CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164105|Reply: 2476

♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V2 ♥♥

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2012 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Last edited by sfhzuraz on 22-7-2012 09:24 PM \n\n Last edited by ciksurie on 22-7-2012 08:51 PM \n\n

Mehler pakat2x meriahkan rumah pantun nie  

Mohon Dapat Baca Syarat & Peraturan



Selamat Datang pembuka bicara
Rumah terbuka tiap ketika
Jemput masuk dengan bergembira
Mari kita berpantun seloka

Tun Teja bersemangat waja
Tetap kekal sopan santunnya
Bukan berpantun sekadar sahaja
Kena ikut tiap syaratnya

Ini benang pantun 4 kerat
Benang baru bersambung yang lama
Walau dikarang berkerat-kerat
Upah diberi tetaplah sama

Lenggok bahasa pantun tercipta
Harus dijaga tertib dan cara
Agar budaya indah dimata
Tradisi lama kekal terpelihara

Tiap helaian harus dijaga
Jangan sampai termoyan lama
Ianya terhad sepuluh sahaja
Bolehlah yang lain turut bersama

Kanak-kanak bersukaria
Sangat gembira nak sambut raya
Jom berpantun dengan ceria
Hati nan gerhana kembali bercahaya



Rules Tambahan
1- setiap poremer dinasihatkan tidak membuat post melebihi 10 post dlm 1 page
2- pantun yg tidak kena tidak akan dirate...sb saya peratikan dlm thread yg lepas ada poremer main tangkap muat jer create pantun...
3- sebaik-baiknya pantun anda berselang seli dengan pantun poremer lain...


itu saja buat masa ni...ini sumer utk kebaikan bersama agar nampak adil utk semua poremer...


copy dari post 1113 page 45

Perhatian :

- Harap pemantun semua dapat gunakan bahasa melayu dengan betul...mana-mana perkataan yg shortcut seperti boleh jadi leh, kalau jadi kalo/klu tidak akan diberikan kredit.
- Bahasa inggeris yang dimelayukan juga tidak akan di beri kredit.
- pantun yang 'malas' contoh...

..........pergi
..........saya
.........pergi
..........saya

juga tidak akan diberi kredit...apalah salahnya cari perkataan yang lain yg sama bunyi dihujungnya.

- dilarang sama sekali buat post berderet-deret.

harap maklum ya...sekian. terima kasih.



Last edited by sfhzuraz on 19-9-2012 02:09 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2012 12:47 PM | Show all posts
Dapat berkumpul bersama-sama
Mahu berbuka dengan Kuih Keria
Salam Ramadhan Buat Semua
Mengerjakan Ibadah dengan Ceria
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 04:06 PM | Show all posts
ciksurie posted on 22-7-2012 12:47 PM
Dapat berkumpul bersama-sama
Mahu berbuka dengan Kuih Keria
Salam Ramadhan Buat Semua

ramadhan dtg setahun sekali
ditunggu dengan senang hati
ramadhan 1433H dtg kembali
moga kita sama-sama diberkati

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 04:39 PM | Show all posts
ciksurie posted on 22-7-2012 12:47 PM
Dapat berkumpul bersama-sama
Mahu berbuka dengan Kuih Keria
Salam Ramadhan Buat Semua

meja bulat bangku empatsegi
beli kerusi sebab letih berdiri
bulan Ramadhan diraikan lagi
marilah sama2 kita menyucikan diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 02:26 AM | Show all posts
Last edited by sara2511 on 23-7-2012 07:18 AM \n\n
moyas posted on 22-7-2012 04:06 PM
ramadhan dtg setahun sekali
ditunggu dengan senang hati
ramadhan 1433H dtg kembali

duit banyak hidup selesa,
jangan dilupa orang di sana,,
moga kita disihatkan sentisa,
dapat beribadah dengan sempurna,

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 06:06 AM | Show all posts
sara2511 posted on 23-7-2012 02:26 AM
duit banyak hidup selesa,
jangan dilupa pada yang tidak berdaya,
moga kita disihatkan sentisa,

duit banyak hidup selesa,
jangan dilupa pada yang tidak berdaya,
moga kita disihatkan sentisa,
dapat beribadah dengan sempurna,

pulau mutiara sentiasa dihati
walaupun dimana saya berada
bulan ramadhan begitu bererti
semua amalan dibalas berganda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2012 07:34 AM | Show all posts
Bangun pagi gosok gigi
gigi putih berseri-seri
Assalamualaikum dan slmt pagi
moga gembira dan dirahmati
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 07:37 AM | Show all posts
moyas posted on 23-7-2012 06:06 AM
duit banyak hidup selesa,
jangan dilupa pada yang tidak berdaya,
moga kita disihatkan sentisa,

pulau mutiara sentiasa dihati
walaupun dimana saya berada
bulan ramadhan begitu bererti
semua amalan dibalas berganda



bulan Ramadhan bulan diberkati,
mengaji berzanji jadikan amalan,
riang sungguh rasa di hati,
jika dapat berpuasa penuh sebulan,



