siapa peminat lagu2 90an sure kenal dengan Nike Ardila kan..selain penyanyi, arwah ni pun pelakon..
dia meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun 1995..
ni antara misteri yg ada di kubur Nike Ardila..
ok. setakat ini dulu ye.. aku nak balik lunch jap, nanti petang sambung..
apa2 pun, didoakan roh Nike Ardila ni tenang disana...
sape nikel ardila ni??die mati sebab ape??
gabob94 Post at 18-4-2012 13:54
Nike Ardilla: 14 Tahun Pemergiannya, Al-Fatihah...
Pada awal 90an, seorang penyanyi muda telah menjadi sebutan dalam arena seni suara di Indonesia & Malaysia. Bakat beliau sangat dikagumi oleh peminat bukan sahaja pada suaranya malah bakatnya dalam bidang perfileman. Namun ketika kariernya berada pada landasan yang terbaik, Tuhan lebih menyayangi beliau dan menjemputnya pada usia yang muda. Beliau telah kembali kerahmatullah pada 19 Mac 1995 dalam usia tidak sampai 20 tahun.
Beliau telah terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawanya. Banyak spekulasi yang mengatakan beliau mabuk ketika memandu. Namun ia sekadar anggapan negatif manusia yang mungkin cemburu dengan kejayaannya. Post-motem tidak menjumpai bahan alkohol dalam tubuh beliau malah rakan beliau Sofiatun yang terselamat dalam kemalangan tersebut adalah bukti utama, dan dia mengatakan minuman terakhir arwah adalah orange jus.
Keratan akbar yang penulis simpan
Beliau telah lahir pada 27 Disember 1975 di Bandung Indonesia. Bakatnya telah dikesan oleh Deddy Dores dan memulakan kariernya pada tahun 1987. Album-album beliau telah mencapai angka yang sangat cemerlang & merupakan fenomena ketika itu (lebih hebat dari fenomena Mawi). Angka jutaan jualan album adalah angka yang selalu dihasilkan oleh beliau dan kebanyakkan telah menjadi "best seller".
Begitulah hebatnya beliau dalam bidang seni. Seorang penyanyi yang penulis sangat minati semasa zaman persekolahan dahulu. Lagu-lagu seperti 'Bintang Kehidupan', Ku Takkan Bersuara', Duri Terlindung' & 'Sandiwara Cinta' masih boleh diingati lagi. Penulis juga ada memiliki album Duri Terlindung dimana ia dikeluarkan di Malaysia oleh Saari Amri. Kini, hanya lagunya dapat didengari sama seperti Allahyarham P.Ramlee & Sudirman.
Klip video 'Duri Terlindung', antara lagu kegemaran & potongan rambut pendeknya yang penulis paling minati.
Apa yang tidak disangka, pemergiannya telah menjadikan beliau seperti lagenda agung. Kematiannya telah menaikkan lagi namanya dan orang lain terus membicarakan tentangnya. Sehingga ada yang menggelarkan pemergian beliau sebagai "In Dead She Soared". Saban tahun, peminat-peminat seluruh Indonesia & Malaysia terus memperingati dan memberikan penghormatan kepada beliau sebagai seorang penghibur yang sejati.
Beliau juga tidak melupakan mereka yang dalam kesusahan. Beliau telah mewujudkan satu Yayasan untuk anak-anak kurang upaya. Tidak hairanlah jika ramai yang tidak dapat melupakan beliau, ini adalah kerana hatinya yang sangat tulus telah menambat hati banyak pihak. Ada beberapa quote yang sangat dikagumi oleh penulis yang ditemui dalam laman friendster peminat beliau;
"Sebenarnya, besar tidaknya seorang bintang akan mendapatkan ujian yg paling nyata dalam bentuk kenangan abadi yang mampu menembus batas-batas sejarah.
NIKE ARDILLA membuktikannya!" (quote Silet, RCTI.2005)
"Rasanyabelum pernah ada kejadian yang begitu ramai dibicarakan orang, selain peristiwa meninggalnya Nike Ardilla. Ia dibicarakan di kalangan politisi, budawayawan, dan masyarakat awam." (Acil "BIMBO")
"Artis yang meninggal lantas mewariskan sesuatu, menurut saya, tidak penting dibahas.Yang jelas kalau tindakannya mewariskan sekolah atau yayasan untuk umum, itu patut kita hargai. Karena belum tentu kalau kaya dan ternama kita terpikir untuk itu" (Sartono Mukadis, Psikolog)
"Kematian Nike perlu dijadikan titik refleksi. Secaramoral dan kemanusiaan, kehilangan seorang Nike Ratnadilla yang muda belia, baik hati dan berjiwa sosial, itu lebih besar daripada kehilangan dunia musik rock akibat kepergiannya" (Dr. Julia I. Suryakusuma, Psikolog)
Antara laman-laman web peminat NIKE ARDILLA boleh dilihat DISINI & DISINI.
Sesungguhnya hanya pergi itu tidak akan kembali. Namun apabila seseorang itu pergi meninggalkan banyak kebaikan, tidak mungkin orang akan mudah untuk melupakan orang tersebut. Penulis secara peribadi ingin mengucapkan TAKZIAH untuk keluarga beliau dan semua peminat yang masih mengingati beliau. Pada hari ini, carian dalam google atau yahoo, mesti tidak akan lepas ditaip nama NIKE ARDILLA...
pasal kubur nike ardila, mmg ni dari prgm dua dunia..ala,mcm misteri nusantara tu..
sejak kematian NA, kawasan perkuburan dibina tempat persinggahan bagi peminat2 yg ingin berziarah kubur NA, selain di bina surau.. tp lately ni kubur tu dah x ramai yg nak jenguk.. so rumah persinggahan tu kosong, jadi rumah terbiar..
penduduk kwasan sana kata sering nampak penampakan, tu yg krew dua dunia ingin tau penyebabnya..
dlm video ni ada ditunjuk surau, pastu ada patung ala2 virgin mary, tp sure la patung tu mesti patung NA..
dia meninggal sbb ade kerosakan kt kete dia kan..
dia x mabuk.......
sbb ni best fren NA sndiri yg cite.awek indon la......
minah ni 1 tempat keje ngan aku dulu.......
sape nikel ardila ni??die mati sebab ape??
gabob94 Post at 18-4-2012 13:54
dari wiki:
Raden Nike Ratnadilla (27 December 1975 - 19 March 1995), commonly known as Nike Ardilla, was a rock singer popular within her home country who originated from Bandung in the West Javan province of Indonesia. Ardilla died in a car accident in Bandung at the age of 19 during what has been considered the zenith of her musical career[1]. Known as a singer prodigy, Ardilla's name remains well-known throughout Indonesia and she still remains, to the present day, a musical performer, movie star and model with one of the most successful careers in the history of the Indonesian entertainment industry.
Nike Ardilla has been referred to as the "First Lady in the Indonesian Music Industry"[2], a testament to the celebrity's continuing status.
dia meninggal sbb ade kerosakan kt kete dia kan..
dia x mabuk.......
sbb ni best fren NA sndiri yg cite.awek indon la......
minah ni 1 tempat keje ngan aku dulu....
martiena Post at 18-4-2012 14:14
sebenarnya break kereta dia sengaja di rosakkan ..oleh org yg dengki akan kejayaan dia