CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19516|Reply: 53

Lafaz Sakinah

[Copy link]
Post time 28-9-2012 12:20 PM | Show all posts |Read mode
hi sume!
sy mcm teruja sgt dgn lafaz sakinah yg dijalankan di johor n melaka pd waktu akad nikah

pd siapa2 yg ade skrip die, bley tolong bagi sy
thanks sesgt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 02:05 PM | Show all posts
ermmmm..kalo pergi kursus kawen kat johor ..masa kursus tu dier ade bg sekali contoh lafaz sakinah tu huhuhu..
rasanyer honey ade simpan sbb baru bape bulan ritu p kusus...anti honey carik huhuhuhu Last edited by honeyxxx on 28-9-2012 02:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 08:57 PM | Show all posts
g pej agama mintak diaorg jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 08:39 AM | Show all posts
honeyxxx posted on 28-9-2012 02:05 PM
ermmmm..kalo pergi kursus kawen kat johor ..masa kursus tu dier ade bg sekali contoh lafaz sakinah t ...

honey, tulunnnnn
mak nk sgt lafaz sakinah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 08:40 AM | Show all posts
hisyam5789 posted on 18-10-2012 08:57 PM
g pej agama mintak diaorg jer

aigooo~~
nk ke johor?
payah tu
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 09:49 AM | Show all posts
Iniler sikit sebanyak lafaz sakinah di Johor....

Lafaz suami
“ADALAH saya, XXX, suami kepada XXX yang telah menerimatanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM x tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,”
-suami serahkan mas kahwin pada isteri

Lafaz isteri
“Adalah saya xxx, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima maskahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda,dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allahmerestui perkahwinan kita,”
Lafaz Ibu pengantin perempuan
Anakku, xx ...Hari ni kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu dan ayah ke suatu alam yang baru di bwh naungan suamimu.Ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadi seorang anak yang solehah. Hari ni, ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ibu selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan mnjdi teman yang mesra kepadamu. Berikan khidmat dan ketaatan mu kepadanya dgn jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan, budi pekerti dan tingkah lakumu terhadpanya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Dan janganlah sesekalikamu melupakan akan kedua ibu bapamu. Semoga Allah memberikan ketabahan dan keafiatan serta ketenangan dan kebhgiaan kpd kamu. Ibu juga menghalalkan segala makan minum dan jasa bakti yg telah ibu berikan kepadamu. Maafkan ibu segala kesilapandan kesalahan semasa mendidikmu.
Lafaz pengantin perempuan
Ibu,
Budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas,hari nescaya akan berpindah dari naungan ibu ke satu alam yg baru yg belum saya ketahui. Saya mohon doa restu ibu agar saya dapat menghadapi cabaran rumahtangga dgn sabar . Saya ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat dan kasih sayang yang tidak ternilai.Ampunkan segala dosa dan kesilapan saya semasa berada dengan ibu. Terima kasih ibu
Lafaz Bapa pengantin perempuan,
Adalah saya , xxx, bapa kepada xxx dari saat ini menyerahkan tanggungjawab, nafkah,perlindungan, keselamatan , kasih sayang, dan tanggungjawab agama islam kpd kamu xx(pengantin lelaki). Semoga diberkati olah AllahSWT di atas kamu, dan orang yg membawa tanggungjawab kamu dan zuriat kamu.
Lafaz Pengantin lelaki
Dengan ini saya xxx  yang sah kepada xxx bersyukur kepada Allahs.w.t di atas anugerah nikmat iman, islam, kesihatan dan isteri serta berterimakasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini.
Oleh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawabsebagai suami kepada isteri saya xxx. Dan akan berusaha dengan sebaik-baiknyauntuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut:
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhaioleh allah s.w.t.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutamakedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian terima kasih
Last edited by JuanM on 30-10-2012 09:53 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2012 10:09 AM | Show all posts
JuanM posted on 30-10-2012 09:49 AM
Iniler sikit sebanyak lafaz sakinah di Johor....

Lafaz suami “ADALAH saya, XXX, suami kepada XXX ...

tq juan!!!!
tq from my mother jugak...

lamanye carik skrip ni tau
sbbnye area tmpt len mn ade lafaz sakinah

so, ktorg nk pecah tradisi
n benda ni akn diimplemen ms adik sy kawen t
hahaha...sbnrnye cm reminder utk adik sy tu
belum kawen, dh lupe fmly..hmmm

ank lelaki sulung
tp sy yg mcm ank lelaki sulung
haih
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 10:26 AM | Show all posts
Hehehe..sakinah ni dikenali jugak sesi tengis menangis..hehe..jgn lupe sedia tisu yet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 10:32 AM | Show all posts
syue86 posted on 30-10-2012 10:09 AM
tq juan!!!!
tq from my mother jugak...

