View: 8686|Reply: 36
|
[Tempatan]
Isteri orang tiga anak hilang di Pahang, dicekup berzina dengan boyfriend di Kedah
[Copy link]
|
|
KULIM – Seorang ibu kepada tiga anak yang menghilangkan diri selepas keluar ke kedai dobi di Jengka, Pahang ditemukan dalam bilik hotel bersama kenalan lelakinya di Lunas, di sini awal pagi ini.
Wanita berusia 33 tahun yang masih berstatus isteri orang itu dicekup dengan lelaki bujang berusia 30 tahun dalam operasi pencegahan jenayah syariah oleh Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.
Difahamkan, wanita terbabit memandu kereta dari Jengka pada Sabtu lalu ke rumah sepupunya di Padang Serai sebelum pergi ke hotel tersebut.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan operasi pencegahan jenayah syariah di hotel berkenaan selepas menerima maklumat daripada suami wanita terbabit yang berusia lingkungan 30-an.
Katanya, difahamkan wanita terbabit keluar dari rumahnya di Jengka dengan memberi alasan mahu ke kedai dobi untuk mencuci pakaian.
“Namun selepas tidak pulang ke rumah, suami wanita terbabit mula risau dan membuat laporan polis mengenai kehilangannya dan pada masa sama cuba mengesannya.
“Hasil usaha suaminya itu, dia dapat mengesan lokasi isterinya itu iaitu di sebuah hotel di Lunas dan turut menghubungi pihak kami (PADK) untuk memakluman kes khalwat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, wanita terbabit dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu ketika dia masih bujang dan tinggal di Padang Serai.
“Hubungan dengan bekas teman lelakinya itu bagaimanapun terputus selepas dia berkahwin dan berpindah ke Pahang.
“Walau bagaimanapun wanita itu dapat menghubungi semula lelaki terbabit dan sanggup memandu sejauh lebih 400 kilometer untuk bertemu bekas kekasihnya itu,” jelasnya.
Menurutnya, hasil soal siasat, lelaki terbabit berasal dari Padang Serai dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di kawasan Kulim Hi-Tech,” katanya.
Tambahnya, pasangan itu ditahan selepas tiada bukti atau dokumen hubungan mahram dan disyaki berkhalwat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bulan puasa makcikk oiiiiii.. orang2 jengka ni lain mcm  |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti masa sekolah dulu budak kelas belakang
asyik bercinta berangan |
|
|
|
|
|
|
|
Kes mana ni ye? Cer tunjuk skit berita berkaitan yg masa dia hilang tu |
|
|
|
|
|
|
|
kena salahkan yahudi & DAP. sebab iblis kena ikat. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 18-3-2025 12:28 PM
kena salahkan yahudi & DAP. sebab iblis kena ikat.
Orang biasa bulan posa ni bykkan derma, ibadah, terawih.. sibuk bersiap bukak posa, sahur utk family.. tu blom campur daily routine... kerja.. anak tuition...
Ini duk sibuk lari dari rumah, mengongkek.. takde keje sangat ke weiiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Konfidennya TT kata dia berzina.
Cinta tak kesampaian ka ni? Lepaskan je lah laki tu pun, obviously hati dia dah takde kat hang. Sampai menyusahkan polis, agensi kerajaan bagai tapi dorang gembira kot untuk masuk campur. Only in Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah anak 3 pun dgn laki ko sedia ada..gatai biji lagi nak skandal ke ex boyfriend..
gila betul |
|
|
|
|
|
|
|
kita tak tahu apa masalah dia
 |
|
|
|
|
|
|
|
Warga felda punya peel.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang kedah tak pelik pun. bersekedudukan melambak belah2 sana.sama la macam melaka juga |
|
|
|
|
|
|
|
melekaifc replied at 18-3-2025 01:34 PM
orang kedah tak pelik pun. bersekedudukan melambak belah2 sana.sama la macam melaka juga
Kat kedah susah nak bersekedudukan...jab agama aktif. 2 makhluk ni pun sorang dari pdg serai, sorang dari jengka. |
|
|
|
|
|
|
|
Lautan api sanggup ku renangi
Tp yg pompuan lak gigih drive 400km weh
Sian anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
aik dibulan setan kena ikat pun hat bawah tu gelenyar berdenyut nyut nyut nyuttt kew?  |
|
|
|
|
|
|
|
bln posa kena jaga jari dr menulis ye acikpor |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 18-3-2025 12:44 PM
Orang biasa bulan posa ni bykkan derma, ibadah, terawih.. sibuk bersiap bukak posa, sahur utk fami ...
Sampai hati tinggalkan anak2 yang masih kecil + bulan posa2 nie.. Gamaknya dah tawar hati ngan suami kot..kot iye pon nak skendel..carilah yang kerja best2 sikit.. X berbaloi drive jauh2 sekali pakgad kilang jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu kata kau. Dia mabuk cinta mana kira semua tu.
Lagi satu bagi pendosa ni takde beza pun bula posa dengan bulan2 yang lain. Semua aktiviti berjalan seperti biasa, cuma tambah berpuasa di siang hari. Mengumpat buat lepas berbuka itu pun kalau berjaya menahan diri la. Ingat senang ka nak ubah rutin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-3-2025 03:44 PM
Tu kata kau. Dia mabuk cinta mana kira semua tu.
Lagi satu bagi pendosa ni takde beza pun bula pos ...
Bulan posa mmg berubah rutin.. penat pun ada.. sebulan aku kena menahan sabar dan penat.. jadual penuh... cuti ja baru cukup tido.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|