CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31707|Reply: 2

[Jenayah] Wanita hilang ditemukan mati, muka disyaki ditekup bantal oleh kekasih

[Copy link]
Post time 30-1-2026 02:48 PM | Show all posts |Read mode
BATU PAHAT: Kehilangan seorang wanita selepas tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Taman Damai II di sini, dipercayai dibunuh dengan muka ditekup bantal awal pagi tadi.

Mangsa berusia 41 tahun yang juga pekerja pasar raya disyaki dibunuh oleh teman lelaki dengan mayatnya ditemui pada jam 1 pagi tadi selepas polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat.

Difahamkan, ketika serbuan dijalankan, polis menemukan wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu, manakala suspek cedera di leher dan lengan kiri disyaki akibat tindakan sendiri.

Suspek berusia 44 tahun disyaki membunuh mangsa pada pagi Selasa lalu sehinggalah polis menemukan mayatnya awal pagi tadi.

Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu, abang mangsa membuat laporan polis selepas adik perempuannya tidak pulang ke rumah sejak beberapa lalu.

Suspek yang juga penganggur kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita terbabit.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding reman ke atas suspek dijalankan di HSNI susulan lelaki itu menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya.

Dalam pada itu, tinjauan di rumah didiami mangsa dan suspek mendapati, keadaannya sunyi selain polis memasang pita larangan masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 30-1-2026 05:22 PM | Show all posts
yg 1 kes bunuh dulu yg pakai baju tidur ke tak silap
di Batu Pahat juga
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.219087 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list