CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 46952|Reply: 0

[Kedah] Kampung Angkat Madani: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak

[Copy link]
Post time 1-2-2026 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Kampung Angkat Madani: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak

BERNAMA




PROJEK pembangunan di Kampung Tok Kepak dekat Kodiang di bawah Program Kampung Angkat MADANI 2025. FOTO Ihsan KPKT



Alor Setar: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan sepenuhnya projek pembangunan di Kampung Tok Kepak dekat Kodiang di bawah Program Kampung Angkat MADANI 2025.

Majlis penyerahan rasmi projek itu disempurnakan Ketua Setiausaha KPKT Datuk Dr M Noor Azman Taib di pekarangan Masjid Al-Huda, semalam.

Beliau berkata, projek utama dan penambahbaikan kemudahan itu sebahagian daripada strategi kerajaan untuk merapatkan jurang infrastruktur antara desa dan bandar dengan memfokuskan kawasan yang benar-benar memerlukan perhatian khusus dalam konteks kemudahan asas.

"Kejayaan pembangunan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan sampai ke peringkat akar umbi secara cepat, mudah dan berkesan.

"Saya berharap semua kemudahan yang disediakan ini dijaga dan digunakan sebaik mungkin supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk untuk jangka masa panjang dan dinikmati generasi akan datang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemilihan Kampung Tok Kepak berlandaskan Garis Panduan Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI 2025, memandangkan status kampung itu sebagai kawasan luar bandar yang terpinggir dan memerlukan prasarana seperti jalan, dewan dan lampu jalan.

"Projek berimpak tinggi melalui peruntukan RM1 juta diluluskan Kementerian Kewangan melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan sosial telah dilaksanakan dengan jayanya bagi manfaat kira-kira 300 penduduk setempat.

"Antara projek utama yang siap sepenuhnya ialah naik taraf Tabika KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), naik taraf menara dan dapur masjid, surau serta Tabika Islam selain pemasangan penyaman udara dan kelengkapan di Tabika KEMAS, dewan komuniti dan balai raya," katanya.

M Noor Azman berkata antara projek lain yang dilaksanakan ialah pemasangan lampu jalan jenis solar, pembinaan dataran awam di hadapan Sekolah Kebangsaan Tok Kepak, kerja landskap di sekolah itu dan masjid, naik taraf taman permainan Tabika KEMAS serta Program Baik Pulih Rumah dan Program Bina Baharu Rumah Bandar.

Sempena majlis penyerahan projek itu, pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat turut diadakan termasuk Jualan Rahmah, pemeriksaan kesihatan dan gunting rambut serta tukar minyak hitam motosikal secara percuma.



Disiarkan pada: Februari 1, 2026 @ 1:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1317829/kampung-angkat-madani-kpkt-siapkan-projek-pembangunan-di-kampung-tok-kepak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054761 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list