CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5285|Reply: 26

Terengganu ke Final Piala Malaysia 2011

[Copy link]
Post time 23-10-2011 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 : Terengganu vs N. Sembilan
Tarikh : 29 Oktober 2011, Sabtu
Venue : Stadium Shah Alam, Selangor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2011 07:55 PM | Show all posts
Terengganu, N.Sembilan ke final


SUKOR ADAN (kiri) mengesahkan kemaraan Negeri Sembilan ketika mereka menewaskan T-Team 2-1 di Paroi malam tadi.

TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.


Sumber Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 09:45 PM | Show all posts
Tahniah Skuad PENYU...
sejarah 2001 mungkin berulang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 11:15 PM | Show all posts
ganu jadi juara setiap 10 tahun ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 09:24 AM | Show all posts
kenapa bukan di stadium bkt jalil?jauh dan susah nak pergi la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:12 PM | Show all posts
kenapa bukan di stadium bkt jalil?jauh dan susah nak pergi la..
cyclotron Post at 24-10-2011 09:24



    xde transport ke ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2011 12:38 PM | Show all posts
memang jauh, kalau bukit jalil aku naik lrt je, shah alam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:54 PM | Show all posts
dpt cuti ke kalau ganu menang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 12:56 PM | Show all posts
xde transport ke ?
tuan_wu Post at 24-10-2011 12:12


ada..tapi leceh ar sikit nak drive,pah pulok lening belah-belah selangor kl ni hujan sokmo tiap2 petang..kalau di stadium bukit jalil ok, gi ngan lrt je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:59 PM | Show all posts
dpt cuti ke kalau ganu menang?
sekayu Post at 24-10-2011 12:54



dengornya mad said nak bagi ahad maring cuti kalau ganu n t team dua-dua menang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:11 PM | Show all posts
ada..tapi leceh ar sikit nak drive,pah pulok lening belah-belah selangor kl ni hujan sokmo tiap2 ...
cyclotron Post at 24-10-2011 12:56



    kalu deme duk shah alam atau glenmarie mesti senang nk gi.......hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:12 PM | Show all posts
kalu deme duk shah alam atau glenmarie mesti senang nk gi.......hehe
tuan_wu Post at 24-10-2011 13:11


ambe duk antara bangi n sepang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:36 PM | Show all posts
ambe duk antara bangi n sepang..
cyclotron Post at 24-10-2011 13:12



    tp ambe dok setuju tgk padang SSA......buruk wehhh...ger tempat kuba berkubang.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 04:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by nazraku at 25-10-2011 11:30

antara pencapaian Terengganu di Piala Malaysia

2005 Separuh Akhir
2006 Suku Akhir
2007 Separuh Akhir
2008 Separuh Akhir
2009 Separuh Akhir
2010 Suku Akhir
2011 Final
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:03 PM | Show all posts
tiket RM50
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:03 PM | Show all posts
Tiket final Piala Malaysia RM50


2011/10/24

SHAH ALAM: Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
"Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita sudah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Tiket boleh dibeli melalui persatuan bola sepak negeri masing-masing mulai esok.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.

Hamidin berkata, bagi pembahagian tiket perlawanan akhir, setiap pasukan akan diperuntukkan sejumlah 15,000 tiket untuk dijual oleh persatuan bola sepak negeri kepada penyokong masing-masing bermula esok.

"Sekiranya jualan tiket perlawanan akhir itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong masing-masing, FAM akan memberi peruntukan tambahan sebanyak 15,000 tiket," katanya.
Beliau berkata, baki sebanyak 5,000 akan dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang bermula 9 pagi Sabtu ini manakala 15,000 tiket lagi diperuntukkan kepada pihak penaja dan tetamu kehormat.

Hamidin berkata, sejumlah 2,000 anggota keselamatan termasuk anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan ditugaskan untuk menjamin kelancaran perlawanan itu.

Mengenai kualiti padang di Stadium Shah Alam yang dikatakan tidak memenuhi standard permainan, Hamidin berkata Perbadanan Stadium Shah Alam sudah memberi jaminan bahawa kerja membaik pulih sementara stadium akan disiapkan sebelum Sabtu ini.

Stadium Shah Alam yang boleh menampung hingga 80,000 penonton itu akan ditutup sehingga Mac depan selepas perlawanan akhir itu bagi kerja menaiktaraf sepenuhnya stadium itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 07:26 AM | Show all posts
hebak ganu lenim....hehe

anyway, aku ada kat KL mase tu

dulu2 mase mude, redoh gop stadium......lenim dop doh kot...hehe

harap2 ganu menang.....leh cuti sehari....yeye
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:20 AM | Show all posts
teket rm50 pakat nak gi pok2 demo?

mahal weiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:32 AM | Show all posts
aku tak kesah tapi ramai yang kesah...dengar kata nak boikot sampai harga turun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 01:25 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list