CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13052|Reply: 0

[Tempatan] Ringgit dibuka kukuh, berlegar di paras tertinggi sejak 2018

[Copy link]
Post time 29-1-2026 09:54 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia serta asas domestik yang kukuh, ketika pelabur meneliti keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah.
Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9130/9230 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup 3.9175/9235 pada Rabu. Pembukaan dagangan itu meletakkan ringgit menghampiri paras paling kukuh sejak April 2018, apabila mencecah 3.9030.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran secara umumnya telah mengambil kira keputusan Fed berkenaan, dengan tumpuan kini beralih kepada pelantikan pengerusi Fed yang baharu, yang berpotensi mempengaruhi sentimen pasaran susulan desakan Presiden Donald Trump untuk kadar faedah yang lebih rendah.
Bagaimanapun, beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.26 peratus pada pagi Khamis.
Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia terus disokong oleh asas yang kukuh, ekonomi yang pelbagai serta permintaan domestik yang berdaya tahan.
"Pasaran eksport kita juga pelbagai. Kita tidak berdagang dengan satu negara sahaja, sebaliknya dengan banyak ekonomi. Tiada satu negara pun yang menyumbang lebih daripada 15 peratus kepada eksport Malaysia. Ini menunjukkan tahap kepelbagaian yang kita miliki," katanya.
Menyentuh dasar fiskal, Abdul Rasheed berkata langkah rasionalisasi subsidi melibatkan bahan api, elektrik, air dan diesel mencerminkan kredibiliti dasar kerajaan.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan peralihan daripada subsidi petrol RON95 secara pukal kepada subsidi bersasar menerusi BUDI MADANI (BUDI95) dijangka dapat mengurangkan ketirisan subsidi serta menjana penjimatan fiskal sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.
Kementerian itu turut memaklumkan cukai jualan ke atas barangan bernilai rendah menyumbang hasil sebanyak RM817 juta tahun lalu, meningkat berbanding RM476 juta pada 2024.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan rakan serantau. Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6870/6990 daripada 4.6955/7027 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5558/5625 daripada 2.5652/5692, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4097/4235 daripada 5.4011/4093.
Ringgit turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1019/1103 daripada 3.1072/1122, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.5658/6097 daripada 12.6135/6389, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 233.9/234.7 daripada 234.2/234.7 serta menokok berbanding peso Filipina kepada 6.66/6.68 daripada 6.67/6.68 sebelum ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.286550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list