dah ada belum topix sal filem ni? cam menarik...filem epik kalau ada umi aida mmg best punya..latar zaman jepun.
tajuk: azazil jangka tayang : 2012 pengarah: kabir bhatia screenplay : mira mustafa, elfie palermo pelakon: umie aida, remy ishak, diana danielle, sharnaz ahmad terbitan: primeworks studio + filmscape
Azazil Mula Penggambaran Mulai 3 Ogos
Baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis bacaan doa selamat bersempena penggambaran filem terbaru kerjasama Filmscape Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul, ‘Azazil’. Majlis yang berlangsung di pejabat Filmscape di Mutiara Damansara ini telah dihadiri oleh pengarah, para pelakon, kru produksi dan rakan-rakan media.
Filem ‘Azazil’ bakal dibintangi oleh Umie Aida, Remy Ishak, Diana Danielle, Sharnaaz dan ramai lagi. ‘Azazil’ yang merupakan filem seram pertama arahan sutradara terkenal, Kabir Bhatia ini akan memulakan penggambarannya di Ulu Yam bermula esok, 3 Ogos 2011.
“Filem ‘Azazil’ yang berlatarbelakangkan sebuah kampung pada sekitar tahun 1945 ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang sering diganggu oleh seekor makhluk. Skrip filem ini ditulis oleh Elfie Palermo, namun skrip asalnya dibuat oleh Mira Mustaffa.
“Idea ini datang selepas perbincangan bersama antara Elfie dengan orang-orang di Filmscape. Saya begitu teruja kerana ini merupakan filem seram pertama arahan saya,” ujar Kabir Bhatia ketika ditemui pada majlis tersebut.
“Filem ‘Azazil’ bukan seperti kisah seram yang selalu kita tonton di mana tiba-tiba saja keluar hantu. Filem yang akan menggunakan sedikit teknik CGI ini ada banyak lapisannya dan dia tidak ‘straight forward’. Bagi saya, judul filem ini sendiri sudah menjadi satu tarikan di mana orang pasti akan terfikir siapa sebenarnya Azazil itu.”
“Filem ‘Azazil’ akan menjalani penggambaran selama 28 hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Semestinya ia menjadi cabaran kepada semua pelakon dan kru kerana filem ini dibuat ketika bulan puasa. Saya harap semua orang akan okay,” ujar Kabir mengakhiri perbualan.