Post Last Edit by attokz at 15-12-2011 15:48
Selamat datang ke Teratak Borak @ Sajak/Puisi
rimbun di taman pohon siantan patah sebatang menjadi rendang
dalam senyuman salam sambutan
silakan datang duduk bertandang
pohon jarak tumbuh di semak
di pinggir sawah menahan lukah
sireh sepiak di dalam tepak
silakan jamah meroman wajah
*** Selamat datang teman-teman forumers, ke Teratak Borak @ Sajak/Puisi. Dipersilakan untuk bersembang santai. Kalian boleh sahaja bersembang dengan pelbagai topik, tetapi AMAT DIGALAKKAN bersembang dengan tema kesusasteraan dan puisi.
*** Bahasa Melayu adalah kepunyaan bangsa, jika bukan kita yang menjaganya, siapa lagi? Atas kesedaran ini, AMAT DIGALAKKAN untuk menggunakan/menulis dengan menggunakan laras bahasa yang betul, perkataan yang penuh dan tatabahasa yang sempurna. Bahasa lisan dan bahasa penulisan adalah dua aspek yang BERBEZA. Jika tidak dapat, tiada paksaan dalam perkara ini.
Selamat berborak dengan mencambah tautan muhibah! |