CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37599|Reply: 120

Betul ke lelaki tak suka perempuan pakai shawl?

[Copy link]
Post time 11-6-2011 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Ketika sedang blogwalking, saya terjumpa satu entry ni oleh seorang lelaki yg menyelar perempuan yg memakai shawl. Kongsilah pendapat anda di benang ini. Pada pendapat saya, tulisan blog saudara ini begitu tajam dan tidak begitu menjaga sensitiviti para perempuan. Mungkin sedikit sebanyak ada terselit kebenarannya tetapi tidak usahlah sehingga memburukkan begitu ramai pihak. Cukup dengan menegur secara am sahaja.

http://lensarosak.blogspot.com/2011/01/menjengkelkan-4-gadis-tudung-shawls.html
Menjengkelkan 4 : Gadis Tudung, Shawls Melaram
1. Walaupun ini berkaitan penafsiran wanita. Aku rasa tak sesuai di letakkan dalam Terfaktab. Mungkin kerana kandungan dari penulisan isi hati (peribadi) aku ini agak sedikit offensive.

2. Cuba korang buka beberapa blog perempuan terkenal masa kini. Selain dari Hanis Zalikha, Ladyesah mahupun GadisJahat. Ok, yang aku maksudkan seperti blog Hana Tajima (blog ke?), Irene Nadia Marcelo, Fatin Liyana, Cik Epal, atau mungkin beberapa blog yang seakan aku maksudkan. (Aku petik nama, supaya korang boleh faham apa yang aku maksudkan)

3. Adakah bila korang melihat isi rupa blog tersebut, fikiran korang akan sama seperti aku? Adakah korang akan berkata "Eee comelnye", "Eee, cantiklah u pakai tudung macam ni". Atau fikiran korang akan sama seperti aku "Mak aih, melaram besar-besar muka ha. Dah lah berat blog ni, nak bukak pun lambat, banyak sangat gambar saiz 500kb!"

4. Ok, cukup di blog. Sekarang lihat di alam realiti. Alam luar. Perhatikan gadis-gadis yang berhijab seperti aku maksudkan. Ramai? Ye, memang ramai. Even teman wanita aku tak terlepas dengan trend sebegini.

5. Aku sebagai lelaki bertoleransi, aku tak halang dengan hak seorang perempuan berfesyen. Namun, sebagai lelaki berperasaan, kadangkala mata aku sakit dan hati aku luka dengan fesyen melampau-lampau dari golongan gadis sebegini. Terutamanya dari segi WARNA dan sisi definasi AURAT.

6. Aku belum buta warna. Namun, bila melihat gambar yang di pamerkan wanita sebegini dalam blog. Sakit juga mata aku melihat, mungkin kadar saturation yang tinggi meningkatkan effect warna pada gambar. Tapi, bila lihat di alam realiti. Pun sama mata aku sakit, sakit sebab berbonjol-bonjol dan mengetat-ngetat.

7. Ye aku faham, perempuan sukakan kecantikkan dan lebih-lebih lagi jika masih single (belum berkahwin). Rasa untuk expose itu menebal. Jadi, tak heran jika blog gadis sebegini akan memaparkan wajah sendiri sebesar-besar mungkin di header blog dan pada setiap entri. Usah di tanya gaya bergambar. Pasti korang lebih faham bukan?

8. Wajah kita adalah aset penting. Sesiapa pun baik lelaki mahupun perempuan, mahu menjaga wajah. Jadi, aku nak tanya, jika wajah itu penting, kenapa perlu murah hati memaparkan wajah pada umum?. Kenapa perlu murah hati menunjuk pada semua kelebihan wajah sendiri? Bukankah sepatutnya kita patut menjaga wajah kita dengan bersikap rendah diri dan tidak mencapap? Ha, aku dah keluar ayat yang paling tepat. KENAPA MESTI MENCAPAP?

