CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21835|Reply: 126

~Misteri Mimpi seorang Ibu Hamil~

[Copy link]
Post time 24-3-2012 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Salam 1 Mesia suma. Memandangkan ini adalah first time post thread, kalu ade salah silap harap dimaafkan... Saya budak baru belajar ye..

Tajuk benang ni macam tajuk fiction je kan? Well ekceli, ini merupakan satu kisah benar yang dialami oleh mak aku sendiri.

Ceritanya begini:

Tahun 1974, satu kampung terpencil di Negeri Sembilan

Mak aku time tu tengah sarat mengandungkan kakak aku yang no.3, dalam area 7-8 bulan kot. Kerjaya mak aku time tu adalah suri rumah tangga/penoreh getah professional. Mak dengan abah aku nih masa tu gi menoreh kat kebun milik persendirian di satu kampung yang agak jauh dari rumah kitorang. Mak dengan abah gi menoreh time tu naik basikal buruk je. Orang susah la katakan.   Dorang berdua gi menoreh seawal2 pagi dan balik ke rumah bila dah nak tengahari. Kebun getah tu bukan besar sangat pun. Tapi disebabkan mak aku pregnant time tu jadi lambatlah sikit aktiviti menoreh tu.

            Bila matahari mula tercacak kat kepala, mak pun nak ajak abah balik, tapi abah punya kerja menoreh tak habis2 lagi sebab abah aku ni dia mengopek getah lantun sambil menoreh sekali. So, mak aku ni ambil peluang ni untuk beristirehat sementara menunggu abah aku habis menoreh a.k.a motong gotah.

            Dalam kebun getah tu ada satu anak sungai yang amat jernih airnya. Siap ada ikan kecik main2 lagi. Ikan tu pulak menurut mak aku tersangatlah jinak. Tak lari pun bila kita masuk dalam sungai. Mak aku nih melepak la kat sungai tu. Dia mandi-mandi, berkelah bagai kat situ.    Dalam keheningan tu, tiba-tiba mak aku rasa serem sejuk.  Tapi mak aku buat derk je la. Sampai la abah aku ajak mak aku balik rumah.

           Misterinya berlaku pada sebelah malam.  Ketika seisi keluarga diulit mimpi, mak aku nih turut sama bermimpi. Dalam mimpi mak aku tu, sebijik macam flash back apa yang berlaku siang tadi. Mak aku mandi-mandi sambil berkelah makan cekodok kat tepi anak sungai dalam kebun getah tu.  Tengah seronok-seronok tu, tiba-tiba datang satu jip entah dari mana entah munculnya. Dalam jip tu ada sepasang suami isteri, suami orang melayu pakai baju kot, si isteri pulak minah salih siap pakai baju ala2 baju kate winslet dalam titanic tu.  Kiranya macam pasangan suami isteri orang bangsawan la ni. Dorang turun dari jip n terus gi kat tepi anak sungai kat tempat mak aku beristirehat.

          Si isteri bersuara "Bang, ini lah pompuan yang berani mandi kat tempat kita ni tadi bang," amboi, pandai btol minah salih tu speaking melayu.Hehee...   Si suami muka masam je macam angry bird, berkata kat mak aku, "Siap la kau,"
          Mak aku yang inesen ni diam je tak tau nak buat ape. Tapi sebelum suami dia buat apa-apa kat mak aku, isteri dia terlebih dahulu menghalang laki dia, "Bang, sian kat dia bang. Dia mengandung"  Tapi si laki macam tak pedulikan bini dia, dia melulu menuju kat mak aku n pergelutan berlaku. Mak aku kena cekik dengan laki pompuan tu.

        Tiba-tiba mak aku terjaga dari mimpi dia.  Rupanya abah aku kejutkan mak aku sebab mak aku menjerit jerit sampai seisi keluarga terjaga. Mak aku pun ceritalah pasal mimpi dia.

         Pagi esoknya, abah aku amek EL dari menoreh..hehe.. terus bawak mak aku jumpa abang abah aku. Abang abah aku ni terer sikit dalam hal hal paranormal ni. Abang abah aku ni bagi air penawar kat mak aku, yelah, mak aku kan tengah pregnant. Semangat dah lari kat mana entah.  Abang abah aku suruh abah aku gi campakkan tahi besi (?) kat tempat anak sungai tu. Hari yang sama, Abah aku pun buat apa yang abang dia suruh.  Malam tu, mak aku mimpi lagi. tapi kali ni, dua-dua laki bini tu pandang slack je kat mak aku.    Tu je. Pastu mak aku tak de la mimpi benda tu lagi. Mak aku ni pulak tak serik, anak sungai tu tetap jadi port feveret dia.

