POLIS berjaya menyekat kemaraan sekumpulan 30 samseng yang berlegar-legar di Waterfront, Ampang sebelum mereka menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana untuk bergaduh.
sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana. Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, polis yang menerima maklumat mengenai rancangan itu menghantar 16 anggota polis dengan menaiki empat buah kereta peronda menuju ke tempat kejadian.
Menurut beliau, polis yang terserempak dengan 14 buah kenderaan berkenaan cuba memeriksa setiap kenderaan tersebut, namun gagal kerana semua kereta itu dipecut laju meninggalkan lokasi tersebut.
Bagaimanapun, Md. Nazri memberitahu, kereta peronda polis berjaya memintas sebuah kereta Hyundai yang dinaiki lima lelaki tersebut.
“Sewaktu seorang anggota polis berjalan menuju ke kereta tersebut, kenderaan terbabit tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta peronda polis.
“Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis
Kredit: http://boyzonne-hijaurimba.blogspot.com/
|