View: 11806|Reply: 249
|
Belajar atau kahwin?
[Copy link]
|
|
Fikir buruk baik sebelum ambil keputusan Oleh Ruhaiza Rusmin
[email protected]
JANGAN JADI BEGINI...jangan jadikan faktor persekitaransebagai alasan terbabit dalamperkara mungkar sebaliknyasalahkan diri sendiri keranagagal mengawal nafsu.
APAKAH agaknya reaksi anda apabila anak atau rakan sebaya menyuarakan hasrat berkahwin sedangkan pada masa sama, dia bergelut dengan tanggungjawab besar sebagai pelajar di menara gading?
Adakah anda bersetuju atau menganggapnya tindakan luar jangkauan? Biarpun dipalit pelbagai tanggapan, hakikatnya budaya kahwin ketika belajar sudah lama berlaku di kalangan mahasiswa, malah ramai bertemu jodoh di kampus.
Bebanan dan tanggungjawab sebagai pelajar juga tidak menjadi halangan mencari teman hidup hingga berani membuat keputusan menamatkan zaman bujang apabila bertemu pasangan sesuai.
Bagaimanapun, ada beranggapan tindakan itu kurang bijak dan sengaja mengundang nahas kerana memperjudikan nasib dan masa depan yang masih samar.
Ada menyokong kerana berpendapat itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan gejala sosial yang menjatuhkan maruah keluarga.
Persoalannya, salahkah jika ingin berkahwin atau ia hanya untuk memenuhi kehendak peribadi semata-mata?
Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Melati Sumari berkata, mereka yang ingin berkahwin sewaktu belajar perlu berfikir sedalam-dalamnya selain tidak dikuasai emosi semata-mata.
Beliau berkata, perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat dan bukan keseronokan sementara hanya bagi memenuhi tuntutan biologi.
"Perkahwinan menjurus kepada persediaan memikul tanggungjawab dan membangunkan institusi keluarga serta masyarakat. Ia adalah komitmen yang menuntut pelbagai pengorbanan, cabaran dan kekuatan emosi juga fizikal.
"Ia bukan keseronokan sementara atau tempat 'menayangkan' kehebatan kepada orang lain.
"Malangnya, tidak ramai meletak tanggungjawab itu di tempat teratas, sebaliknya tunduk pada desakan hati serta pemikiran singkat.
"Akibatnya, hidup bersimpang-siur kerana gagal merancang tanggungjawab dengan sempurna," katanya.
Beliau berkata, berkahwin ketika belajar adalah tindakan normal, tidak menyalahi undang-undang juga adat budaya masyarakat, namun kerap dipersoalkan masyarakat yang tidak yakin golongan itu mampu memikul tanggungjawab dengan baik.
"Perkahwinan bukan semudah memetik jari, ada banyak proses serta cabarannya. Sudah tentu masyarakat akan mempersoalkan, adakah golongan yang berkahwin ketika belajar ini mampu melaksanakan tanggungjawab itu?
"Sedangkan mereka juga masih ditanggung ibu bapa, belum bekerja dan mampu menyara diri sepenuhnya, inikan pula mahu menanggung pasangan. Masyarakat menilai dari pelbagai perspektif menyeluruh manakala mahasiswa pula melihatnya dari sisi berbeza.
"Walaupun berkahwin ketika belajar tidak salah, banyak timbal balas perlu diambil kira, bukan sekadar mengaitkannya dengan hukum agama atau alasan logik semata-mata untuk 'menutup' nasihat masyarakat," katanya.
Budaya kahwin ketika belajar terutama di kalangan warga institusi pengajian tinggi meskipun tidak mengundang kontroversi namun masih mengundang persepsi dan komentar berbeza di kalangan masyarakat.
Mengulas reaksi masyarakat itu, beliau berkata, masing-masing berhak menyuarakan pandangan namun individu paling berhak menentukan keputusan adalah mahasiswa.
Menurutnya, jika mereka bersedia dan tegar menerima cabaran, perkahwinan boleh dilaksanakan namun lebih baik hasrat itu ditangguhkan hingga benar-benar bersedia.
"Malangnya, ramai mengambil tindakan drastik kerana merasakan diri sudah bersedia dan tidak sanggup berpisah dengan pasangan. Mereka tahu segala risiko tapi tetap melakukannya kerana perasaan sayang.
"Akhirnya kecundang di tengah jalan dan menyesal berpanjangan kerana sedar tidak dapat memberi sepenuh komitmen terhadap institusi perkahwinan juga pengajian.
