bg suasana baru jd berpisah la memasing ngn bff hahah sblm ni masa darjah 1-2 kelas sama je naik darjah 3 cikgu tak bg duk zon selesa dah.
Td kat foyer bebudak ni konpius gaklah nk join barisan mana ada yg taktau pun dorang tu dah tukar kelas lain maybe mak memasing tak cek pun group tele kelas kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 17-2-2025 06:26 PM
Padat sgt tu
Sini pra 1 sesi je
Nak masuk punya lah susah, diutamakan b40
Ya kat tmpt iols ni 2 sesi dah pra sekolah
Sbb permintaan pun tinggi kan
Biasanya pra limit utk 50 org je
So bila ada 2 sesi dapat la 100 org masuk.
Satu kelas 25 orang.
Ikutkan pra tu sapa2 boleh je mohon
Sapa hantar dulu permohonan biasanya mmg akan dipilih.
Tp yelaa bila dh terhad mmg la akan utamakan b40.
|
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 17-2-2025 05:26 PM
Mana tak padatnya, perancangan bandar kelaut mati sana nun. Buat perumahan banyak2 tapi sekolah 1 je ...
Silibus baru 2027 katanya lebih longgar dah tak padat melekat
So kita tgk jelaa nnt
Tp anak iols terpaksa jela hadap silibus lama kssr tu
Yg lahir tahun 2020 ke atas je akan merasa guna silibus baru kurikulum 2027 tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|