       Tu je cerita aku. Sori la tak scary sgt pun. Ada lagi kisah scary tapi kalu korang nak baca la, korang respon, ti aku cerita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 11:26 AM | Show all posts
tak sangka si bini tu kesian..at least ada hati perut macam manusia jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 12:11 PM | Show all posts
ada apa2 jadi ngan kakak TT ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 12:18 PM | Show all posts
Citer la....Naper laki tu marah sgt....berlagaknyer mentang2 la kawen omputih pakai baju ala2 Kate winslet.....perghhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 01:00 PM | Show all posts
ade ape2 pelik x jadi kt kkk TT? sereem je mimpi camtuh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 01:16 PM | Show all posts
citer la lg TT..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2012 01:34 PM | Show all posts
Reply 2# LeaPMarie


    ha, mmg tak sangka bini dia baik.. dah la menyerupai org putih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 01:35 PM | Show all posts
Reply 3# ummiammar


    nasib baik kak tih lahir ok je. tak de la kenan or whatever berlaku kat dia. mungkin disebabkan amalan ibadah mak yg kuat kut berjaya melindungi diri mak n kak tih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2012 01:37 PM | Show all posts
Reply 4# ladida

yelah, mentang2 la bini dia lawa. overprotected btol :@  tumpang mandi pun tak leh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 01:41 PM | Show all posts
Reply 5# zienur

dia lahir ok je, mungkin berkat ibadah sepanjang pregnancy kot.   

dlm adik beradik kak long je lahir tak normal.. dia dapat kenan biawak. sebab time mak mengandung kak long dulu, abah pi bunuh biawak betul2 depan mak. mak macam terkejut sebab biawak tu keluarkan bunyi before dia mati (kena kapak dgn abah).. bila kak long lahir, dia nangis bunyi sebijik macam bunyi suara biawak tu before mati.  

nasib baik arwah atuk pandai mengubat, dia baca2 sket trus ok kak long
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 01:57 PM | Show all posts
Reply  zienur

dia lahir ok je, mungkin berkat ibadah sepanjang pregnancy kot.   

dlm adik b ...
cryingbaby88 Post at 24-3-2012 13:41



   owh..ye ke... ingt lps tu jd mende2 pelik...tkt gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 02:22 PM | Show all posts
Reply 6# zarasofia


    ok, kisah berikutnye pun berkaitan dengan mimpi mak jugak. mak dapat firasat buruk melalui mimpi.

Tahun 1997

            Nak dijadikan cerita macam ni, kak long telah memulakan kerjanya sebagai nurse gigi  selepas tempoh comfinement dia tamat (melahirkan baby girl no.2, Dik Na).  Kak long masih mengekalkan khidmat pengasuh anak sulung dia unt. menjaga kedua2 anaknya sepeninggalan dia bekerja (opis hour).  Masa tu along bertugas di Lenggeng, N.Sembilan.

            Tak semena-mena satu hari, mak menerima panggilan telefon dari along. Along cakap Dik Na nangis tak henti2 lepas dijemput balik dari rumah baby sitter. Bagi susu, taknak. Baring dalam buai, taknak. Senang cite, suma refused la.  Sampai along aku ni jadi panik. Mak suruh along bawak anak dia gi klinik, takut anak dia sakit ke. Tapi masa tu dah lewat malam. Along pulak tinggal kat kuarters tu sorang2 dengan baby n anak sulung dia sebab suami dia out station. Lagipun tak de kenderaan nak kua gi mana2. So, along pun reda je la. Lama2 anak dia berhenti nangis.

         Malam yg sama, di kampung, Mak menerima firasat melaui mimpi dia.

         Dalam mimpi tu, mak tahan satu bas kale hijau. Sebab nak cari cucu dia, Dik-Na. Dik -Na kononnya hilang dalam mimpi mak aku ni. Sgt memelikkan sebab kat kampung tak pernah wujud route laluan bas. Kalu nak gi seremban kena la naik basikal gi kampung sebelah dulu.  Dalam bus tu, mak recognized wajah penumpang2 lain. Adelah dalam 3-4 orang penumpng, tapi dorang senyap je. Tapi yg scarinye disini, penumpang2 tu suma adalah warga kampung yang dah meninggal dunia..

         Perjalanan bus ti berhenti kat masjid kampung, suma penumpang turun. mak pun turun la, ikut je penumpang2 lain. Untuk pengetahuan semua, dekat dengan masjid tu ada tanah perkuburan. Semua penumpang lain bergerak kearah tanah perkuburan tersebut. Mak pun ikut la.... Sampai je kat tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya,  tanah perkuburan kampung aku tu dah lenyap dan diganti dengan satu taman perumahan yang nampak elit sangat. suma rumah besar-besar and glowing.

        Setiap rumah mesti ada orang. Dorang dok menebeng kat balkoni rumah. Yang scarynye, penghuni rumah2 tersebut sumanya org kampung aku yang dah meninggal donia. Penumpang bas tadi masing2 balik umah dorang. tinggal mak aku sorang sorang. Mak aku teruskan perjalanan dia sampai la kak satu rumah. Dalam rumah tu ada arwah nenek (a.k.a mak kepada mak aku) tengah melambai kat mak aku, dan di pangkuannya ada anak buahku, DIK-NA!!!!  

