CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10879|Reply: 0

[Kedah] Bahan buangan industri berlapis punca api tapak sampah sukar padam, operasi memasuki tempoh 21 jam

[Copy link]
Post time 28-1-2026 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Bahan buangan industri berlapis punca api tapak sampah sukar padam, operasi memasuki tempoh 21 jam


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





JENTERA pengorek digunakan pada hari kedua operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Besah. FOTO ihsan bomba




Baling: Sudah 21 jam operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah dilakukan di Kampung Besah, Mukim Tawar, di sini, namun kepulan asap dan api masih kelihatan pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi disambung semula jam 9 pagi ini membabitkan seramai 33 anggota BBP Baling.

Beliau berkata, operasi itu turut disertai pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Hasil pemerhatian mendapati, bahan buangan di kawasan tapak pelupusan sampah itu adalah bahan buangan industri yang dikarungkan dalam guni bersaiz besar dan mempunyai banyak lapisan.

"Pagi ini, kerja pemadaman mendapat bantuan daripada jentera pengorek kaut (backhoe) dan sebuah jentera pengorek (excavator) yang bertujuan membuat takungan serta perparitan bagi membolehkan penyerapan air pada lapisan bawah sampah berbanding menggunakan timbunan tanah kerana struktur sampah yang berongga dan kembali menyala," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, setakat ini kebakaran adalah terkawal dan Pos Kawalan Bomba (PKB) turut diaktifkan hari ini bagi pengumpulan maklumat berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, makluman berkaitan kebakaran itu daripada penduduk kampung dan mendapat perhatian selepas tular di media sosial.

Menurutnya, bomba menerima panggilan jam 12 tengah hari apabila keadaan semakin tidak terkawal dan api sangat marak.

Media semalam melaporkan, bomba menghabiskan masa lebih empat jam 'berperang' dengan api yang merebak di kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Besah.

Kebakaran membabitkan sisa buangan domestik dari kilang berhampiran.



Disiarkan pada: Januari 28, 2026 @ 9:51am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316243/bahan-buangan-industri-berlapis-punca-api-tapak-sampah-sukar-padam-operasi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.410186 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list