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 07:53 AM | Show all posts
moyas posted on 23-7-2012 06:06 AM
duit banyak hidup selesa,
jangan dilupa pada yang tidak berdaya,
moga kita disihatkan sentisa,

pulau mutiara sentiasa dihati
walaupun dimana saya berada
bulan ramadhan begitu bererti
semua amalan dibalas berganda

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Sambil berjalan meniti titi
bimbang tergelincir ke bawah sana
Ramadhan memang sentiasa dinanti
mencari rahmat dan pahala

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:17 AM | Show all posts
Assalamualaikum pembuka bicara
buat semua pemantun di sini
bulan ramadan sudah lah tiba
inilah masanya menyucikan diri....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:15 AM | Show all posts
sara2511 posted on 23-7-2012 07:37 AM
pulau mutiara sentiasa dihati
walaupun dimana saya berada
bulan ramadhan begitu bererti

bulan Ramadhan bulan diberkati,
mengaji berzanji jadikan amalan,
riang sungguh rasa di hati,
jika dapat berpuasa penuh sebulan


beraya dikamnpung mengikut giliran
gembira hati xdapt digambarkan
sudah lumrah menjadi perempuan
puasa sebulan xdapat di habiskan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:20 AM | Show all posts
mengadap cermin membelek muka
wajah disolek berwarna-warni
rumah pantun sudah dibuka
berjumpa lagi kita disini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:38 AM | Show all posts
nubiste posted on 23-7-2012 09:17 AM
Assalamualaikum pembuka bicara
buat semua pemantun di sini
bulan ramadan sudah lah tiba
Assalamualaikum pembuka bicara
buat semua pemantun di sini
bulan ramadan sudah lah tiba
inilah masanya menyucikan diri....

seminggu lamanya mncari kebab
akhirnya bertemu di apsar Keramat
waalaikumsalam dan  wajib dijawab
bulan ramadhan penuh rahmat

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:45 AM | Show all posts
ain0345 posted on 23-7-2012 10:20 AM
mengadap cermin membelek muka
wajah disolek berwarna-warni
rumah pantun sudah dibuka

sungguh gembira menaiki buaian
tapi bimbang buaian berkarat
pintu dibuka dengan lambaian
undangan dihulur dengan syarat

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:31 AM | Show all posts
ain0345 posted on 23-7-2012 10:20 AM
mengadap cermin membelek muka
wajah disolek berwarna-warni
rumah pantun sudah dibuka

mengadap cermin membelek muka
wajah disolek berwarna-warni
rumah pantun sudah dibuka
berjumpa lagi kita disini

masam rasanya buah melaka
baru dibeli di pasar pagi
bestnya dapat berpantun semula
sambil bertemu pemantun disini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 12:38 PM | Show all posts
nubiste posted on 23-7-2012 11:31 AM
mengadap cermin membelek muka
wajah disolek berwarna-warni
rumah pantun sudah dibuka


berbuka nanti nak beli sate
buat berbuka ramai2........
selamat berkenalan sama nubiste
sudah pasti pemantun yang pandai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 02:05 PM | Show all posts
nubiste posted on 23-7-2012 10:15 AM
bulan Ramadhan bulan diberkati,
mengaji berzanji jadikan amalan,
riang sungguh rasa di hati,

beraya dikamnpung mengikut giliran
gembira hati xdapt digambarkan
sudah lumrah menjadi perempuan
puasa sebulan xdapat di habiskan



keluar ke pekan berjalan-jalan,
singgah ke pasar membeli lokan,
harapan dapatla berpuasa sebulan,
kalau tak dapat nak buat macam mana kan?,



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 02:31 PM | Show all posts
sara2511 posted on 23-7-2012 02:05 PM
beraya dikamnpung mengikut giliran
gembira hati xdapt digambarkan
sudah lumrah menjadi perempuan ...


puasa2 x larat jakan,
diam diri dr cakap yg bukan2,
walau puasa x cukup sebulan,
ganti balik tetap diwajibkan.

sara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 02:57 PM | Show all posts
ungu_merah posted on 23-7-2012 07:34 AM
Bangun pagi gosok gigi
gigi putih berseri-seri
Assalamualaikum dan slmt pagi

waalaikumussalam UM yang di ingati
hari ini hari  ke 3 kita berpuasa
mana la pegi smua perempit tegar ni
dh lama tak meramas mesra..........

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 02:59 PM | Show all posts
ciksurie posted on 22-7-2012 12:47 PM
Dapat berkumpul bersama-sama
Mahu berbuka dengan Kuih Keria
Salam Ramadhan Buat Semua

bila berkumpul banyak cerita
tapi jangan sampai termengumpat mengata
bila la nak dapat duit raya
dari kaka riri yang tercinta.............



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.204756 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list