CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11300|Reply: 25

12 Baka Ayam Unik Dari Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 18-4-2012 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Ayam telah dipelihara secara domestik selama beribu tahun. Haiwan ini ialah sejenis burung yang biasa dan mudah didapati, dan populasi terkininya mencecah 24 bilion. Ayam dipelihara secara utamanya untuk bekalan makanan manusia, untuk kedua-dua daging dan telurnya. Di sini dikompilasikan jenis-jenis atau baka ayam yang nampak agak aneh:

1. Silkie



Silkie dikenali kerana sikapnya yang pasif. Silkies besar kemungkinan berasal dari China atau negara Asia Tenggara. Ia diberi nama Silkie kerana bulunya yang lembut yang apabila disentuh, seperti sutera. Ayam Silkie juga memiliki kualiti aneh yang lain, seperti daging berwarna biru tua, dan tulang serta balung biru.

2. Naked Neck



Ayam jenis ini asalnya dari Eropah (tidak disangka ayam togel asalnya dari Eropah). The Naked Neck, Turken atau Transylvanian Naked Neck adalah satu-satunya jenis ayam yang togel di bahagian leher. Nama Turken pula datangnya dari salah faham yang ayam jenis ini ialah kacukan ayam dengan ayam Belanda. Jenis ini biasa dijumpai di Eropah tetapi jarang dijumpai di Amerika Utara.

3. Sultan



Jika Turken tiada bulu di leher, Sultan pula dipenuhi bulu dari hujung balung hingga ke hujung kaki. Jenis ayam ini dikatakan berasal dari Turki. Ayam ini biasanya hanya untuk perhiasan, dipelihara di taman semasa Kesultanan Uthman.

4. Frizzle



Ayam ini biasanya dipelihara untuk pameran, rupanya tak ubah seperti Big Bird dari siri Sesame Street.

5. Araucana



Jenis ayam ini berasal dari Chile. Antara ciri-ciri luar biasanya; menghasilkan telur warna biru.

6. Faverolles



Faverolles berasal dari Perancis dan biasa dibiakkan untuk menyertai pameran. Faverolles bersaiz agak besar dan memiliki janggut, kaki berbulu dan, 5 jari satu kaki seperti ayam Silkie.

7. Houdan



Jenis ayam yang sudah lama ini juga asalnya dari Perancis, dari bandar Houdan, rupanya yang cantik menyebabkan ia digemari dan popular.

8. La Fleche



Satu lagi jenis ayam yang jarang ditemui dari Perancis ialah La Fleche, dikenali kerana balung berbentuk huruf V. Juga merupakan ayam untuk perhiasan dan telurnya berwarna putih.

9. Booted Bantam



Sekali tengok, tak ada apa-apa yang pelik dengan ayam jenis ini. Booted Bantam atau Dutch Booted Bantam adalah sejenis yang dinamakan kerana bulu yang meriah di bahagian kaki  yang di panggil Sable dalam bahasa Belanda.

10. Polish



Baka dari Eropah ini dikenali kerana bulunya. Di samping balungnya, baka ayam Polish dikenali kerana bulu yang tumbuh di seluruh kepalanya hingga membentuk kon. Ia juga ayam pertunjukan, tetapi ia asalnya dibiakkan kerana telurnya.

11. Appenzeller



Baka ini asalnya dari Switzerland. Ada dua variasi Appenzeller, iaitu Spitzhauben dan Barthuhner.

12. Crevecoeur



Baka yang tampak brutal ini ini jarang dijumpai dan asalnya dari Perancis. Merupakan salah satu baka ayam tertua, kaki mereka berwarna biru-kelabu tua.

Kredits to amazingnara.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 06:05 PM | Show all posts
ayam serama tak termasuk ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 06:14 PM | Show all posts
ayam silkie tu rasa macam nak buat pelok tido je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 07:00 PM | Show all posts
yang sultan tu cantik.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 07:26 PM | Show all posts
masa main farmville, ada sekor ayam silkie dlm barn aku, ingatkan ayam silkie tu khayalan je, tak tau la rupe2nyer mmg betul2 wujud....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 07:31 PM | Show all posts
wah......tak sangka lak ayam pun ada pelbaga baka....
Cantik cantik lak tueeee...
Kalo dapat ayam cantik cam nie, tak sampai hati lak nak sembelih.... tapi ayam is one of my feverete food
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2012 08:57 PM | Show all posts
ayam laga menarik dan gagah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 08:58 PM | Show all posts
Cantik..
Tapi xsanggup nak bela ayam cenggini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 09:12 PM | Show all posts
kalo pegi perancis masuk kfc kena order cenggini ekkk??

"La Fleche Hot & Spicy - 2 Dinner sets please"
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 11:32 PM | Show all posts
ayam 1st and 2nd comel  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 07:04 AM | Show all posts
kalo pegi perancis masuk kfc kena order cenggini ekkk??

"La Fleche Hot & Spicy - 2 Dinner sets p ...
noell Post at 18-4-2012 21:12


Lepas tu... sure makan dengan penuh perasaan.... sambil menitiskan air mata
personal moment katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 07:39 AM | Show all posts
tak sangka aku rupa ayam pun cantik..selalu aku ingat ayam nie stok2 tepi jalan jer....sebab tu kalo org ckp barang tak kualiti, cap ayam jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:09 AM | Show all posts
hat no 1 tu, gebunya bulu dia....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:34 AM | Show all posts
Silkie dan Sultan cantik sangat....elok buat pet je...

yg nampak macho dah berkarisma..... Faverolles

yg nampak bergaya sakan...Booted Bantam
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by ejai601 at 19-4-2012 10:59

waa mcm2 ayam ade..btul la kata jalil hamid dlm lagu ayam dia hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:01 AM | Show all posts
unik dan cantik2 rupa ayam tu...
patutlah sebahagiannya hanya untuk perhiasan dan pameran...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 11:38 AM | Show all posts
sekali tengok ayam nie macam gie buat grooming lah pulak.. so comell
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:56 AM | Show all posts
Cutenyer siap ada ayam togel dalam lists
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:23 PM | Show all posts
wow...x penah tau pun ada byk spesis yg rare mcm nih!

Maha Kaya Allah mencipta makhluk2 yg begitu unik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:34 PM | Show all posts
wah gebunye bulu ayam dia
x sangka ada yam cantik cmtu hu3
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.241931 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list