"Segala yang indah dan muluk akhirnya menjadi mimpi ngeri. Lebih menyedihkan, apabila ibu bapa turut terheret menanggung mereka.
"Meneliti senario ini, tentu tidak salah kalau ramai pihak tidak bersetuju. Mereka bukan menghalang, cuma mengingatkan komplikasi di sebalik tindakan itu," katanya mengakui mahasiswa yang berkahwin juga perlu bijak bermain dengan masa dan emosi.
"Apabila berkahwin, tanggungjawab bertambah. Selain menumpukan perhatian pada pengajian, perasaan, emosi dan kehendak pasangan juga perlu dilunaskan.
"Dengan kata lain, kematangan dalam setiap sudut diri mahasiswa perlu dipergunakan sepenuhnya. Tiada lagi tindakan kebudak-budakan atau mengikut kata hati kerana dunia perkahwinan adalah realiti.
"Malah tumpuan bukan saja pada pasangan, perhubungan antara keluarga juga perlu diselarikan supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif mahupun konflik," katanya.
Selain kekuatan emosi, mahasiswa juga perlu meletakkan asas ekonomi sebagai agenda utama apatah lagi jika masing- masing sedang belajar.
Menurutnya, faktor ekonomi boleh menjuruskan pasangan kepada kebahagiaan mahupun kemudaratan perhubungan kerana mereka tiada sumber kewangan kukuh bagi menampung perbelanjaan.
"Sebagai pelajar, faktor kewangan menjadi agenda utama. Persoalannya, dalam keadaan ekonomi tidak stabil selain tempoh pengajian masih berbaki, dapatkah mereka bertahan?
"Komitmen juga semakin tinggi di samping terpaksa membiasakan diri dengan suasana baru. Mahasiswa yang tidak kuat, pasti tersungkur dan akhirnya menamatkan pengajian semata-mata mahu melunaskan syarat pada awal pengajian," katanya.
Beliau juga bersetuju, sebahagian besar mahasiswa yang berkahwin sewaktu belajar tidak mampu memperoleh keputusan cemerlang kerana terikat dengan pelbagai masalah.
"Kebanyakan meneruskan pengajian dalam keadaan tertekan, penat dan letih hingga menjejaskan mutu pencapaian. Memang ada yang berjaya namun keputusannya tidak cemerlang.
"Bayangkan, dengan keputusan cukup makan, bagaimana pula ingin bersaing dengan graduan lain. Walaupun mengakui ada yang berjaya, namun tidak ramai dan hanya kes terpencil.
"Justeru, mereka yang ada keinginan untuk berkahwin ketika belajar, fahami tujuan sebenar perkahwinan itu dan jangan mengambil tindakan terburu-buru kerana musibahnya sangat besar," katanya.
Ditanya adakah perkahwinan itu boleh menjadi benteng terjebak gejala sosial, beliau berkata, diri sendiri menjadi penentu dalam menentukan setiap tindakan serta hala tuju.
"Ramai menyalahkan faktor persekitaran namun sebenarnya, diri sendirilah yang menjadi 'hakim' dalam menilai dan menggerakkan segala tindakan.
"Sebagai golongan terpelajar, gunakan kelebihan itu untuk membuat keputusan matang bagi kebahagiaan diri sendiri dan masa depan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
BERJAYA...ada graduan suami isteri berjaya memperoleh keputusan cemerlang namunjumlahnya tidak ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalahnya? Ramai je yg kawen masa study, esp kalu yg dok obersi, ok jer grad.
Dah kawen pandai2 ler uruskan pelajaran & rumahtangga. |
|
|
|
|
|
|
|
Si penulis tu mungkin tak penah mendekati pasangan suami isteri yg kawen masa belajar, cuba lerr pi interbiu sorang dua, terutama yg dah kawen dekat 20 tahun, anak2 pun dah besar.
Ni men tulis ikut pendapat je, tak mencerminkan yg sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg kawin waktu study dulu..alhamdulillah xder apa2 halangan |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi pong yg kawen masa study ni bukannya remaja mentah pon...rata2 umur atas 20 tahun. Kalu budak sekolah tu lain la. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi pong yg kawen masa study ni bukannya remaja mentah pon...rata2 umur atas 20 tahun. Kalu budak s ...
tabirhitam Post at 14-7-2011 09:06
pendapat saya hampir sama dgn artikel ni. buat satu-satu, selesaikan satu-satu.
ank lelaki saya 22 begitu juga tmn perempuannya. saya katakan pada mereka
habiskan study dulu kalau mmg jodoh insyaallah.. bagi saya tak sesuai utk mereka
kahwin dulu sambil belajar. dua-duanya dlm medical line sgt sibuk. lebih baik selesaikan
satu-persatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah couple tu... ELOK lah kahwin je... nikah dulu pun boleh...
