CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18980|Reply: 0

[Pulau Pinang] Harga barangan masih stabil, tiada kenaikan luar biasa seperti didakwa - KPDN Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-1-2026 04:24 AM | Show all posts |Read mode
Harga barangan masih stabil, tiada kenaikan luar biasa seperti didakwa - KPDN Pulau Pinang

BERNAMA




GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP



Georgetown: Harga barangan keperluan asas di Pulau Pinang masih berada pada tahap stabil menjelang perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri S Jegan.

Beliau berkata, pemantauan harian oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) serta analisis perbandingan harga antara Disember dan bulan ini mendapati tidak wujud kenaikan harga luar biasa seperti didakwa.

Jegan berkata, KPDN melalui mekanisme Price Catcher telah melaksanakan pemantauan harga secara menyeluruh melibatkan 45 pasar awam, 13 pasar raya besar dan 18 pasar raya di seluruh negeri dengan kutipan harga ke atas 41 jenis sayur termasuk barangan yang didakwa berlaku kenaikan harga.

"Analisis mendapati kebanyakan harga seperti tomato, halia, bendi, kacang panjang, kubis dan lobak merah menunjukkan perubahan harga yang kecil dan masih dalam julat munasabah, malah terdapat barangan tertentu yang mencatatkan penurunan harga berbanding bulan sebelumnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) mengenai kenaikan harga barangan makanan asas menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, susulan aduan pengguna.

Presiden PHA Datuk P Murugiah sebelum ini mendakwa pihaknya telah menerima pelbagai laporan berhubung kenaikan mendadak harga sayur-sayuran dan barangan keperluan asas, mendorong mereka melakukan tinjauan pada 26 Jan di beberapa kedai runcit dan pasar basah di Pulau Pinang.

Sementara itu, Jegan berkata purata harga runcit tomato hanya meningkat daripada RM6.56 sekilo bulan lepas kepada RM7.28 sekilo bulan ini, manakala halia kekal stabil sekitar RM9.80 sekilo manakala bendi dan bunga kubis pula mencatatkan penurunan ketara, masing-masing daripada RM13.10 kepada RM9.99 sekilo dan RM10.24 kepada RM8.82 sekilo.

Katanya, perbezaan harga turut dipengaruhi oleh bekalan, kuantiti pesanan serta kaedah perolehan barangan dengan premis runcit kecil mendapatkan bekalan daripada pasar borong berbanding pasar raya besar yang mempunyai pusat pengedaran sendiri dan membeli secara pukal.

"Berhubung dakwaan PHA mengenai kenaikan sehingga 100 peratus melibatkan tiga barangan, iaitu mangga besar, terung dan lemunggai, ia tidak termasuk dalam pemantauan harian PPH, namun pemeriksaan harga semasa mendapati harga barangan tersebut masih dalam lingkungan pasaran biasa," katanya.

Jegan berkata, Bahagian Penguat Kuasa KPDN negeri akan terus meningkatkan pemeriksaan harian bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan termasuk meletakkan tanda harga yang jelas, menggunakan alat timbang yang ditentusahkan serta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang melanggar undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Pelindungan Pengguna 1999.

"KPDN memberi jaminan kesiapsiagaan pegawai penguat kuasa sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan kestabilan harga dan kelancaran bekalan barangan keperluan harian, khususnya sepanjang musim perayaan," katanya.

Jegan berkata, pengguna digalakkan memanfaatkan aplikasi Price Catcher bagi membuat perbandingan harga, sekali gus memperkasakan kuasa pengguna sebagai langkah pencegahan daripada dimanipulasi oleh peniaga tidak bertanggungjawab.



Disiarkan pada: Januari 27, 2026 @ 9:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316115/harga-barangan-masih-stabil-tiada-kenaikan-luar-biasa-seperti-didakwa-kpdn




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.650703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list