View: 12139|Reply: 39
|
[Tempatan]
Belum Puasa Lagi, Tapi IOI City Mall Dah Siap Buat Deko Hari Raya!
[Copy link]
|
|

Pejam celik, hanya berbaki seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Sudah pastinya ramai yang akan teruja untuk menjalani ibadah puasa selain menikmati hidangan unik yang hanya akan wujud ketika bulan mulia ini.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu yang tidak sabar menyambut bulan Ramadan kerana kehadiran Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
Bagi menghangatkan lagi suasana Ramadan Raya, ada sesetengah pusat beli belah dilihat telah membuat dekorasi sebelum bermulanya puasa.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @shagrasyiid, lelaki berkenaan berkongsikan suasana di pusat beli belah terbesar di Malaysia iaitu IOI City Mall, Putrajaya.
Apa yang menjadi perhatian adalah shopping mall berkenaan telah dihiasi dengan dekorasi sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menariknya, hiasan yang bertemakan warna emas dan putih itu dilihat penuh elegan namun masih mengekalkan ciri islamik dengan hiasan lampu yang menarik, rekaan berbentuk kubah masjid dan replika haiwan seperti unta.
Jelas melalui perkongsian itu, pengunjung boleh merakam gambar gambar kenang-kenangan bersama dekorasi raya berkenaan.
Turut Terdapat Gerai, Mudahkan Pengunjung Cari Keperluan Raya
Tidak hanya itu, terdapat gerai jualan di sekeliling dekorasi berkenaan bagi memudahkan orang ramai untuk mencari dan membeli keperluan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Difahamkan, dekorasi hiasan tersebut terletak di sayap (wing) baharu bangunan pusat beli-belah berkenaan.
“Tak puasa lagi IOI City Mall dah siap deco (dekorasi) raya,” tulis pengguna berkenaan.
Sebagai info, sekitar September tahun lalu, IOI City Mall, Putrajaya mula menyediakan kemudahan solat Jumaat buat para pengunjungnya dengan kerjasama JAIS.
Video yang telah mendapat lebih 590,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dan kagum dengan dekorasi tersebut.
Malah, ada yang memuji pihak pengurusan IOI City Mall dalam menghasilkan dekorasi yang cantik dan unik yang dilihat mampu membangkitkan semangat untuk menyambut puasa dan raya.
Tidak hanya itu, ada juga yang ternanti-nantikan dekorasi daripada pusat beli belah lain sebaik melihat hiasan tersebut.
Pun begitu, ada segelintir pengguna mendakwa terdapat beberapa pusat beli belah lain juga sudah mula membuat hiasan raya untuk pengunjung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 26-2-2025 08:46 AM
Abis tu dia nak siapkan bila, kena la buat awal.
Bangi sentral pun dah jem teruk dah sejak 2-3 minggu lepas
Sabtu baru ni iols g pun dah ramai gila org duk soping baju raya baik lelaki pompuan kemain ramai serius rasa mcm dh nk raya.
Iols singgah sat je kat Erekajusoph sbb ada baca komen acik forem ckp tudung dia best dan ada beratus kaler.
Iols ni peminat tegar shawl Alhumaira tp sbb kaler yg iols nak tu takde terpaksa la mencemar duli pi Bangi sentral darul jem tu
Baju raya iols dah lama beli tahun lepas lagi.
Btw bagus gak memasing beli awal2 baju kang takde saiz plak pastu boleh buat photoshoot raya masa ramadon nnt.
Nak gambar raya cantik mmg kena wat photoshoot awal2, nak plak masa ramadon muka korang lebih tirus, perut rata jer.
Time raya nnt mesti susah nk dpt gambo lawo ada jelaa yg akan spoil suasana.
Tak suka bergambar la, tak larat nk reshoot la kalut nk g raya laa,dah panas ketiak laa sudahnya hancur gambo raya |
|
|
|
|
|
|
|
kang buat lambat
puak batu api amik peluang cakap mcm2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat newsfeed fb or ig aku penuh dah iklan2 baju raya... mcm lah aku nak beli bende2 gitu.. buat apa beli baju kurung selalu... bukan aku pakai sgt pun...
Baik beli bende lain yang mmg pakai kerap |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dewi_rina at 26-2-2025 01:21 AM
Seminggu nak raya nnti pegi kejap lah, nak raya suasano 
I paling suka ioi city mall, ada tujuan nak kemana.. Kalau sunway ke midvalley ke OU bosan lah, macam taktau nak kemana.. Takde hala sbb mall besar sangat, parking pun problem 
|
|
|
|
|
|
|
|
Oklah tu dah pasang sebelum org start puasa. Nak pasangnya pula mungkin pekerja melayu, nanti kalau pasang masa bulan posa safety lak mungkin compromised kalau nak kena panjat2 etc.
Kat area taman iols ni ramai rumah dah pasang lampu liplap terkejut iols. Mungkin bukan tuk raya kut, tuk sambut ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la, baju raya baju melayu pun prg dah start jual..mls nk jln2 bulan pose dgn panasnya..baik sopping time skrg . |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la mereka cakna islam and melayu ramai kat malaysia ni..
patutnya sambutan ramadhan dan raya yang kena meriah..
christmas dengan cny pun sebulan sebelum dah siap deco..
|
|
|
|
|
|
|
|
ayat last tu
rengsek je kan bila ada yg spoil mood ni
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la buat awal....kang buat time puasa klu kena yang tukang deco tu muslim....udah kering tekak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 26-2-2025 08:43 AM
Abis tu dia nak siapkan bila, kena la buat awal.
Bangi sentral pun dah jem teruk dah sejak 2-3 mingg ...
bangi sentral last saturday jem melekat kereta tak bergerak rasa nak nangis, iols nak anto anak ke ebright tu jah pun. terpaksa parking kat evomall.
evo pun dah bukak booth utk raya, ada yg siap menjual dah ada yg baru kemas2 booth.
setiap butik kat bangi sentral tu penuh ummah, iols tgk lif ke rico rinaldi pun sampai sumbat.
bagus depa sume ni prepare awai tak kalut  |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tertanya2 dr dulu, lps habis perayaan ni, apa diorg buat dgn deco cantik2 ni.. sayangnya kalau dibuang mcm tu je.. ada tak yg jual as 2nd hand item? sbb byk je office yg nk buat jamuan raya/ or perayaan lain yg sanggup beli utk hias office |
|
|
|
|
|
|
|
nisako replied at 26-2-2025 08:05 AM
wow cepatnye
Deco Ramadhan tu kalau ada Unta, Kurma etc... Deco Raya, biasa Rumah Melayu ,pelita, lemang, ketupat |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab benda setahun sekali la orang pulun. Special nya pagi Syawal tu penuh makna. Ada sebab kenapa orang berpakaian baru, cantik2, bersih, wangi2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 26-2-2025 11:05 AM
Sebab benda setahun sekali la orang pulun. Special nya pagi Syawal tu penuh makna. Ada sebab kenap ...
Baju2 kurung i jarang pakai so byk yang masih nampak baru.. harap i tak beli lah.... nak pakai yang mana ada je... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baju kurung kosong or corak minimalist, chuolls mix & match je. Yg fabrik kosong boleh rajin2 tambah lace or manik. Mcm iolls tiap2 tahun tempah baju kurung fabrik kosong je, nnt boleh mix & match dgn mcm2 kain. Kain songket ke, kain belang ke, kain petak2 ke, pelikat ke. Ada modal sikit hantar kat budak jahit labuci sikit kat hujung2 baju.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|