CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14505|Reply: 30

[Tempatan] Wanita warga emas hampir pengsan mengaku salah curi di majlis kahwin; dihukum penjara 2 tahun, denda RM3,000

[Copy link]
Post time 26-2-2025 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-2-2025 01:23 AM


Wanita warga emas hampir pengsan mengaku salah curi di majlis kahwin; dihukum penjara 2 tahun, denda RM3,000

Februari 25, 2025 @ 5:34am[email protected]







PASIR MAS: Seorang wanita warga emas yang didakwa terbabit kes curi pada majlis kahwin, hampir pengsan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dalam bangunan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM2,500 pada awal bulan ini.

Tertuduh yang juga seorang penjual kuih, Tuan Maimun Che Tuan, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Susulan keadaannya itu, sidang mahkamah terpaksa ditangguhkan selama 10 minit untuk memberi ruang tertuduh kembali tenang sebelum Mohd Fauzan menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini dan denda RM3,000 terhadap wanita berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan curi dalam bangunan, iaitu wang RM2,500 milik seorang wanita berusia 59 tahun di Kampung Tasek Berangan, di sini, sekitar jam 12.42 tengah hari 1 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, hendaklah dihukum penjara dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan.

Kertas pertuduhan itu turut menyebut sebelum ini, tertuduh mempunyai dua rekod sabitan lampau mengikut Seksyen 380 kanun sama membabitkan kesalahan mencuri dalam bangunan, iaitu di Bachok yang mana dia dihukum penjara selama 24 bulan dari tarikh tangkapan pada 9 April 2003, dan di Besut, Terengganu, membabitkan penjara 10 bulan dari tarikh hukuman pada 20 April 2011.

Mengikut fakta kes, mangsa telah menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi 1 Februari lalu dan meletak beg tangan miliknya di atas almari di bahagian dapur.

Bagaimanapun ketika mahu pulang, mangsa mendapati beg tangannya yang mengandungi wang RM2,500, telah hilang.

Mangsa kemudian memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang wanita (tertuduh) dilihat mengambil beg tangan itu sekitar jam 12.42 tengah hari 1 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengambil wang RM2,500 dan meninggalkan beg tangan itu di atas almari pinggan mangkuk berhampiran tandas di dapur.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas sebelum tertuduh ditangkap sekitar jam 2.35 petang 16 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Amira Mat.

Nur Amira memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh adalah seorang warga emas dan menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol serta masalah usus.
Beliau berkata, wanita itu mempunyai enam anak yang tinggal berasingan dan turut memberi bantuan kewangan kepadanya.

Bagaimanapun, Syazalia memohon hukuman berat kerana tertuduh mencuri harta milik mangsa sebanyak RM2,500.

"Tertuduh juga mempunyai rekod kesalahan lampau dan tidak insaf, selain mengambil kira hukuman untuk pengajaran serta kepentingan awam," katanya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd Fauzan berkata, kes wanita itu mendapat perhatian umum (tular).

"Justeru, mahkamah mengambil kira pelbagai faktor untuk menjatuhkan hukuman, iaitu kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh," katanya.


Tuan Maimun dihukum penjara 24 bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Pasir Mas, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakam subahat tak masuk dalam jugak ke?


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:36 PM | Show all posts
Kenapa mcm ni makcik oiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:38 PM | Show all posts
Muda2 keja jgn lupa simpan duit utk hari tua. Kurangkan beli tudung beli baju beli beg makan luar skit2 supaya ada simpanan yg sesuai utk hari tua. Bila dah tua2 masih tekanan kena cari duit takut jadi gini lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bertaubatlah makcik,umur pon dh cecah 60 tahun,dekatkan diri ngan allah...masih ada masa untuk insaf n berubah...ni dekat nk masuk bulan ramadan harap2 makcik boleh berubah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesian sbb kesalahan berulang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2025 06:45 PM | Show all posts
Hampir pengsan. Kalau pengsan senang aje nak kasi sedar. Try tarik kain konpom bangun
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mula2 nak ada rasa empati jgk sebab baya2 mak i, tapi bila baca ada kesalahan berulang terus i meehhh acik ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni kalau mencuri kat surau taman iols conform lepas sb mangsa2 tak nak buat report sb anggap rezeki pelaku. Nak gelak ke nak kesian dgn mangsa pun tatau lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Somi Jahidah tu dapat tangguh jel ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 09:26 PM | Show all posts
takpe la makcik duk dalam mkn minum tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 26-2-2025 09:26 PM
takpe la makcik duk dalam mkn minum tanggung

Ku semangat tgk abam polis tu


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Habit agaknya
Tu yg kantoi dah 3x, yg xkantoi ntah byk mana dah dia buat hal
Insaf la nek, bknnya muda lg pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 10:02 AM | Show all posts
memang jenis suka mencuri la ni ye..
kalu tak insaf jugak, tak tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 10:09 AM | Show all posts
Pemimpin sgt keras hukum rakyat tanpa budi bicara tapi bila org atasan biasa dan pemimpin2 tertinggi yg buat salah mcm sukar nak dakwa atau hukum..
Betul lah keadilan bukan di dunia tapi di akhirat setiap inci hidup manusia akan ditanya dan dibicarakan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 11:26 AM | Show all posts
mungkin ada penyakit kot...penyakit apa ya suka mencuri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 27-2-2025 10:09 AM
Pemimpin sgt keras hukum rakyat tanpa budi bicara tapi bila org atasan biasa dan pemimpin2 tertinggi ...

yang perihal org atasan/ternama tu betul la jugak kdg2 lepas gitu je dgn denda yg sgt2 la mampu dibayar.

tapi kes makcik ni takleh la nak ckp "tanpa budi bicara" sbb dah berkali-kali mencuri tak pernah insaf.
biar la dia dok dlm jail tu baru tau benda yg dia buat tu salah besar tak padan dgn tua bangka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 12:18 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 27-2-2025 12:24 PM

amboi RM3,000 jer

bukan main korang kutuk2

yg pengsan sebab RM150 juta

bukan kesian jer

siap nak undi lagi

siap sokong lagi kroni2 kpd yg pengsan ni





Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 26-2-2025 06:14 PM
Tak kesian sbb kesalahan berulang.

tuh lah...tak insaf2...memang hobi mencuri kot... padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkai perangai...rosak majlis kahwin orang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.226445 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list