        Nenek senyum je dalam mimpi tu, Dik-Na pulak tersengih je. yelah, budak la katakan. Mak pun datang kat dalam umah tu, mak cakap dengan nenek, "Macam mana Mak boleh jumpa cucu Inab ni?" Nenek tak membalas persoalan mak aku. Dia senyum je. Mak aku ckp lagi, "Inab nak bawak bali cucu Inab ni balik umah ye," Ujar mak aku sambil cuba menghampiri Dik Na, dia dah nak dukung dah cucu dia tu, tapi nenek peluk Dik Na kuat2... macam tak nak bagi je... Pastu, puas mak merayu dalam mimpi.. Menangis2 dia. Akhirnya, nenek pun melepaskan cicit dia tu dari pegangan...

      Mak pun tersedar dari mimpi... Terus dia cerita pasal mimpi dia kat abah.

      Abah suruh mak telefon umah along malam tu juga, suruh along mintak tolong jiran bawak Dik Na gi hospital. Along pun ikut je lah... Bila sampai hospital, doktor buat la x-ray/CT scan/MRI (tak sure mana satu) kat Dik Na.. Finding dia: Dik Na ade fracture kat skull dia. Siap ade bleeding kat otak dia... Pastu, pandai2 la doctor tu buat rawatan. Yang penting pastu Dik Na selamat.

     Ropa ropanya kepala Dik Na tu fracture sebab penggunaan buai besi time kat umah baby sitter. kepala dia terhantuk yg kat besi tu



       Nasib baik Allah bagi petunjuk kat mak awal2, kalu tak, agaknya maybe Dik Na akan  pergi mengikut arwah nenek kot. Kredit untuk abah jugak sebab pandai enterpret mimpi mak.   Skang dah beso panjang dah Dik Na, masuk sekolah teknik dia selepas abes PMR tahun lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 03:18 PM | Show all posts
Wahh best la tt citer ko..alhamdulillah nmpknye mak ko byk dpt pntnjuk dr mimpi..sure mimpi tu dkt2 nk msk subuh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 03:49 PM | Show all posts
org peknen bukan ke mmg sering mimpi2 yg aneh..
aku dulu ms peknen penah mimpi masuk umah nak salin baju dlm bilik ade org tarik aku nak bunuh aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 05:13 PM | Show all posts
salam semua..menarik crita TT...jarang dgr penuggu naik jeep,n ptanda mimpi perumahan mewah elit hu3..ada lgi yg lain x sambung la he3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 06:14 PM | Show all posts
Abang nampak harimau?

Abang aku, Meon, masa tu zaman muda belia lagi. Teenager. Degil and suka ikut kepala sendiri. Tak seberapa alim macam sekarang selepas disantau pada tahun 2005. Santau tu aku nak cite lain kali je.  

       Abang aku ni macamana degil pun, mak n abah akan ikut kehendak dia. Nak moto RXZ, dpt sebijik. Dah dapat moto, apalagi, melepak dengan kengkawan dia sampai 2-3 pagi la.

       Satu malam ni, abang aku seperti biasa melepak dengan kawan2 dia. Dah sampai pukul 2 pagi, dia pun beransur mahu balik rumah. Dia pun bawak la moto dia sampai je kat depan halaman rumah, dia nampak ada dua ekor harimau putih yang besar (saiz lagi besar dari harimau yg kita tgok kat zoo). Dia ingat dia salah pandang. Dia berhenti moto,tapi tak matikan enjin lagi. Memang sah harimau. Harimau putih ni pulak duk je kat depan beranda rumah, bak persis pengawal yang tengah mengawal rumah.

       Abang aku patah balik, tekad untuk tidur kat umah besfren dia malam tu.

       Esoknya, abang aku kena bambu dengan mak n abah sebab tak balik umah .   Abang aku pun bagitau la mak aku yang dia nampak harimau putih dua ekor malam tadi. Mak aku rilek je, "Ha, tulah, sape suruh balik lambat,"

       Selidik punya selidik harimau tu adalah jelmaan "penjaga" keluarga kitorang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2012 06:16 PM | Show all posts
Reply 15# mrjinggozzz
he.. tu la pasal.. maybe makhluk2 ghaib ni nak buat kelainan kot... tak nak la stereotaip je kisah dorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 06:18 PM | Show all posts
Reply 14# Suchi


    Amat setuju dengan Suchi . kawan sekerja aku  pun penah mimpi/dikacau semasa pregnant. Skeri btol cita dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 06:54 PM | Show all posts
harimau tu......seram toll...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 08:54 PM | Show all posts
salam wat tt n sumer..

sonot bace cite tt neh.. penggunaan ayat n bahasa senang difahami.. kemas n teratur. x pening pala nak baca. cite pon besh gak. teruskan tt..

ngah nunggu citer tt yg seterusnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060622 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list