CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27537|Reply: 19

[Tempatan] Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan

[Copy link]
Post time 31-1-2026 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Semalam dalam mesyuarat antara Exco-Exco Pertanian Negeri bersama Menteri Pertanian, Exco Pahang sambil meminta maaf dengan nada menyindir Exco Terengganu memaklumkan bahawa Negeri Pahang merekodkan pendaratan ikan terbesar di Pantai Timur.

Saya juga minta maaf lalu menjawab, ramai nelayan Pahang yang menangkap ikan di Perairan Terengganu dan banyak bot pukat tunda Pahang yang menceroboh zon tangkapan nelayan Terengganu.

Pencerobohan ini merosakkan bubu dan unjam milik nelayan tempatan serta telah menjejaskan sumber pencarian nelayan tempatan.

Dijawab oleh Exco Pertanian Pahang.
Nelayan sama-sama nak cari makan. Janganlah ditimbulkan isu perairan negeri itu dan ini. Rakyat Terengganu pun ramai yang kerja cari rezeki di negeri Pahang. Begitulah kiranya jawapan sahabat sejawatan saya dari negeri Pahang.

Bagi saya, kita fokus kepada isu asal dan jangan meleret dengan isu lain yang tak berkenaan.

Akta Perikanan 1985 menetapkan bahawa dari garisan gigi air sehingga jarak 12 batu nautika ialah zon tangkapan nelayan negeri berkenaan. Lebih dari jarak 12 batu nautika sehingga sampai sempadan antarabangsa, mana-mana bot nelayan dari mana-mana negeri adalah dibenarkan untuk menangkap ikan.

Bila saya sebut, bot nelayan Pahang dengan tenda warna kuning menceroboh zon tangkapan nelayan Terengganu bermakna bot pukat tunda zon C dan C2 dari negeri jiran melakukan aktiviti pukat tunda di Perairan Terengganu kurang dari jarak 12 batu nautika dari pantai.

Mereka telah melakukan 2 kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di zon yang dikhususkan untuk nelayan negeri tersebut dan melakukan aktiviti pukat tunda di zon yang tak dibenarkan. Zon yang dibenarkan aktiviti pukat tunda ialah jarak 12 batu nautika ke atas. Bukan hanya nelayan negeri jiran malah nelayan Terengganu juga tak dibenarkan menggunakan pukat tunda dalam zon kurang dari 12 batu nautika.

Dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang saya sertai sendiri, banyak bot pukat tunda tenda kuning negeri jiran yang kita telah tahan sedang menunda hanya pada jarak 6 atau 7 batu nautika sahaja dari pantai Terengganu. Ini adalah zon tangkapan nelayan sampan zon A Negeri Terengganu.

Dalam zon inilah kita labuhkan tukun dan unjam. Mari pukat tunda mereka kokok habis! Tekong dan krew bot warga asing kebanyakkannya dari Myanmar. Apakah pemilik bot pukat tunda negeri jiran tidak memahamkan tekong dan krew bot mereka dengan undang-undang yang perlu dipatuhi.

Undang-undang ini bukan Kerajaan Terengganu yang buat. Bila disebut Akta Perikanan 1985 bermakna ia digubal di Parlimen. Undang-undang yang digubal di Dewan Undangan Negeri dipanggil Enakmen.

Kita perlu uruskan setiap permasalahan dengan punca kuasa yang sedia ada.
Penguatkuasaan juga mesti dibawah Akta sedia ada. Jangan kita divert isu dengan ungkit hal lain. Rakyat negeri lain pun ramai kerja di Terengganu tapi bukan itu isunya.

Dr Azman Ibrahim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru iols tahu antara negeri pun ada senpadan air..hihi..ingat ke boleh je nelayan gi mana2 as long as dlm perairan malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
uik... camtu rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:59 AM | Show all posts
2 negeri ni je ke atau setiap state pun ada sempadan perairan

mcm sempadan negeri tu?

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tetapi kalau minyak & gas...semuanya milik Ahmad Albab...tuan2,puan2..tak kisah la kt negeri orang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 31-1-2026 11:59 AM
2 negeri ni je ke atau setiap state pun ada sempadan perairan

mcm sempadan negeri tu?

Mana ada. Isu dia hasil pendaratan ikan kat jeti kuantan lagi banyak dari jeti di ganu. Terus meroyan la pakcik exco ganu ni kononnya nelayan pahang pi tangkap ikan kat ganu.

Padahal isu sebenarnya nelayan ganu lagi suka mendaratkan ikan kat pahang sebab kemudahan tiptop & ada pembeli yg ramai disitu compare dgn di ganu.

Tp biasa la exco bangang ni mana nak mengaku kalah. Mcm mana la boleh dapat Dr dia ni.