Majlis nanti la lepas graduate ke...
Drpd termengandung tengah belajar... langsung... mak bapak malu, pelajaran hancusss... anaknya tak sah taraf... camne?? |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat saya hampir sama dgn artikel ni. buat satu-satu, selesaikan satu-satu.
ank lelaki saya 2 ...
arasham Post at 14-7-2011 09:13
Ambo dulu kawen masa study, hehe.
Tu pasal ambo boleh kata ok je kalu depa nak kawen, inshaAllah.
Rumahtangga ni manader aman 24/7, kawen masa study pun ada masalah, kawen lepas study pun sama.
Sebenarnya, kawen masa study ni keadaannya tak ler sama sangat dengan kawen lepas study atau masa umur dah lebih sikit.
Kawan ambo ada yg dapat baby pun masa tgh study, alhamdulillah grad cemerlang jua.
Yg tak menjadi tu mungkin faktor peribadi, tapi tak leh pukul rata kata study masa kawen mengganggu pelajaran.
Yg penting, anak teruna yg nak jadi suami tu kena matang sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu kita kata kawen masa study mengganggu study, camana pulak kes pasangan yg melanjutkan pelajaran peringkat master atau phd, terutama kat obesi?
Ada yg suami study, isteri dtg temankan dengan anak2, atau sebaliknya.
Ada yg dua2 pun study juga.
Yg ambo nampak, tak delah mengganggu study. |
|
|
|
|
|
|
|
Ekceli, sepupu ambo kat europe sana pun tengah melobi ayahnya mintak kawen, hehe. dah 23 tahun dah.
Kesian ambo nengok, ayahnya menentang habis-habisan. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya kalau kawin time belajar nie, komitmen kita kepada pelajaran tu dah tak 100%. Kat kepala 30% duit belanja, 20% pelajaran, 20% t'jwb terhadap isteri/suami/keluarga dan 30% seks. So performance dia takkan 100% mcm pelajar yg masih bujang. |
|
|
|
|
|
|
|
ala, mod,...yg bujang tu ye ke komitmen depa kat studies 100%, nak2 yg dah ada bf/gf...hari2 dok pikir pasai kawen camano?
Saya bagi contoh, camana lak pasangan suami isteri yg melanjutkan study peringkat masters/phd...bukan ke kawen sambil study jugak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by capiloton at 14-7-2011 09:56
muda lagi tak payah kawin lah.. sex bebas lagi bes..
bole bertukar2 teman di ranjang..
masa kat unibersiti la tempat yang best carik betina untuk di servis..
skang ni bukannya susah pun nak dapat ayam.. betina murahan bersepah2..
ayat2 sket, puji2 sket, belanja sket2.. dah bole dapat apam free..
dah la takde komitmen, sedap pulak tu..
buat ape nak kawin awal2.. rugi jer..
mengganggu study pulak nanti..
mak bapak sekarang pun tak kisah kalo sex bebas..
diaorang bukannya tau pun..
yang penting janji kat diaorang nak belikan rumah lepas grad nanti..
senyum lebau la diaorang nanti..
mulut mesti mau maniss... hak hak hak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawin n belajar lepas tue banyak....but masa study n kawin, rasanya tak berapa nak bagus laa...nak-nak income and nafsu....adush!! |
|
|
|
|
|
|
|
pilihan ketiga:
memantat je.
senangkan? :re: |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan nye, remaja/belia 18-25 tahun ni , mmg tgk memuncak hormon seks mereka, maklum la yg lelaki tak penah tgk pu.ki, yg pompuan, tak penah tgk batang....jd kawin jer la...
tak payah la ikut budaya barat, budaya kiasu..yg kena berjaya dulu baru la nak kawin....
kena ada keta, umah, duit byk baru nak kawin.........
sebab kalo ikut zaman datuk nenek kita pun, umur 16 keatas dh buleh kawin dah........
zaman sekarang jer semua nak jaga status.........
last2 terjerumus ... |
|
|
|
|
|
|
|
time kat U la dunia sebenar...buat apa la kawin awal2........ |
|
|
|
|
|
|
|
teda duit nak kawen time belajar |
|
|
|
|
|
|
| |
|