CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 37943|Reply: 73

Masjid Bersejarah di Melaka (merged)

[Copy link]
Post time 14-9-2011 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by koboi at 22-9-2011 06:44

Terdapat banyak masjid lama di Melaka dan rata-ratanya rekabentuknya sama bercirikan rekabentuk cina yang kelihatan hampir-hampir senibina tokong.
bod ini diharap menjadi platform untuk kita tepek semua cerita mengenai masjid lama di Melaka.

posting masjid lama Melaka (setakat ini):

Masjid Kampung Hulu, Melaka, post #1,#2,#3,#4,#6,#9
Masjid Tengkera @ Tranquerah, Melaka, post #17,#18,#19,#22
Masjid Kampung Kling, Melaka, post #30
Masjid Lama Machap, Melaka, post #41
Masjid Tanjung Kling, Melaka, post #43
Masjid Kampung Duyung, Melaka, post #44
Masjid Serkam Pantai, Melaka, post #47Menara lama masjid Tengkera, Melaka, post #61
Masjid Kampung Bukit China, Melaka, post #64

untuk itu kita mulakan dengan Masjid Kampung Hulu yang sememangnya paling tua di Melaka.





Masjid Kampung Hulu Melaka terletak dibibir pekan cina (Jonker Street) di tengah2 Bandar Melaka.Kalau digoogle, ada dakwaan bahawa masjid ini masjid tertua di Melaka (tak tahulah kebenarannya)
Teman ada mendengar cerita yg masjid ini adalah asalnya dibina oleh seorang Cina (bukan Islam) sbg rumah ibadat (surau) kepada pekerja-pekerjanya yg Islam. Mungkin disebabkan perbuatan baiknya itu, akhirnya Cina (bukan Islam) ini terbuka hatinya memeluk Islam dan mati sebagai seorang Islam. Rumah ibadat yg ada ini terus dimakmurkan dan menjadi Masjid Kg Hulu sehinggalah sekarang.
Sekarang ini Masjid ini sangat popular dengan senibina unik tradisional cinanya dan saban hari penuh dengan musafir yg menjadikan masjid ini tempat berteduh. Dan lagi, masjid ini juga sngat popular dijadikan tempat org bersedekah utk sesuatu hajat/niat, dan ramai juga yang gemar mengambil air kolam masjid ini utk tujuan perubatan.


Teman harap kalau sapa2 yg tahu cerita pasal sejarah Masjid Kg Hulu seperti yg teman cerita tu dgn lebih jelas, kongsikanlah disini...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2011 07:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by koboi at 20-9-2011 13:54




Tabuh yang terletak betul betul diatas pintu masuk Masjid Hulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 07:03 PM | Show all posts
Ikut cerita yang menjaganya, menara ini dah beberapa kali dibaikpulih dan ditukar bentuknya.





kolam masjid kg hulu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 07:05 PM | Show all posts
tangga utama masjid kg hulu



ruang solat utama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 07:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by koboi at 20-9-2011 13:55

Mimbar Masjid Kg Hulu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 07:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by koboi at 20-9-2011 13:55

Ruang solat Masjid Kg Hulu



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 08:39 PM | Show all posts
Pernah solat sekali di masjid ni.....
Takut sbb kat luar tu ada je anjing lalu lalang....
Tapi tu dulu, tahun 90an....skrg tak tau mcmana....

Koboi dah jengah?.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:07 PM | Show all posts
masjid ini klu ikut kata org. kat sana memang menjadi tempat "keramat" ( org mlk yg bercerita entah betul @ tak x tahu lahh..) ...byk kisahnya klu aku story kat sini...takut ada yg taksub pulak percaya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 09:08 PM | Show all posts
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.

Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.

Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.

Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.

Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.

Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.

Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet.




