CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15664|Reply: 42

[TEMPAT] Tempat Bersejarah di Melaka by aqua & oceanflavour

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2012 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 20:55



5 Tempat Bersejarah di Melaka.




1. Kampung Tedong






Pengenalan


Kampung Tedong ialah sebuah kampung yang terletak di dalam kawasan Merlimau, Melaka. Kampung Tedong terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Merlimau dan lebih kurang 20 kilometer ke Bandaraya Melaka. Kampung Tedong mempunyai empat bahagian iaitu Kampung Tedong Pantai, Kampung Tedong Pekan, Kampung Tedong Barat dan Kampung Tedong Darat.




Sejarah:



Menurut kisah orang di situ, diceritakan bahawa pada zaman dahulu, sekumpulan petani telah datang ke kuala sebuah sungai dan membina penempatan disitu untuk bercucuk tanam dan berdagang dengan orang setempat. Namun begitu, banjir besar telah berlaku dan menghanyutkan segala jenis tanaman para petani di situ. Kesan dari berlakunya banjir besar ini terbentuknya tali air dan penduduk di situ bergotong-royong membersihkan kawasan di situ.

Ketika mereka membersihkan kawasan berdekatan dengan tali air tersebut, tiba-tiba muncul seekor ular tedong yang amat besar menyusuri tali air tersebut. Memandangkan tempat di situ tiada nama, maka mereka bersepakat untuk memberi nama tempat tersebut sebagai Kampung Tedong. Tali air yang terhasil juga telah diperbesarkan dari semasa ke semasa dan diberi nama Sungai Tedong.


pemadangan di Kampung Tedong.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2012 08:59 AM | Show all posts


2. Persiaran Jonker





Mengenai Persiaran Jonker:

Persiaran Jonker (Bahasa Inggeris: Jonker Walk) yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka.

Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri.

Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.


Kisah Menarik di Persiaran Jonker:

Tanglung besar berwarna merah digantung di semua jalan di Melaka pada Tahun Baru Lunar. Sebuah pentas terbuka di Persiaran Jonker bersedia untuk menyampaikan pelbagai persembahan kebudayaan.

Terdapat banyak kedai-kedai di sepanjang Persiaran Jonker. Kedai-kedai tersebut menjual berjenis-jenis barangan termasuk antik, cenderamata, kuih-muih lazat, produk tempatan dan makanan Nyonya. Restoran pelawat mesra yang membekal makanan barat dan tempatan juga didapati di Persiaran Jonker. Sekiranya anda ingin mengurut kaki, Persiaran Jonker adalah destinasi yang sesuai dikunjungi.

Jika anda berada di sekitar Melaka, ingat menjejak kaki ke Persiaran Jonker untuk menikmati hidangan sahih Melaka dan membeli cenderamat buatan Melaka.


suasana ketika sambutan Tahun Baru Cina di Jonker Walk.




Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 08:59 AM | Show all posts
salam..

Melaka memang terkenal dengan tempat bersejarahnya..tapi tak ramai generasi baru yang tahu...
Baru pasu tau sejarah Kampung Tedong ni melalui thread ni...
penyampaian dan gambar yang sangat informatif..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:03 AM | Show all posts
iols bg RP255 dulu..siapkn task br blh org komen.TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 09:05 AM | Show all posts
3. Villa Sentosa







Kisah Villa Sentosa:

Villa Sentosa ialah sebuah rumah yang terletak di Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya reka bentuk sezaman, rumah itu kemudian dijadikan sebuah muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj. Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani.

Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu,perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik. Pelawat juga boleh menanyakan pemiliknya tentang maklumat tambahan.


pemandangan Villa Sentosa dari jauh.



di dalam muzium.



wajib dikunjungi..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 09:09 AM | Show all posts

4. A Famosa







Sejarah:

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.


dari dalam...




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2012 09:14 AM | Show all posts


5. Bangunan Stadthuys







Sejarah:

Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.




dari sudut lain.





pemandangan waktu malam.


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 09:26

info yang menarik, padat beserta dengan gambar yang cantik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 09:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 09:28

presentation yang menarik dan informasi yang membantu para pelancung dr dalam dan luar negara, gambar yang disertakan juga menarik

nice job

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 09:31

yuhuuuuuu info n gambo yang besh siap ade sesi siang dan malam lagik karlastt hokeh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 09:37

amat menarik minat kak kemal, kak kemal memang suka sejarah melaka and my god i never knew kg tedong existed!!
love those pictures!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 09:43

Berinformatif lengkap ngan gambar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:53 AM | Show all posts
jonker walk ni kat area mana yer? carly kalu pergi melaka selalunya mesti kt tgh2 bandar tue... area A-Famosa sumer tue... .. bleh bg direction x kalu nak pg sini kalu dari A-famosa.... TQ
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 09:58
jonker walk ni kat area mana yer? carly kalu pergi melaka selalunya mesti kt tgh2 bandar tue... area ...
carly_lah Post at 13-3-2012 09:53



   area bndar hilir gk..tunggu TT bg direction
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 09:59 AM | Show all posts
wahh sangat bagus
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 10:08

komen;

gambar yg best..menarik

info pun best dibaca

good luck

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2012 10:07 AM | Show all posts
jonker walk ni kat area mana yer? carly kalu pergi melaka selalunya mesti kt tgh2 bandar tue... area ...
carly_lah Post at 13-3-2012 09:53


zoom in...


zoom out...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:18 AM | Show all posts
lg sorg poremer
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:28 AM | Show all posts
Reply 17# lavender_aqua

kiranya jauh lah yer dari a-famosa tue... nanti kalu carly pergi melaka, nk pg lah jonker walk nie... tp tu lah, jalan dgn anak kan... x leh ler pg banyak tmpt... mana nak control derang lg, mana nak posing lg.. mana nk menengok2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 10:32

komen carly.... thread yg banyak membantu.... sebab carly bukan orang melaka, tp banyak info dan membuat carly tertarik untuk pergi ke sesuatu tempat.... TQ..



p/s  : gambar2 tue yg menyebabkan carly cam nak pergi jer ujung minggu ni ke melaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.390671 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list