View: 5832|Reply: 24
|
[Tempatan]
Menggunakan Kad Touch n Go Atau Kad Bank, IOI Mall Damansara Bagi 3 Jam Parking Percuma!
[Copy link]
|
|

Menggunakan sistem sama seperti IOI Mall yang lain, IOI Mall Damansara beralih kepada sistem parking LPR (License Plate Recognition), di mana pengguna hanya perlu membuat pembayaran semasa keluar dengan menggunakan kad Touch n’ Go atau kad bank.
Seronoklah nak lepak atau tengok wayang macam ni sebabnya IOI Mall Damansara menawarkan parkir PERCUMA untuk 3 jam pertama buat waktu ini.
Polisi baru pengurusan IOI Mall Damansara tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Bagi perkhidmatan haiwan peliharaan, lif berhampiran Just Pets Megastore masih boleh diakses untuk urusan berkaitan.
Suka lepak mall tapi malas bawa kereta? No worries guys, IOI Mall Damansara ni ada akses terus ke MRT Surian. Lepas tu, panel kaca sepanjang lalu pejalan kaki turut dibuka bagi membolehkan cahaya matahari menerangi laluan tersebut pada waktu siang.
Kalau anak korang suka haiwan tapi korang malas nak berpanasan di bawah matahari. Korang boleh ke Just Pets Megastore, yang merupakan petting zoo terbesar dalam bangunan.
Bukan je ada pelbagai jenis haiwan comel dekat ni, malah tempat ni turut mempunyai F&B dan menjual makanan untuk haiwan peliharaan. Kira lengkapkah semua dalam satu tempat.
Tak cukup itu saja, IOI Mall Damansara pun ada kafe kanak-kanak, Dudukids Kids Café, sebuah taman permainan dalam bangunan yang membantu meransang kreativiti anak-anak dan menyeronokkan.
Nak lagi mencabar, korang boleh try Laser Battle bersama keluarga atau kawan-kawan dan uji kehebatan korang dalam pertempuran laser!
Selain menjadi pusat hiburan keluarga, IOI Mall Damansara juga merupakan syurga buat pencinta makanan atau foodie kerana menawarkan banyak jenama makanan yang viral.
Ada biskut homemade sedap oleh Ainul Cookies & Co. Kalau nak privasi dan mewah, korang boleh cuba hidangan Itali autentik di D’italiane. Manakala untuk peminat bagel, jangan lepaskan peluang untuk cuba pelbagai pilihan bagel fresh di Park’s Bagel.
Apa saja selera korang, IOI Mall Damansara pasti dapat penuhi keinginan dengan pelbagai pilihan makanan yang menggoda selera!
Jom meriahkan IOI Mall DamansaraSementara ramai baru nak kenal semula IOI Mall Damansara, inilah masa untuk korang masukkan pusat membeli belah ini dalam list wajib pergi.
Walaupun nama berubah, IOI Mall Damansara masih menawarkan banyak tarikan seperti H&M, Village Grocer, Daiso, Golden Screen Cinemas, Loud Speaker karaoke keluarga dan banyak lagi!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols.pernah lalu je depan.mall ni
.
Masa nama.dia.tropicana..
Serabut lah..
Opposite dia sunway medical.hospital.kan? |
|
|
|
|
|
|
|
I dah pernah pergi Tropicana ni, besar jugak macam2 ada.. Tiber tukar ioi mall |
|
|
|
|
|
|
|
tiap mggu iols pegi sini sbb plg dekat dgan rumah... wayang GSC dia pun ok... dlu tropicana gardens mall nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu pergi mall ni dahulu kerana tak jauh dari ttdi. Waktu itu senang untuk mencari tempat meletak kereta kemudian pihak mall mengambil banyak petak meletak kereta untuk di khaskan untuk kaum wanita berhampiran dengan pintu masuk ke mall di setiap tingkat tempat meletak kenderaan dan menyebabkan saya jadi malas untuk pergi lagi ke tropikal mall, mungkin disebabkan isu ini mall semakin kurang pelanggan yang datang dan akhirnya terpaksa ditutup. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru pergi semalam, dia amik gamba kereta dgn nombor plat, pastu masa nak bayar terus palang bukak, konpius sbb belum bayar lagi, rupa2nya free 3 jam pertama...haha! Garu2 kepala aku fikir bila masa aku bayar parking...
Pada aku, mall ni cosy dan byk pilihan restoran, watson ada, guardian ada, daiso, mr diy plus mr dollar, uniqlo, h & m, sports direct, book xcess, kedai baju high end tapi harga gudang ada (handbag balmain rm10k tapi harga jadi rm1000 lebih jer, jaket tommy hilfiger rm4k jadik rm400 jer, dress2 meletop puluh ringgit jer) pastu ada village grocer tapi x berapa besar la, but still okay....sayur buah2 byk pulak, segar2 gak walaupun dah ahad malam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang, korang, korang, korang...
I stopped reading.
Next!
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama tropicana semua hancus
Tropicana mall.jadi 3 damansara
Tropicana medical.centre.jadi thomson
Tropicana life je mcmana? 
|
|
|
|
|
|
|
|
korang kitorang wow terpaling kay elllll nyahh oiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhh
Tuko nama lagi
Sejak secret recipe dia tutup maleh dah nak mencemar duli |
|
|
|
|
|
|
|
la, tutup ke secret recepi dia? Sebelah ciken rice shop kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-2-2025 10:23 PM
Korang, korang, korang, korang...
I stopped reading.
Tuan hamba sekalian, tuan hamba sekalian
I kept reading. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu sambil tunggu flight, aku jln2 aeon nilai tu, bru aku perasan betapa banyak kedai makan/food court dlm itu, ingt nk shooping beg last beli kt shopee, pastu kitaorg mkn2 jer dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dekat TTDI tu Tropicana. Kalau kita keluar di sebelah kiri drp exit TTDI kalau drp OU. Bangunan ni selalu jadi my landmark untuk I beluk ke kanan masuk ke NKVE. Yang Tropicana ni memang banyak kedai dah tutup.
Yang IOI Mall Damansara ni Tropicana Garden Malls, nampak drp NKVE. I pernah pergi sini masa mula2 Donki buka di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
awal2 ni nk tarik customer utk datang
lama2 kena bayar
tapi sementara free
sapa2 suka ke mall dan ada urusan ke mall
silakan |
|
|
|
|
|
|
| |
|