9. Ada orang cakap blog sebegitu untuk tutorial cara-cara memakai hijab. Ye, aku tahu. Tapi, biarlah lebih jelas. Ini bukan sekadar memakai hijab. Tapi, tutorial tentang bagaimana cara MENGEKSPLOITASI kan pemakaian hijab supaya seorang wanita itu nampak cantik tanpa mendedahkan AURAT UTAMA iaitu rambut semata-mata (Ini pandangan peribadi aku). Tapi, bagaimana dengan aurat lain? Skinny jeans itu sesuaikah? Baju saiz XXS untuk badan bersaiz S. Sesuaikah?

10. Apa yang aku faham dan nampak. Gadis yang free-hair sebelum ini telah terikut dengan trend ini dan mula memakai tudung. Ya, memakai tudung dengan gaya melaram. Dan ini telah mencorak pengaruh pemikiran gadis yang azali memakai tudung. Dan, salah satu faktor penting mengenai perempuan. Dalam hal berfesyen, mereka suka bersaing. Jadi, tak heran jika tertubuhnya kumpulan gadis-gadis yang memakai shawls bergambar secara berkumpulan dengan aksi muka yang se-cute boleh, make-up, dan fesyen terbaru yang merobek jiwa para gadis lain untuk meniru atau menyama level dengan idola fesyen gadis sebegini. Ini semua membuatkan aku terfikir dengan trend terdahulu. Ya, komuniti melaram budak-budak sekolah seperti The SAHAJA dan The JANDAS. Bezanya, mereka tak menutup aurat.

11. Aku ada ramai kawan sebegini. Aku tak marah. Cuma berkali saja kalau di petik pasal topik sebegini. Yang aku berulang-kali cakap, "Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada". "Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG"

12. Ok, itu sahaja aku nak cakap. Apa pulak yang korang nak cakap? Cakap je lah ini sebab pengaruh Yuna? Ok, aku dah kurang pada Yuna, sekarang more into with Anna Rafali. Manis dengan baju kurung. Itu taste aku sekarang. Chalo!

p/s : Kemaen Aqram, kitaorang nak melawa pun tak boleh.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-6-2011 11:42 PM | Show all posts
apa nih....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 11:45 PM | Show all posts
mungkin salah bod nih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 11:49 PM | Show all posts
???????
Ko salah bod ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 11:49 PM | Show all posts
ptt gie benang atm lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2011 12:00 AM | Show all posts
OOPS! sorry. bod atm tu apa? camne nk alih thread? thanks. tp sy baru lg kat sini. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2011 12:03 AM | Show all posts
kalo sesuai dgn muka,okay ja pkai shawl ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:04 AM | Show all posts
gossip apa nih...................
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-6-2011 12:04 AM | Show all posts
sori.. shawl tu camner?
tempek gambar skit!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:13 AM | Show all posts
retiss kah???
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:15 AM | Show all posts
apa semua neh?????????:@

BALIK ko PAH!! BALIK!! meroyan tak sudah2...!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:20 AM | Show all posts
nyampah betul aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:23 AM | Show all posts
takat nak tepek entri dari blog murahan takyah la menyemak kat porem ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:28 AM | Show all posts
gossip artis ke...?? tp ade nama YUNA & ANNA kira leh msk gosip artis ehh

tp tajuk ok gak, tepek ar gambr cemana derg pakai shwl tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:44 AM | Show all posts
ur insulting my intelligence dowhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:49 AM | Show all posts
ppuan peduli ke laki suka ke x?...kalo korang rs selesa pakai laa pa pe pun...w'pun ianya akan menjengkelkan lelaki :re::re:
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-6-2011 01:28 AM | Show all posts
apakah......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:30 AM | Show all posts
salah bod da

ko g je bod ATM tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:35 AM | Show all posts
ppuan peduli ke laki suka ke x?...kalo korang rs selesa pakai laa pa pe pun...w'pun ianya akan menje ...
kecimpret Post at 12-6-2011 00:49

ntah....sampai nak sakit kepala otak nak impress lelaki....pe hal...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:41 AM | Show all posts
pening saya baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049721 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list