CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23521|Reply: 0

[Kedah] JAS Kedah siasat insiden tapak pelupusan sampah haram di Baling yang terbakar sejak semalam

[Copy link]
Post time 29-1-2026 02:32 AM | Show all posts |Read mode
JAS Kedah siasat insiden tapak pelupusan sampah haram di Baling yang terbakar sejak semalam

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Pegawai JAS Kedah melakukan pemeriksaan di lokasi tapak pelupusan sampah haram yang terbakar di Kampung Besah, Mukim Tawar di daerah Baling, malam tadi. FOTO IHSAN JAS




Alor Setar: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesahkan menerima maklumat berkenaan kebakaran di tapak pelupusan sampah yang beroperasi secara haram di Kampung Besah, Mukim Tawar di daerah Baling melalui hebahan di media, semalam.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, berikutan itu, satu pasukan dari JAS Kedah, Cawangan Kulim diarah ke tapak pelupusan sampah itu untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi malam tadi mendapati api masih marak dan longgokan sampah berserta plastik ditemui di tapak pelupusan haram ini yang dipercayai dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Siasatan masih diteruskan setakat ini dan bagi kes tapak pelupusan haram akan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

"Mana-mana pihak atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan perkara ini boleh menghubungi JAS Kedah di talian 04- 733 2832 atau JAS Kedah, Cawangan Kulim di talian 04- 403 7675," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, JAS Kedah akan meneruskan siasatan aktiviti pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Beliau berkata, sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit RM 5,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum.

"Pemilik tanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan tanah mereka tidak dijadikan tapak pelupusan haram mahupun membenarkan pembakaran terbuka berlaku.

"Mana- mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, boleh menghubungi JAS Kedah, " katanya.

Sharifah Zakiah berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan tiada lagi pembakaran terbuka dan premis patuh terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan- peraturan di bawahnya.

Beliau berkata, sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui panggilan telefon di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan ke [email protected] atau layari portal aduan https://[email protected]

Media semalam melaporkan, bomba sudah menghabiskan masa lebih empat jam 'berperang' dengan api yang merebak di kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Besah, Mukim Tawar, di Baling semalam.

Kebakaran itu membabitkan bahan buangan di kawasan itu membabitkan sisa buangan domestik dan kilang berhampiran dan operasi ketika itu dilakukan lapan anggota serta dibantu dua anggota dengan jentera tangki air dari BBP Pengkalan Hulu, Perak.

Setakat ini, selepas lebih 21 jam kebakaran berlaku, operasi pemadaman masih dijalankan di tapak pelupusan sampah terbabit.



Disiarkan pada: Januari 28, 2026 @ 2:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316374/jas-kedah-siasat-insiden-tapak-pelupusan-sampah-haram-di-baling-yang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 5595 Replies : 9
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 2120 Replies : 3
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58397 Replies : 1103
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15616 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367013 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39395 Replies : 88
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list