Sama-sama Juan sekadar berkongsi sahaja.Masa Juan nikah belum ada lafaz Sakinah ni.Kalau tak silap dia start tahun 2002.
Lagi elok sebenarnya lafaz sakinah ni dilaksanakan selesai acara pernikahan & kedua2 pengantin selesai solat sunat selepas bernikah sbb dalamasa lafaz diadakan ada acara penyerahan mas kahwin &pembatalan air sembahyang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 10:33 AM | Show all posts
JuanM posted on 30-10-2012 10:32 AM
Sama-sama Juan sekadar berkongsi sahaja.Masa Juan nikah belum ada lafaz Sakinah ni.Kalau tak silap ...

oo..tq sgt2 Juan
info yg sgt2 berguna

xsabar nk edit2
nk bagi mak t
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 10:36 AM | Show all posts
syue86 posted on 30-10-2012 10:33 AM
oo..tq sgt2 Juan
info yg sgt2 berguna

Lafaz si Ibu pengantin perempuan pada Juan sangat syahdu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 10:48 AM | Show all posts
JuanM posted on 30-10-2012 10:36 AM
Lafaz si Ibu pengantin perempuan pada Juan sangat syahdu.

betl2!
ari tu tgk blogger Irine Nadia Marcello nye nikah
ternages sekalik (mcm aku yg kawen plak )
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 11:02 AM | Show all posts
syue86 posted on 30-10-2012 10:48 AM
betl2!
ari tu tgk blogger Irine Nadia Marcello nye nikah
ternages sekalik (mcm aku yg kawen plak ...

Bagi Juan lafaz sakinah ni skripnya agak berbunga2.Kalau nak edit Juan cadangkan tukar term panggilan tu kepada panggilan yang biasa. Contoh kekanda kepada Abang, Adinda kepada saya, Ibu kepada mak, perkataan mu tu tukar jadi panggilan nama biasa anak contoh ayat , ibu mengharapkankepadamu  tukar pada ...mak mengharapkan kepada Aini.....

Kalau tukar nama panggilan tu juan rasa lafaz sakinah ni akan lebih realistik & lebih menyentuh perasaan
Last edited by JuanM on 30-10-2012 11:05 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 11:09 AM | Show all posts
JuanM posted on 30-10-2012 11:02 AM
Bagi Juan lafaz sakinah ni skripnya agak berbunga2.Kalau nak edit Juan cadangkan tukar term panggi ...

setuju sgt2!
tq for the idea

ni nk edit n tukar skrip
so, pgantin lelaki pon kena buat lafaz kt mak ayh die senirik
tu yg mak syue nk sgt2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 11:18 AM | Show all posts
syue86 posted on 30-10-2012 11:09 AM
setuju sgt2!
tq for the idea

Hmm...kalau lafaz utk family sebelah pengantin lelaki belum pernah buat.Tapi kalau nak buat satu cubaan yg sangat bagus.

Sekadar cadangan ibu pengantin lelaki = menerima kehadiran pengantin perempuan dlm keluarga & mohon maaf atas jika ada kekurangan pada diri pengantin lelaki, menerima beliau seadanya.Ibu telah mendidik sebaik mungkin agar menjadi pemimpin keluarga terbaik.Ibu sentiasa bersedia menasihati jika perlu.Menanggap menantu seperti anak perempuan sendiri.

Bapa pengantin lelaki=turut terima kehadiran menantu.Mengingatkan anak lelaki tentang tanggungjawab sebagai suami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 11:40 AM | Show all posts
JuanM posted on 30-10-2012 11:18 AM
Hmm...kalau lafaz utk family sebelah pengantin lelaki belum pernah buat.Tapi kalau nak buat satu c ...

sebab bukan ape
adik syue ni mcm kurg btggjwb
belum kawen pon dh lebihkan GF die
so, ni just peringatan je la

tq Juan
u help me a lot!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 12:02 PM | Show all posts
syue86 posted on 30-10-2012 11:40 AM
sebab bukan ape
adik syue ni mcm kurg btggjwb
belum kawen pon dh lebihkan GF die

No prob.Good luck for the mission
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 12:18 PM | Show all posts
JuanM posted on 30-10-2012 12:02 PM
No prob.Good luck for the mission

many thanks again!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2012 11:46 AM | Show all posts
hisyam5789 posted on 30-10-2012 10:26 AM
Hehehe..sakinah ni dikenali jugak sesi tengis menangis..hehe..jgn lupe sedia tisu yet

this one not for me
hehehe

for my brother
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 02:18 PM | Show all posts
sedeh sgt time lafaz sakinah ni...

aku yg tak kawen lg ni..da beberape kali tgk time org nikah..
dulu cam tok kadi wajib kan n tak boleh kate tamo...
sekarang ni cam boleh plak kalau kite tamo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052691 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list