View: 15353|Reply: 110
|
[Jenayah]
Porche Panamera dilarikan dari bilik pameran!
[Copy link]
|
|
Porsche Panamera RM900,000 dilarikan dari bilik pameran
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini dilarikan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.
"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.
Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -dari-bilik-pameran
|
|
|
|
|
|
|
|
wah terer nyaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mana la dia nak bawa lari...nak guna pun tak boleh..ermm |
|
|
|
|
|
|
|
design dia secantik GTR tak?
apa da i ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 11-10-2012 09:10 PM
design dia secantik GTR tak?
kak nor demam gtr ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 11-10-2012 09:12 PM
kak nor demam gtr ka?
hehe..tular...tp sepanjang memandu kan..tak jumpa lagi GTR ni..keta mewah lain mudah je jumpa..berapa harga GTR ni?..errr bukan nak beli tauuu tanya bape harga kat malaysia ni..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
mohd azri ni rambang mata kah tgk keta ni
|
|
|
|
|
|
|
|
okay la..biasa biasa je tapi harga sampai 900k.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh mcm italian job versi msia dh. haha |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 11-10-2012 09:24 PM
tak minatla tgk design panamera ni...dah gugel..design dia ala2 lembut....suka yang ganas sikit. ...
tak mampu beli kalu, kita buat wallpaper dekstop pon jadi lah kak nor
|
|
|
|
|
|
|
|
thieo posted on 11-10-2012 09:20 PM
gtr murah ja compare dgn super car yang lain.. around 400k kak nor da boleh beli da
tapi tu l ...
ni kan nampak smart
hampoon rosak trit ni
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana dia senang-senang je boleh geledah....takkan takde yang sedar..
kat opis lama aku, ada sorang pakai panamera ni....warna hijau.... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dia mmg jahat curik keter orang, tapi dia mmg cerdik dan genius, aku rasa dia nak test jer keter tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 11-10-2012 09:56 PM
walaupun dia mmg jahat curik keter orang, tapi dia mmg cerdik dan genius, aku rasa dia nak test jer ...
tang mana cerdik dan genius tu? nama dan alamat pon dah tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lalu BB slalu jeling porche. Mampu tgok aje... |
|
|
|
|
|
|
| |
|