Lepas ni kerajaan negeri pahang pun boleh la halau geng felda2 di pahang yg asal ganu tu. Depa ni pun menghabihkan sumber alam pahang jugak mcm peneroka durian raub tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 31-1-2026 01:42 PM
Mana ada. Isu dia hasil pendaratan ikan kat jeti kuantan lagi banyak dari jeti di ganu. Terus mero ...

Itu yg iols pelik ada juga kes sebegini? Rupanya sbb hasil ikan lg byk mendarta di jeti kuantan tu yg dorg meroyan..dorg kena improvise la jeti kat trg tu bg tarikan more to nelayan. Ntah2 kat trg tu middleman amik terlalu low price tu yg ramai xmo mendarat di trg.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 05:06 PM | Show all posts
Ok lah berebut ikan, daripada berebut air sungai macam kat dua negeri pantai barat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2026 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nelayan kat pahang pun ramai yg asal dari teganu & kelantam
Ikan di perairan teganu dah tak banyak & tak sedap sebab pencemaran lautan dek aktiviti o&g
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak tahu dh masuk border.
Untung Ganu kawasan pantai luas. Tp mcm tk masuk akal.. Kawasan persisiran Pahang kecil untuk negeri yg besar. Patut ada kawasan yg boleh di kongsi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 31-1-2026 12:11 PM
tetapi kalau minyak & gas...semuanya milik Ahmad Albab...tuan2,puan2..tak kisah la kt negeri orang.. ...

Indeed.

Masa dia nak tuntut Royalti Minyak dia kata had laut negeri sampai hingga 200 batu nautika.

Masa dia nak halau nelayan negeri lain dia kata had laut negeri 12 batu nautika.

Dengan rakyat Negeri sebelah pun dia boleh cari gaduh semata2 nak main sentimen. Yg nelayan trengganu pergi daratkan kat kat pahang tu tak pulak dia usaha untuk kembali mendaratkan di terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 12:01 PM | Show all posts
kalau jual kat pahang mahal sikit harga dia kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2026 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ihtisyam1 replied at 1-2-2026 12:01 PM
kalau jual kat pahang mahal sikit harga dia kot

Benda ni bukan baru berlaku. News dari 2022 dah cerita pasal nelayan dari Ganu suka daratkan ikan di pahang ni.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/nelayan-terengganu-terpaksa-darat-ikan-di-negeri-jiran/

KUALA TERENGGANU: Jumlah tangkapan ikan di perairan Terengganu antara paling ba­nyak di negara ini, namun harga ikan di negeri ini lebih mahal berbanding negeri-negeri lain. Ia berlaku apabila keba­nyakan nelayan terpaksa mendaratkan tangkapan mereka di pelabuhan perikanan Tok Bali, Kelantan serta Kuantan, Pahang ekoran kesukaran mendaratkan ikan di negeri sendiri disebabkan muara sungai dan pelabuhan perikanan yang cetek. Hasil laut yang didaratkan di negeri-negeri jiran itu kemudian dibawa balik...

Dari tahun 2022 dia jadi exco, apa tindakan dia utk atasi masalah ini selain menyalahkan org lain. Bodoh punya exco.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 31-1-2026 11:29 AM
Baru iols tahu antara negeri pun ada senpadan air..hihi..ingat ke boleh je nelayan gi mana2 as long  ...

Kalau lesen bot bukan perikanan pun ada syarat am lesen tak boleh masuk sempadan negeri lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Le... Puncanya penyelenggaraan jeti le ni. Isk patut selidik dulu sblm nak berhujah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mejaputih at 2-2-2026 07:02 PM
Apoo replied at 1-2-2026 09:52 PM
Benda ni bukan baru berlaku. News dari 2022 dah cerita pasal nelayan dari Ganu suka daratkan ikan  ...


No wonder harga ikan kat trg mahal...rupanya mendarat kat negeri lain dulu br transport masuk trg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 08:40 AM | Show all posts
Apoo replied at 31-1-2026 01:42 PM
Mana ada. Isu dia hasil pendaratan ikan kat jeti kuantan lagi banyak dari jeti di ganu. Terus mero ...

ooo kesahnya

bodoh tak bersempadan


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:51 AM | Show all posts
apa tunggu lagi.. berogocoh la sek2 mung makang ikang aye  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 31-1-2026 01:42 PM
Mana ada. Isu dia hasil pendaratan ikan kat jeti kuantan lagi banyak dari jeti di ganu. Terus mero ...

Kalau kat felda tu seluruh Malaysia ada
Felda2 kat Pahang mcm Selangor gak
Penuh org luar jerr
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:08 AM | Show all posts
Masih ada lagi perselisihan macam ni ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 1.780293 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list