CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46166|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siasatan dana zakat: SPRM jangka panggil beberapa individu lagi

[Copy link]
Post time 1-2-2026 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Siasatan dana zakat: SPRM jangka panggil beberapa individu lagi

Audrey Dermawan - Februari 1, 2026 @ 12:10pm




Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy



GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa yang membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy berkata, agensi itu kini menjalankan siasatan terperinci terhadap kes berkenaan.

"Ya, kami akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut pada peringkat ini kerana SPRM masih menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini hari ini.

Terdahulu, Karunanithy mengadakan lawatan ke beberapa 'thaneer panthal' (gerai minuman) di kawasan berkenaan, yang mana sebanyak 182 gerai berhias di sepanjang laluan sejauh dua kilometer menuju ke kuil di Jalan Air Terjun.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salah guna kuasa oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Siasatan itu dimulakan selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membangkitkan isu berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada penghujung tahun lalu.

Siasatan bertujuan mengesahkan perkara itu serta menentukan sama ada wujud unsur salah laku atau isu berkaitan tadbir urus seperti dakwaan.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat MAINPP sebelum ini berkata ia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM itu.

Semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri akan memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas terhadap dakwaan itu.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1504077/siasatan-dana-zakat-sprm-jangka-panggil-beberapa-individu-lagi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 1.339947 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list