CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25536|Reply: 0

Klang Selatan dapat OCPD baharu, Jit Huey ganti Ramli

[Copy link]
Post time 20-2-2026 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Klang Selatan dapat OCPD baharu, Jit Huey ganti Ramli

Norzamira Che Noh - Februari 20, 2026 @ 10:45am




Datuk Shazeli Kahar (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa oleh Asisten Komisioner Ramli Kasa (kiri) kepada Asisten Komisioner Lim Jit Huey pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan di IPD Klang Selatan, hari ini. - NSTP/FAIZ ANUAR



KLANG: Timbalan Ketua Urus Setia (Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (OCPD) Klang Selatan yang baharu, berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Asisten Komisioner Ramli Kasa yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas di antara Jit Huey dan Ramli disempurnakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Shazeli berkata, Polis Selangor meletakkan keyakinan tinggi pada Jit Huey untuk meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan IPD Klang Selatan seperti ditunjukkan Ketua Polis Daerah sebelum ini.

"Saya memohon masyarakat memberikan kerjasama yang baik kepada beliau untuk memimpin PDRM di Klang Selatan," katanya.

Sementara itu, Jit Huey berkata, beliau akan melakukan pemerhatian sebelum melakukan sebarang transformasi di IPD Klang Selatan.

"Sebelum ke sini, saya dimaklumkan Klang Selatan adalah daerah kompleks dari segi ekonomi, sosial dan aktiviti jenayah yang sering menarik perhatian. Saya percaya pasukan sebelum ini memainkan peranan baik dengan kes yang menarik perhatian diselesaikan dengan baik.

"Saya juga mungkin guna pakai sedikit sebanyak cadangan teknologi baharu untuk memudahkan kerja dengan pengalaman di jabatan sebelum ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2026/02/1511474/klang-selatan-dapat-ocpd-baharu-jit-huey-ganti-ramli





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.623674 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list