[sunting] RujukanEd. Martin Frishman and Hasan-Uddin Khan. 1994. The Mosque: History, Architectural Development and Regional Diversity. London: Thames and Hudson, 237-238.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 10:27 PM | Show all posts
Pernah solat sekali di masjid ni.....
Takut sbb kat luar tu ada je anjing lalu lalang....
Tapi tu dulu, tahun 90an....skrg tak tau mcmana....
Koboi dah jengah?.....
jazaa Post at 14-9-2011 20:39

mmg logiknye byk anjing di luar masjid sbb kawasan tu kawasan cina

jengah?
mmg selalu ke situ sebab ahli kariah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 10:28 PM | Show all posts
masjid ini klu ikut kata org. kat sana memang menjadi tempat "keramat" ( org mlk yg bercerita entah betul @ tak x tahu lahh..) ...byk kisahnya klu aku story kat sini...takut ada yg taksub pulak percaya ...
Afrin Post at 14-9-2011 21:07



itulah....

nak cerita tang tu pun x berani nak cerita sebarangan
tp mmg ramai yg anggap gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 10:29 PM | Show all posts
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daera ...
Afrin Post at 14-9-2011 21:08

tq!

cerita yg lebih lengkap dan jelas
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 09:57 AM | Show all posts
Masjid nie mmg tgh2 kawasan berniaga org2 Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 03:33 PM | Show all posts
pernah pergi ke melaka tp tak berkesempatan nak pergi ke masjid ini....
rasa menyesal lak tak pergi nak tgk keadaan masjid tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 06:05 PM | Show all posts
Saya ada beberapa kali pergi Masjid Kg Hulu.. Kubur sapa yang ada didepan Masjid Kg Hulu nie.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 08:22 PM | Show all posts
Koboi orang melaka ke?.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2011 09:42 AM | Show all posts

Masjid Tengkera @ Tranquerah, Melaka

Post Last Edit by koboi at 18-9-2011 09:47

Sejarah dan latarbelakang Masjid Tengkera adalah masjid yang kedua tertua di negeri Melaka. Ia di bina pada tahun 1728 (M) bersamaan 1141 (H). Dari sudut seni bina menggabungkan senibina Cina dan Islam dan mempunyai persamaan dengan masjid Kg. Laut di Kelantan. Di samping mempunyai bentuk yang sama dengan masjid Demak di tanah Jawa Indonesia. Keunikan masjid ini mempunyai seni bina yang sangat halus disegenap sudut, baik di pintu masuk tingkap,dinding,tangga,mimbar,menara dan pintu gerbangnya. Dihiasi dengan batu mar-mar Cina yang indah. Berhampiran dengan masjid terdapat makam Sultan Husin Shah, Sultan Johor yang telah menyerahkan Singapura sebagai jajahan takluk Johor kepada Syarikat Hindia Timur - Inggeris pada tahun 1819. Menjadi tumpuan para pelancong dan di bawah pengawasan Jab. Muzium Negeri Melaka.
Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berdekatan dekat Jalan Gajah Berang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah pertama kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga merupakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.

Pada asalnya, Masjid Tengkera ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Sumatera. Masjid ini telah diperbaharui beberapa kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhammad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhammad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

Sumber:
(a) Fauziah Abd. Ralip, (2002). Tanah Bersejarah. Selangor: Pustaka Cita Tinggi
(b) Mohamed Rosean Abdul Malek, (1998). Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Melada Bandar Raya Bersejarah. Petaling Jaya: Oscar Book International.
(c) Suraya, (1995). Melaka Bandaraya Bersejarah. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas.
(d) Shahidah Sulaiman, (1997). Melaka Bandar Raya Bersejarah. Petaling Jaya: Penerbit Setiamas.






* masjid ini masjid kedua tertua di melaka selepas masjid kampung hulu dan terletak 2-3 km dari pelabuhan melaka kesultanan melaka. ada sapa-sapa yg tahu cerita2 tambahan masjid ini? bolehlah kongsi sama...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2011 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by koboi at 20-9-2011 13:56

sekitar gambar Masjid Tengkera










salah sebuah lagi masjid di melaka yg sangat kaya dengan senibina cinanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2011 09:45 AM | Show all posts
Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Koboi orang melaka ke?.....
jazaa Post at 15-9-2011 20:22


koboi orang melaka jazaaa
jazaa orang melaka jugak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.278345 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list