CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9803|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak dan Perak teroka kerjasama strategik dalam bidang pengangkutan, hubungan udara

[Copy link]
Post time 30-1-2026 09:58 AM | Show all posts |Read mode


Loh menyampaikan cenderamata kepada Lee. Turut kelihatan delegasi Kerajaan Negeri Perak yang lain serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan Sarawak.

KUCHING: Sarawak dan Perak bakal meneroka kerjasama strategik khususnya dalam bidang pengangkutan dan hubungan udara, termasuk potensi penubuhan penerbangan terus AirBorneo menghubungkan Kuching dan Ipoh.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Sarawak perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormat delegasi Kerajaan Perak diketuai Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee negeri itu terhadap Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai strategi pembangunan pengangkutan Sarawak serta inisiatif semasa yang bertujuan menyokong pertumbuhan mampan dan memperkukuh hubungan serantau.

Lee memaklumkan Sarawak bertanggungjawab terhadap pembangunan pengangkutan darat, udara dan maritim dengan penekanan kukuh terhadap pembinaan ekosistem pengangkutan bersepadu serta bersedia menghadapi masa depan,

Antara inisiatif utama diketengahkan ialah pelancaran operasi syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo serta sistem Autonomous  Rapid Transit (ART) yang kini sedang giat dibina.

Beliau memaklumkan sistem ART Sarawak merupakan sistem ART berkuasa hidrogen pertama  di luar China.

Tambah beliau, perkhidmatan bas pengantara yang menyokong rangkaian ART juga menggunakan tenaga hidrogen.

Bagi meningkatkan kemampanan jangka panjang serta kecekapan kos, Sarawak sedang bergerak ke arah pengeluaran hidrogen sendiri, di samping menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan secara berterusan bagi mengurangkan kos tenaga, jelas Lee.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan terhadap perancangan jangka panjang, inovasi dan penyelesaian pengangkutan mampan.

Katanya, inisiatif pengangkutan Sarawak telah menarik minat yang semakin meningkat, dengan lawatan sebelum ini oleh delegasi daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Johor serta wakil dari Brunei, Indonesia dan Belanda, ramai antara mereka telah melawat dan merasai sendiri sistem ART.

Sementara itu, Loh berkata pembangunan pesat Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menarik perhatian meluas, mendorong Kerajaan Negeri Perak untuk melawat Sarawak bagi tujuan libat urus secara langsung dan perkongsian bersama.

Beliau menyatakan Sarawak dan Perak berkongsi banyak persamaan serta menyuarakan minat untuk bertukar idea dengan Sarawak, di samping meneroka bagaimana kedua-dua negeri boleh bergerak maju bersama.

Loh turut menyatakan harapan agar lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Negeri Perak, seterusnya membuka laluan kepada kerjasama yang lebih erat demi manfaat bersama dalam pembangunan ekonomi, pertumbuhan pelancongan dan hubungan antara negeri.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam Ong Seng Guan dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Perak Mohamad Hasim Abdul Ghani.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.473449 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list